Bab 32

4.7K 129 5
                                    

Tengku Adqil memandang ruang tamu. Tiada orang. Dia terus meneruskan langkahnya dan turun ke bawah.

Dia menuju ke dapur dan terus membuka peti. Botol air kosong dicapai sebelum diteguk dengan rakus. Orang baru tidur la katakan.

Arida yang baru saja selesai menjemur pakaian di luar rumah terus masuk ke dapur untuk mula memasak sarapan.

Langkahnya terhenti sebelum

"AAAHHHH"

Tengku Adqil tersembur. Air yang berada dalam mulutnya tersembur ke depan peti. Dia mengelap mulutnya sebelum menoleh ke Arida.

Kelihatan Arida menutup matanya menggunakan tangannya membuatkan dia hairan. Aik dah kenapa ni?

Kemudian, baru dia tersedar bahawa dia hanya memakai seluar panjang tanpa baju. Half naked.

Dia tersenyum sinis. Tengku Adqil sengaja mendekatkan diri ke arah Arida yang kelihatan takut.

"Asal kau cover mata kau?"

Arida diam. Malas aku nak layan. Dah tau pastu pergi tanya lagi kenapa? Tak reti nak pakai baju ke?

" Aik dah takde mulut dah ke nak jawab?"

Arida perlahan-lahan membuka mulut. Tangannya masih lagi menutup mukanya.

" Saya rasa janggal, Tengku"

Tengku Adqil menyegih sinis. Tangan kanannya mencekak pinggang.  Manakala tangan kirinya elok memegang cawan minuman tadi.

" Apa yang janggal? Aku tak rasa apa-apa pon"

Arida pasrah. Tak tau pulak dia yang Tengku Adqil ni suka main teka-teki.

" Janggal la sebab saya tak pernah tengok Tengku tak pakai baju. Dahlah Tengku pakai seluar je. Itu pun pendek. Mana saya tak cover satu muka saya"

Arida lancar berkata. Kemudian dia tersedar. Ya tuhan rasa nak tampar je mulut dia sekarang. Cili mana cili?!

Tengku Adqil menjongketkan keningnya. Tak pernah tengok?

" Kan kita duduk serumah ni. Boleh kau tengok aku tak pakai baju tiap-tiap hari. Bukan senang aku bagi peluang ni tau"

Arida rasa nak pitam. Apa pulak cik suami merepek ni? Dari harimau tiba-tiba jadi buaya pulak ni dah kenapa?

" Eh takpelah Tengku. Saya takde nak apa-apa pun. Saya masuk bilik dulu la ye", kata Arida.

Laju sahaja dia berjalan menuju ke biliknya. Eyy malunya!

Tengku Adqil segera membasuh cawannya sebelum dia naik ke atas untuk mandi.

Pada pukul 2.30 tengahari,

" Arida! Sini!", laung Tengku Adqil.

Arida yang leka mencuci pinggan mangkuk di singki terkejut. Aik lapar lagi ke?

" Ye! Sekejap"

Arida segera selesaikan kerjanya sebelum pantas melangkah ke arah Tengku Adqil yang bersiap dengan kemas. Dahlah handsome, smart pulak tu.

" Ada apa Tengku?"

" Aku nak keluar. Kau duduk dalam rumah jangan keluar langsung. Aku tau kau keluar siap kau. Anak buah aku ada untuk pantau kau. Lebih baik kau dengar cakap aku", larang Tengku Adqil.

Arida mengangguk. Bukan boleh dibuat main Tengku sorang ni.

Anak buah? Yes anak buah. Bukan macam cerita mafia okay. Bodyguard la lebih kurang. Panggil anak buah saje je sebab takkan hanya untuk mafia, gengster je kan? Betul tak? Ke author yang salah ni?

Tak aku rasa aku betul.

Dia kemudian terus sambung tugasannya sebentar tadi selepas Tengku Adqil sudah keluar.

Giovanni Restaurant

" Ada apa kau nak jumpa aku ni?", kata Tengku Adqil dengan kasar.

Jangan tiru Tengku Adqil ye. Hi tak salam tak terus cakap kasar. Nasib baik dalam buku je.

" Hi Qil. Sorry sebab kacau you waktu lunch ni", kata orang tersebut.

" Takpe. Straight to the point je boleh? I ada banyak lagi benda nak kena uruskan", kata Tengku Adqil.

Pandangan mendatar dituju kepada si dia.

"Why don't you order first? What do you want? Coffee? Tea? Frappe? Or dessert?", tanya Ain.

Tengku Adqil menggeleng keras.

" Nope. Its okay. I baru je makan tadi. Bini ada kat rumah kan", perli Tengku Adqil.

Sejujurnya dia kenyang. Masakan Arida tadi terlalu sedap sampai dia tambah 2 kali. Dahlah semua fav dia.
Ayam goreng berempah dan sambal penyet. Tambah pulak dengan nasi putih panas. Pergh!

Ain terdiam. Dia menggenggam kedua tangannya.

" Okay kalau macam tu. I hanya straight to the point je la kalau macam tu", kata Ain.

" Actually, I nak minta maaf pasal apa yang I dah buat dekat you and your wife sebelum ni. I betul-betul minta maaf. I rasa bersalah dengan you guys", kata Ain.

Tengku Adqil megerutkan dahi. Apa yang dia merepek ni?

" I dah jumpa orang baru. And kalini I rasa dia la yang sesuai untuk I. Im so sorry about the past. I—"

Belum sempat Ain habis cakap, Tengku Adqil mencelah.

" Takpe. Lagipun you dah jumpa orang baru. So apa kena mengena dengan I?  Congrats. About the past...dont worry. Past is past. You ingat I kisah ke dengan benda dah lama? Walaupun tak lama mana but still it is past. Lets just forget about it and focus on our future" , kata Tengku Adqil dengan panjang.

Eh panjang ke?

Ain tersenyum suka. Tengku Adqil segera minta diri sebelum keluar dari restoran tersebut.

Alhamdulillah. Satu beban dah keluar. Ada lagi beban yang belum selesai. Tapi siapa?

"Eh? Adqil? Is that you babe?", kata orang tersebut.

Tengku Adqil menoleh ke arah suara tersebut. Bullshit.

Agak-agaknya siapa orang tersebut? Komen and vote for unlock next chapter!

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now