Bab 5(E)

16.5K 345 6
                                    

Tengku Adqil mendecit tidak puas hati. Walaupun mulut dia berkata tidak mengapa tapi di dalam hati memang dia berasa tidak puas hati. Dia merungut tanda geram. Habis basah baju dan juga kotnya. Aku bukan beli pakai daun woi. Dahlah baru je beli!

Kotnya dibuka lalu tisu yang berada di dashboard kereta diambil sehelai lalu mengelap bajunya yang basah. Sedang dia mengelap, tiba-tiba telefonnya berbunyi.

Zzzzzttt Zzzzzttt

Terus sahaja tangannya mencapai telefon yang berada di dalam kotnya yang terletak di seat sebelah pemandu. Matanya melirik ke arah screen Iphone 12 nya itu.

Mama is calling.....

Laju sahaja tangannya slide screen tersebut dan menjawab panggilan emaknya.

"Hello ma. Ada apa call Qil ni?", tanya Tengku Adqil. Straight forward je terus tak payah nak tanya khabar. Kalau dia tanya khabar, tak ke pelik sebab dia mana pernah tanya pasal khabar emaknya.Lagipun mereka duduk satu rumah bersama. Lainlah kalau Tengku Adqil nak sesuatu barulah dia mula berperangai pelik atau lebih tepat lagi membodek.

" Nothing. Mama nak tanya je..kenapa tak balik lagi? Qil dekat mana ni? Kawan Mama nak datang ni..dia bawak anak perempuan dia sekali", jawab Tengku Qaleesya.

Tengku Adqil buat roll eyes. Yes dia masak sangat dengan perangai emaknya yang tak habis-habis nak carikan jodoh untuknya. Dahlah semua anak kawan-kawan emaknya. Ewww bro tak minat.

"Alaaa Ma. Qil ada kerjalah nak buat. Projek besar ni. Sorry Qil tak boleh balik rumah lagi", dengan laju dia memberi alasan.

"Adqil jangan nak menipu Mama. Mama dah cek dah jadual Adqil minggu ni. Takde pon apa-apa yang berkaitan dengan projek besar apa semua. Jangan nak mengelak please. Papa pon dah bagitau dekat Mama yang Adqil memang free sekarang ni", ucap Tengku Qaleesya panjang.

Tengku Adqil melepaskan nafas yang berat. Serius dia malas.

"Ergghh okay fine! Kejap lagi Qil balik. I'm on my way now", ucapan Tengku Adqil tersebut menggembirakan hati Tengku Qaleesya.Terus mereka menamatkan panggilan.

Penthouse

Tengku Qaleesya yang sedang rancak berbual dengan kawannya, Tengku Mardhiah segera mengalihkan pandangan matanya ke luar rumah apabila terdengar bunyi kereta anaknya memasuki halaman rumah.

Dia kemudian memandang anak kawannya yang berada di sebelah Tengku Mardhiah.

" Ain, tolong bukakkan pintu untuk abang Adqil boleh?", tanya Tengku Qaleesya

Ain dengan segera mengangguk lalu pergi ke pintu rumah dan membuka pintu untuk Tengku Adqil.

Tengku Adqil yang baru sahaja ingin memberi salam terus terasa tidak jadi ingin beri salam apabila pintu rumahnya sudah dibuka. Kemudian, dia memasang wajah buat-buat tak nampak apabila ternampak anak kawan emaknya yang membukakan pintu.

"Thank you", ucap Tengku Adqil lalu masuk ke dalam rumah. Ain yang mendengar tersebut jadi seperti malu-malu kucing. Tangannya pula membetulkan rambut ke belakang telinga. Terus dia duduk semula ke tempat di sebelah ibunya.

"Haaa balik pun Qil. Ingat dah tak jumpa jalan nak balik rumah tadi", sindir Tengku Qaleesya geram.

" Mestilah jumpa Ma. Mama yang nak sangat Qil balik cepatkan..Qil baliklah ni",balas Tengku Adqil dengan malas.

Tengku Qaleesya menjeling anaknya geram. Lalu, dia teringat.

"Ni dia. Lupa Mama nak kenalkan dekat Adqil. Ni Tengku Mardhiah, kawan Mama. Sebelah dia pulak..perempuan cantik ni anak dia, Ain"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now