Bab 23

5.1K 154 4
                                    

" Jadi, kita nak pergi mana dulu ni?", tanya Imran dengan semangat.

Nampak sangat tidak sabar untuk menjelajah ke kota Melaka. Zariel yang sedang membetulkan kasut mengangkat bahu.

" Entah. Ikut Adqil lah. Kau Qil nak gi mana?", Tanya Zariel. Ikatan tali kasut diikat dengan kemas.

Tengku Adqil memandang Arida. Mata mereka bertemu. Masing-masing mengelakkan pandangan. Zariel dan Imran terkedu. Woi! Hormat sikit orang single ni.

Mana tidaknya, mereka berdua malu atas kejadian yang berlaku pada pagi tadi.

Arida menutupkan mata dan mengetap bibir. Aduhai. Tengku Adqil pula memejamkan mata sekejap lalu menyambung.

" Kita gi makan dululah. Aku laparlah. Tak sarapan lagi"

Zariel mengangguk manakala Imran terus mengusik.

"Aik tak SARAPAN lagi? Ingatkan bini dah cukup dah jadikan sarapan"

Zariel menahan tawa. Tengku Adqil mengambil selipar jambannya dan membaling ke arah Imran.

Pap!

"Aduu sakitlah bodoh"

"Padanlah dengaj muka kau. Cakap elok-elok sikit eh. Memandai kau aje"

"Eleh memandai-memandai aku pon, asal muka kau merah? Tak macho siak"

" Diam babi"

Zariel menahan mereka berdua. Haih tak malu betul mereka berdua ni. Dia melihat Arida. Bukan sahaja Tengku Adqil, Arida juga merah mukanya. Zariel mengagak ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka berdua semalam.

Arida mendiamkan diri. Aduhai kawan suaminya ni pon. Nak bergurau ke nak mengusik ke janganlah depan dia. Malu woi. Mana nak letak muka ni? Dalam rak dapur? Tebal sangat dah ni malu ni.

Dia teringat kembali kejadian antara mereka berdua pagi tadi.

Flashback..

" Erggggghhh"

Arida menggeliat. Hmm selesanya tidur. Namun, dia pelik mengapa bantal di kepalanya lain dari yang lain. Bukan itu sahaja, ada satu tangan yang memeluknya dari belakang.

Arida membulatkan mata. Dia panik. Kemudian, baru dia teringat yang dia mahu kejut suaminya itu untuk makan. Tengok-tengok dah pukul 6 pagi dah.

Dia dengan perlahan memalingkan badannya ke arah Tengku Adqil. Dia memandang Tengku Adqil. Alangkah baiknya jika dia boleh bercerita tentang hidupnya dengan orang yang boleh dia percayai, orang yang mengambil berat tentangnya dan orang yang sayang terhadapnya. Alangkah baiknya jika itu adalah suaminya. Dan suaminya itu tak lain tak bukan, Tengku Adqil Tengku Mikhael.

Dia cuba untuk menyentuh kening Tengku Adqil namun niatnya terhalang. Tersedar bahawa dia bukanlah siapa-siapa. Tangannya ditarik kembali.

Dia membuat keputusan untuk memandang sahaja Tengku Adqil. Dia tersenyum. Haihlah indahnya ciptaan depan mata ni.

Ketika dia tersenyum, Tengku Adqil mencelikkan mata. Arida dan Tengku Adqil saling berpandangan. Arida terkedu. Apa yang patut aku buat ni?

Tengku Adqil juga begitu. Baru tersedar yang tangannya memeluk pinggang isterinya itu. Nak alih, tapi tiba-tiba rasa selesa pula. Macam bantal peluk. Jadi mereka hanya berpandangan sahaja selama 3 minit sebelum azan Subuh berkumandang.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now