Bab 22

5.1K 156 5
                                    

" Woi! "

Tengku Adqil memalingkan kepala ke belakang. Siapa lagi kalau bukan 2 ekor monyet peliharaannya. Sorang monyet Belanda , sorang lagi monyet hutan belakang rumah korang.

" Haa kau lambat kenapa? Terpekik-pekik. Sakit ke?"

Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Melaka untuk bercuti. Tengku Adqil membawa isterinya. Katanya, sebagai honeymoon. Itu pun setelah didesak oleh Tengku Qaleesya. Kalau tak, tak ingin langsung.

" Hehehe. Maaf ler. Kau yang ajak, kau yang marah. Nak majuk ah", kata Imran.

" Eyy benci babi. Kau asal tiba-tiba jadi gedik cam pompuan ni? Kau transgender ke?"

Imran memuncungkan mulutnya. Matanya dijulingkan sebelum dia menangkap susuk tubuh seseorang di dalam kereta Tengku Adqil. Imran mengecikkan matanya.

" Wuih tu bini kau ke?", Tanya Imran.

Zariel terus memalingkan mukanya ke arah dalam kereta Tengku Adqil. Tengku Adqil mencebik.

"Haah. Aku suruh dia tunggu dalam kereta. Korang ah. Lembap sangat"

Zariel dan Imran menggaru kepala. Kau tu lainlah. Kau dah ada bini, boleh kejutkan. Kitorang yang bujang terlajak ni siapa nak kejutkan? Alarm pon makin lama makin bosan and tawar hati tau tak??

" Dah korang nak duduk sini sampai tahun depan ke? Jom ah gerak!", Arah Tengku Adqil.

Mereka bertiga terus bergerak untuk menuju ke destinasi seterusnya. Zariel dengan Imran datang dengan 2 kereta jadi mereka tidak perlu naik sama-sama lagi. Senang cerita, kereta masing-masing lah.

Di dalam kereta,

Arida mendiamkan diri. Kekoknya. Radio tak pasang. Nak ajak borak? Lambat lagi. Karang nanti bukan berborak tapi bergaduh.

Arida memandang di luar cermin. Pandangan menghijau menyapa matanya. Cantiknya. Tanpa sedar, dia tersenyum.

Tengku Adqil yang berada di sebelah melihat Arida. Dia terkaku melihat senyuman tersebut. Tanpa disedari, dia juga turut tersenyum dalam diam. Rasa tenang apabila melihat senyuma isterinya itu.

Arida yang perasan keadaan itu terus memalingkan mukanya ke arah Tengku Adqil. Senyumannya hilang.

"Kenapa, Tengku?", Tanya Arida.

Tengku Adqil tersedar lalu menggelengkan kepala.

" Takde apa-apa. Bisinglah kau ni. Banyak bunyi. Aku bawak kau jalan-jalan ni pon kau patut bersyukur dah. Kalau tak, sampai mampus pon aku takkan bawak"

Arida terdiam. Masing-masing mendiamkan diri sehinggalah sampai ke destinasi.

Zariel, Imran, Tengku Adqil dan juga Arida turun dari kereta dan membuka pintu rumah mereka. Ianya sebuah apartmen mewah yang kawasannya dilengkapi dengan taman, trek larian untuk bersenam, tempat sewa basikal, kolam renang dan juga water theme park.

Zariel dan Imran satu bilik begitu juga Tengku Adqil dan Arida. Yelah, takkanlah nak tinggal sekali.

Arida mengambil beg di dalam bonet kereta. Beg Tengku Adqil dan juga beg nya diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Mereka berempat berehat. Lagi-lagi Tengku Adqil. Sampai tertidur dibuatnya. Agaknya penat memandu.

Pada pukul 3.30 petang,

Arida mengejutkan Tengku Adqil yang masih lagi lena. Jangan risau ye. Dalam masa perjalanan pergi, mereka dah menunaikan solat Zohor. Jadi, tidak perlu risau kalau dosa dorang bertambah. Okay back to story.

" Err Tengku. Bangunlah. Dah pukul 3.30 dah ni. Tengku tak lapar ke? Taknak makan? Tengku kan tak sarapan lagi", ujar Arida.

Tangannya menggoncang lembut badan Tengku Adqil yang masih lagi diulit mimpi dalam bilik yang besar itu. Bilik Tengku Adqil dan Arida adalah berbeza jadi jangan pelik.

Tengku Adqil masih tidak bangun. Arida masih lagi cuba kejut. Tiba-tiba ada sepasang tangan menarik Arida dalam pelukan.

Arida terkejut. Tengku Adqil tengah mimpi ke ni siap main peluk-peluk ni? Tangan Tengku Adqil memaut pinggang Arida. Ia menyebabkan badan Arida terpeluk Tengku Adqil.

Arida cuba untuk melepaskan diri namun Tengku Adqil merengek kecil membuatkan Arida menherutkan dahi. Dia cuba sekali lagi namun apabila melihat muka Tengku Adqil yang sangat penat membatalkan niatnya untuk berbuat demikian. Dia memandang Tengku Adqil. Wajah suaminya itu sangat perfect di matanya. Tampan dan kacak. Eh? Sama je kan?

Sedang dia menilik muka Tengku Adqil, Arida terasa mengantuk. Matanga berat. Dia cuba tahan ngantuk. Bukan apa, nanti bila dia tertidur, Tengku Adqil pelik pula apabila mereka saling berpelukan.

Tidak boleh. Akhirnya, mereka berdua terlelap antara satu sama lain sambil berpelukan.

Tanpa disedari, Tengku Adqil tahu segalanya. Dia sedar apa yang dia buat atau lebih tepat lagi, dia tidak tidur kerana terbangun. Dia memaut erat pinggang Arida yang sedang lena.

Tengku Adqil tidak pasti apakah maksud perasaan itu dan apa benda yang dia tengah buat sekarang ni. Dia tak tau. Apa yang dia tau, dia nak sambung tidur sambil peluk isterinya itu.

Tengku Adqil tersenyum. Kali ini, senyumannya semakin lebar. Tangan kirinya memeluk isterinya manakala tangan kanannya digunakan bagi melapik kepala isterinya yang tidak tidur beralaskan bantal. Tengku Adqil merapatkan hidungnya dengan dahi Arida membuatkan Tengku Adqil dapat bau isterinya. Mereka berdua terus sambung tidur.

Pukul 9.10 malam,

Mereka berempat keluar dari apartment untuk memakan malam. Ironiknya, tempat duduk mereka berada di tepi pantai.

Sambil Tengku Adqil dan Arida menunggu kedatangan makanannya mereka yang dibawa oleh Zariel dan Imran,  Tengku Adqil memandang Arida.

Arida tersenyum suka. Tengku Adqil juga begitu.

"Wahh cantiknya. Pandainya Tengku pilih tempat!"

Tengku Adqil diam dan perhatikan Arida dengan betul dan mendalam.

" Kau suka ke? Nantilah bila bercuti aku bawak kau ke tempat yang lagi cantik"

Arida menayangkan senyuman lebar. Itu membuatkan Tengku Adqil terkaku untuk kali ke-2. Arida menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan apa yang dikatan Tengku Adqil.

Mereka pon makan malam setelah seharian tidak makan dan berehat dan memandu. 

 

Note:
Maaf ye lambat update. Saya masih lagi seorang pelajar. Jadi saya harap jika korang faham keadaan saya. Thank you so much support my story.




Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now