Bab 24

5K 142 0
                                    

" Huhhhhhhh penat siak", keluh Imran.

Zariel memandang Imran. Dia mengerutkan dahi.

"Penat? Kau penat buat apa je? Main-main?"

Imran menjelingkan mata.

"Eleh kau. Dengki la tu"

Zariel menggelengkan kepala. Haihlah dasar kawan. Hari ini merupakan hari terakhir mereka untuk bercuti dia Melaka. Pada pukul 2.30 tengah hari esok, mereka akan bertolak pulang.

Tengku Adqil yang sedang berehat di kerusi pantai itu memejamkan mata. Dapat juga masa untuk rehatkan otak.
Arida pula berjalan di kawasan pantai setelah mendapat keizinan suaminya. Sudah lama dia tidak pergi ke pantai. Kali terakhir dia pergi adalah ketika dia berumur 14 tahun.

Dia berjalan lagi dengan memandang kawasan laut dan juga pasir. Dia tersenyum gembira. Cantiknya!

Sedang dia berjalan, dia terlanggat bahu seseorang. Arida cepat-cepat memalingkan muka ke arah orang yang dia langgar.

"Auch!"

"Eh. Maaf cik. Saya tak sengaja terlanggar cik", kata Arida dengan rasa bersalah.

"Hmm takpe. Salah saya jugak, jalan tak tengok kiri kanan", kata perempuan tersebut.

Arida melihat air di tangan orang yang dia langgar tadi terjatuh. Bukan itu sahaja, malah baju mereka berdua juga terkena. Dahlah air kopi! Cliche kan?

"Err cik. Baju cik kotor la. Mari saya ganti. Saya betul-betul rasa bersalah", kata Arida.

"No. Its okay. Baju awak pon sama juga, kotor. Nak saya gantikan jugak ke?"

Tengku Adqil, Zariel dan Imran memerhati dari jauh. Mereka bertiga segera pergi ke arah Arida.

Sampai sahaja di sana, ketiga-tiga mereka membulatkan mata. Terkejut tidak percaya.

"Erina?!"

Kata Imran. Tengku Adqil pula terkedu di situ. Tidak tau mahu membicarakan apa. Tak terkeluar sepatah kata apa pun dari mulutnya.

Arida memandang perempuan yang bernama Erina tersebut dan kemudian dia memandang Tengku Adqil. Kenal ke?

"Eh Qil? Apa you buat kat sini? Dah lama kita tak jumpa", kata Erina sambil tersenyum.

Benar. Senyuman itulah yang membuatkan Tengku Adqil angau. Tetapi, itu dulu. Sekarang?

" Sayang. Jom balik", kata Tengku Adqil kepada Arida.

Arida terdiam. Dia mengerutkan dahi. Aik? Sejak bila pulak kena panggil sayang ni? Demam ke?

Tengku Adqil terus mencapai tangan isterinya dan digenggam kuat. Dia terus bawa Arida pergi dari situ. Sapaan Erina langsung tidak di balas.

Arida terkial-kial mengikut jejak langkah suaminya. Tangannya yang digenggam kuat dibiarkan.

" Aku bagi kau amaran. Jangan sesekali kau dekat dengan perempuan tadi"

Kata Tengku Adqil sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik. Arida mengerutkan dahinya lagi. Tak kedut ke?

" Kenapa?", Tanya Arida.

"Aku kata jangan tu janganlah! Kau tak faham bahasa ke bodoh hah perempuan?!!", Marah Tengku Adqil.

Arida terperanjat. Sampai ternaik bahu dibuatnya. Dia hanya tanya saja. Itu pun nak kena marah ke?

"M..maa..maaf"

Sebaik sahaja berkata itu, Tengku Adqil menjeling Arida dengan tajam lalu keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas dengan kuat.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now