Bab 52

4.5K 148 6
                                    

Tengku Adam mengeluh dengan berat. Entah ke berapa untuk sekian kalinya dia mengeluh. Semakin hari, semakin dia rindu.

' Teruk sangat dah aku ni. Orang yang dah takde tak baik lagi ingat sampai macam ni sekali. Tak tenang dia dekat sana, Adam. Tolong la ingat Allah', monolog hatinya kepada diri dia sendiri.

Tengku Adam menguap rambut ke belakang. Dia beristighfar.

KLAK

Dia menoleh ke arah pintu bilik. Wajah Tengku Mardhiah menyapa kornea mata.

" Eh abang? Buat apa dalam bilik ni? Jom la keluar duduk kat depan. Duduk dalam bilik memanjang ni kenapa?", tanya Tengku Mardhiah ramah.

" Awak pergilah dulu. Kejap lagi saya turun. Saya nak solat Zohor dulu", kata Tengku Adam.

" Ha okaylah kalau macam tu. Saya tunggu dekat bawah. Alang-alang tu kita makan tengahari sekali lah. Saya dah masak lauk kesukaan abang", kata Tengku Mardhiah lalu berlalu pergi.

Tengku Adam hanya memandang. Dia segera pergi ke bilik air untuk mengambil wudu' dan menunaikan solat.
.
.
.
.
.
Ain hanya memerhati Tengku Mardhiah yang baru turun tangga. Wajah ibunya kelihatan monyok semacam.

" Mama dah kenapa pulak ni? Muka tu masam aje", tegur Ain.

Tengku Mardhiah diam.

" Pasal Papa ke ni?", tanya Ain lagi sekali.

" Ye lah. Siapa lagi? Mama tak faham lah. Orang tu dah takde kan? Dah jadi arwah dah pon tapi sibuk jugak teringat buat apa? Dah selamat masuk neraka dah pun", bidas Tengku Mardhiah dengan kasar.

Ain hanya menggelengkan kepala. Sudah muak mendengar ibunya mengadu.

" Dah mati pun menyusahkan orang lagi. Tak faham aku. Apa yang istimewa sangat aku tak tau la. Bini pertama dah mati then lupakan aje la", kata Tengku Mardhiah lagi.

" Memang patut pun anak beranak tu mampus. Kalau dah mati pun menyusahkan aku inikan pulak kalau dorang hidup?", luah Tengku Mardhiah.

Ain di depan meja hanya mendengar sahaja segala makian yang keluar dari mulut ibunya. Malas mahu jadi batu api barangkali.

Tanpa disedari, segala luahan makian Tengku Mardhiah sangatlah kuat dan kerana itu, ada yang mendengar dengan hati yang tersiat.

Pintu bilik ditutup perlahan bagi tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia tersandar di belakang pintu.

Tengku Adam terkedu mendengar segala luahan Tengku Mardhiah sebentar tadi.

Patut mati? Laila? Liana? Menyusahkan? Lupakan? Neraka?

Tengku Adam terhenyak. Tidak sangka Tengku Mardhiah sanggup keluarkan kata-kata sebegitu.

Awalnya, dia hanya mahu bertanyakan dimana isterinya itu menyimpan kopiah kepada Tengku Mardhiah.

Namun, niatnya terhenti apabila Tengku Mardhiah mention arwah isteri kesayangannya dan arwah anaknya.

Tengku Adam mengepalkan penumbuk. Jadi ini memang perangai Tengku Mardhiah yang sebenar ke?

Dia terus menunaikan solat Zohor dahulu tanpa menghiraukan perasaan marah yang mula bersarang dalam diri.

Setelah Tengku Adam selesai solat, dia turun ke bawah. Kelihatan Tengku Mardhiah sedang bermain dengan handphone.

Tengku Mardhiah yang tersedar bayang suaminya terus bangun dan campak handphone. Dia mendekati Tengku Adam.

"Abang! Turun pun. Jom la makan sekali. Saya dah masak", kata Tengku Mardhiah lalu melingkarkan tangannya pada lengan Tengku Adam.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now