Bab 3 (E)

17.3K 404 6
                                    

" Berani kau Khalisya!! Apa yang kau buat ni hah?!!", jerit mak cik Arisya pada Arida.

Terkejut dirinya apabila suaminya sendiri tidak memakai baju tetapi berseluar. Hatinya merasakan Khalisya tidak salah kerana dia tau benar dengan perangai suaminya itu. Miang. Gatal. Tapi disebabkan rasa benci dan menyampah yang benar-benar terpendam membuatkan dia menuduh Khalisya. Baru puas hati aku!

Tidak cukup dengan menjerit dan memaki dia segera mengambil batang penyapu dan segera menghayunkan ke arah Khalisya. Raungan dan tangisan Khalisya bagaikan muzik yang merdu di telinganya.

"S..sakit mak cik. Isya tak buat apa-apa pon. Betul. Mak...mak cik dah salah faham ni..auu...ss..sakit",rintih Khalisya.

Sumpah sakit tapi takkan lah dia nak lawan. Mak cik Khalisya pula makin lama makin ligat melibas batang penyapu ke arah tubuh badan Khalisya. Lebam dan luka sudah pun nampak di bahagian lengan Khalisya. Langsung tidak ada rasa sikit pon bersalah dan juga simpati terhadap anak saudaranya itu.

Ketika itu jugalah jiran mereka, Mak Uteh datang dan menjerit.

" YA ALLAH! HEI SOM KAU BUAT APA DENGAN ANAK SAUDARA KAU TU!"

Mak Som dan suaminya terus memandang ke arah pintu rumahnya. Perbuatannya terhenti seketika.

"Kau jangan masuk campur hal keluarga aku Uteh. Aku tau apa yang aku buat. Biar aku ajar budak tak kenang budi ni. Dasar perempuan murah!!"

" Kau jangan macam-macam Som. Ingat tuhan sikit. Budak ni buat apa sampai kau nak pukul dia sampai cam ni sekali?!"

Mak Som buat pekak. Dia teruskan kerjanya untuk memukul Arida. Mak Uteh segera menahan tangan Mak Som. Risau dengan perbuatan jirannya ni.

"Lepaskan akulah!! Biar aku ajar dia ni!", Jerit Mak Som.

"Bawak mengucap sikit Som. Kau kena ingat yang kau pukul ni anak saudara kau. Bukannya binatang yang kau boleh seksa. Dia ada perasaan sakit Som. Padahal binatang kalau kita seksa pon dia tau sakit Som!"

Mak Uteh melepaskan tangan Mak Som. Mak Som menjeling tajam ke arah Mak Uteh.

Mak Uteh terus membantu Arida untuk bangun. Apabila dia terpandang muka Pak Mat iaitu suami kepada Mak Som yang sedang tersenyum sinis, rasa benci meluap-luap dalam darah Mak Uteh. Sekarang baru dia tau kenapa Arida diperlakukan sebegitu rupa.

"Eh Som! Lain kali kau jangan menuduh anak saudara kau aje. Pantau sikit perangai suami kau ni. Miang sangat. Gatal tak habis-habis"

"Eh Uteh! Kau jaga sikit mulut kau tau. Kau tu siapa?! Kau tu ha jaga suami kau sendiri. Takyah nk sibuk dengan laki aku!"

" Som takkan la kau tak tau perangai kotor suami kau ni. Pantang tengok anak dara terus mula perangai jijik tu"

"Eh Uteh! Apa masalah kau? Apa yang kau tak suka dekat aku sampai tabur finah dekat aku ni? Apa masalah kau?", ujar Pak Mat.

Naik angin aku dengan si Uteh ni!

"Eh kau diamlah. Kau ingat aku tak tau ke perangai kau ni. Fitnah konon. Eh kalau kau nak tau, satu kampung ni dah masak la dengan perangai kotor kau ni. Dorang kenal sangat"

"Wah sedap mulut kau ye Uteh. Lebih baik kau blah sekarang dari rumah aku. Berambus!!"

"Eh kau ingat aku takde kerja lain ke haa nak duduk lama-lama dalam neraka kau ni?! TAK HINGIN AKU!"

Mak Som membulatkan mata. Bila-bila masa je, kepala dia boleh meletop.

"Jom Isya. Kita pergi. Tak payah lagi kau duduk dalam neraka ni. Lagi satu Som aku nasihatkan kau. Jangan bangga sangat dengan apa yang kau ada sekarang ni. Kalau bukan sebab arwah ayah si Arida ni, merempatlah kau tepi jalan sana dengan laki kotor kau ni. Kau kena ingat tanah dan rumah yang duduk sekarang ni pon bukannya kau punya. Tapi ni..milik si arwah. Bila-bila masa je..si Arida "

Kemudian,

"BERAMBUSS!!!", jerit Mak Som. Tudiaaa gunung berapi dah letus.

Arida dan Mak Uteh segera keluar dari rumah tersebut. Lalu, mereka berdua terus pergi ke rumah Mak Uteh yang terletak selang dari dua rumah Mak Som.

Di rumah Mak Uteh,

" Isya...Isya okay ke? Lapar ke? Nak Mak Uteh masakkan tak?"

"Eh takpe Mak Uteh. Isya okay. Sakit sikit je ni. Mak Uteh janganlah risau sangat"

Mak Uteh memandang Arida dengan kerisauan. Dia memegang lengan Arida yang lebam dan berbirat akibat dipukul oleh Mak Som.

"Auch..Mak Uteh. Sakit sikit"

"Haaa tu kan sakit. Apa yang sikit? Banyak ni dengan lebam dekat tangan, dekat betis apa semua ni"

Arida terdiam. Dia memandang Mak Uteh yang membebel sambil tangannya yang ralit letak minyam gamat dekat bahagian yang luka. Bersyukur masih ada lagi orang yang masih lagi pedulikannya.

Kemudian, Arida mula rasa tidak sedap badan. Kepalanya tiba-tiba rasa pening dan sakit. Dia cuba untuk menahan tapi sungguh! Kepala dia sakit sangat. Tangan dia mula rasa sejuk. Tiba-tiba kepalanya terasa berat. Terus, dia pengsan di situ.

Mak Uteh yang tidak sedar perubahan Arida mula terkejut. Dia periksa leher dan tangan Arida. Sejuk. Dia cuba memanggil nama Arida tapi tidak disambut. Yelah pengsan kan?

Terus Mak Uteh memanggil suaminya untuk menyediakan kereta untuk segera membawa Arida ke hospital.

Mr Tengku Adqil Kde žijí příběhy. Začni objevovat