Bab 11(E)

15.8K 366 3
                                    

Arida menghirup udara segar di taman. Setelah seminggu berada di Kelantan, Tengku Adqil beri kebenaran untuk bercuti selama 2 hari. Dia berasa sangat gembira. Akhirnya.

Sedang dia berjalan, dia melihat sebuah kereta mewah bewarna hitam yang terletak di tepi jalan. Dia melihat lagi kereta tersebut. Arida tersedar ada seorang perempuan yang dalam lingkungan 40-an seperti berada dalam keadaan yang tidak baik.

Arida segera menghampiri kereta tersebut. Dia mengetuk tingkap dengan perlahan. Bimbang dia mengganggu wanita tersebut.

Tetapi wanita tersebut hanya memandangnya sambil tangannya memegang dadanya. Arida tau yang wanita tersebut tidak dalam keadaan yang baik terus dia membuka pintu kereta itu tetapi tidak berjaya.

Lalu, dia mengambil batu yang besar lalu memecahkan tingkap pintu belakang. Tangannya masuk ke dalam tingkap tersebut dan menarik kunci lock kereta tempat pemandu tersebut ke atas.

Arida segera mengeluarkan wanita tersebut. Muka wanita tersebut hampir biru. Jadi, Arida membuat CPR ke atas wanita tersebut. Dia membuat dengan teknik yang betul. Untung dia masih ingat apa yang dia pelajari di sekolah.

Apabila melihat wanita itu seperti sudah membaik sedikit, dia terus menghubungi ambulans. Selepas 10 minit, ambulans sampai lalu dia bersama wanita tersebut terus dibawa ke hospital.

Hospital

" Cik ni anak dia ke?", tanya doktor Anis kepada Arida.

"Eh bukan doktor. Saya ternampak dia dalam kereta masatu. Macam sesak nafas je. Sebabtu saya call ambulans dulu"

"Oh baik. Nasib baik cik sempat call ambulans dan membuat CPR dengan betul. Kalau tidak, pasti pesakit ini sudah tiada. Tahniah cik"

Tiba-tiba, seorang lelaki datang dengan wajah yang tegang dan risau.

"Mama!"

Dr Anis dan Arida terkejut. Dr Anis terus menegur lelaki tersebut.

"Er encik? Encik anak pesakit ke?"

"Ye saya"

Arida memalingkan muka untuk melihat siapa anak wanita yang dia selamatkan tadi. Dia membuntangkan mata.

TENGKU ADQIL?!

Apa yang dia buat kat sini?! Kejap..so bos dia ni anak wanita yang dia selamatkan tadi ke?! Arida diam dan palingkan mukanya ke tempat lain. Sambil itu, Dr Anis menerangkan keadaan Tengku Qaleesya kepada Tengku Adqil.

"Jangan risau, Tengku Adqil. Tengku Qaleesya dah membaik. Saya dapati dia sesak nafas. Saya nak tanya, pesakit ada asma ke?"

" Oh nasib baik. Yes doktor. Mama saya ada penyakit asma..tapi tak pernah pulak benda macam ni berlaku"

"Jangan risau Tengku. Thanks to this girl,keadaan pesakit semakin membaik. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu"

Dengan segera, Dr Anis pergi. Tengku Adqil baru perasan ada seorang perempuan bertudung bersamanya dari tadi.

Dia ke yang selamatkan Tengku Qaleesya? Tengku Adqil cuba untuk memandang muka perempuan tersebut. Dia membulatkan mata.

"Arida?!"

"Err ye bos? ", Arida gigit bibir. Tapi aku bukannya buat salah pon.

" Aku tak sangka kau yang selamatkan Mama. Thank you. Serius. Kalau kau tak selamatkan dia, aku tak taulah apa akan jadi"

Tengku Adqil senyum. Kalini ikhlas. Sumpah dia rasa terharu bila ada orang sanggup tolong emaknya. Tapi, tak sangka pulak orang itu PA nya sendiri.

"Err takpe bos. Bukan masalah besar. Kalau takde apa-apa, saya mintak diri dulu bos. Assalamualaikum"

Baru sahaja Arida mahu pergi, Tengku Adqil menghalang.

"Tunggu! Sebagai terima kasih, aku nak bagi ganjaran. Aku harap kau terima"

Cek duit RM 50,000 dihulurkan. Arida rasa serba salah. Aku tolong ni ikhlas bukannya nak duit ke apa.

"Er takpe bos. Saya ikhlas. Takpe takpe",dengan sopan Arida menolak.

"Ok fine! Kalau macam tu, tunggulah dulu. Aku pasti mama aku confirm nak jumpa kau. Nak ucap terima kasih"

Arida rasa serba salah lagi. Takpe kot. Lepas Tengku Qaleesya dah cakap terima kasih, aku pergilah.

Arida teragak-agak. Kemudian, dia mengangguk tanda setuju. Terima kasih je pastu pergi.

10 minit kemudian, Tengku Qaleesya sedar. Tengku Adqil yang perasan itu terus pergi ke arah ibunya.

"Mama! Mama okay? Mama nak air ke makanan? Ke Mama perlukan sesuatu? Qil boleh tolong ambik"

Tengku Qaleesya tersenyum.

"Takde apa-apalah Adqil. Mama dah okaylah. Mama nak jumpa budak perempuan yang selamatkan Mama tadi"

Tengku Adqil terus menoleh ke arah Arida.Arida pon segera pergi ke arah Tengku Qaleesya. Arida menundukkan badan tanda hormat.

" Awakkan? Yang selamatkan saya tadi"

"Err ye Puan"

Kekok. Itulah apa yang Arida rasakan sekarang. Tak tau nak cakap apa.

"Terima kasih sebab selamatkan aunty. Kalau takde awak, aunty tak tau nak jadi apa"

Arida senyum nipis. Tengku Adqil yang melihat Arida juga turut tersenyum. Tak sangka dalam banyak-banyak orang, Arida yang menolong emaknya ketika dalam kesusahan.

"Ni lupa nak tanya..nama awak apa?"

"Arida. Arida Khalisya"

"Ohh sedap nama tu"

Arida tetap senyum nipis. Dia melihat sekilas jam di tangan. Dah pukul 1.30 tengahari!

"Err Puan, bos, saya balik dulu. Dah lambat dah ni. Kawan saya mesti risau"

"Eh kejap. Bos?! Arida kerja satu company dengan Qil ke?"

"Yes Ma. Dia PA Qil"

Temgku Qaleesya terkejut. Alahai keciknya dunia.

Arida segera salam tangan Tengku Qaleesya dan menundukkan kepalanya terhadap Tengku Adqil. Tanda hormat ye. Terus dia pergi selepas mengucapkan salam.

Tengku Adqil hanya melihat Arida melalui ekor matanya. Tengku Qaleesya tersenyum.

"Hmm baik orangnya. Tak sangka Mama dia PA Qil."

"Qil pon tak sangka Ma. Dahlah cakap pasal dia. Mama pulak..macam mana boleh terjadi ni? Buat Qil risau je", kata Tengku Adqil dengan nada 'anak mama'.

" Gedik la kau ni. Mama lupa bawa ubat tambahan Mama. Mama ingat yang lama punya tu ada lagi sikit"

"Mama ni dah tua sangat ke sampai boleh lupa bagai ni?", balas Tengku Adqil. Geram dirinya dilabel sebagai gedik. Apa punya anak jantan dipanggil gedik? Eww no no no.

"Kau senyap. Kau tau apa? Dahlah call Papa suruh tengokkan Mama kat sini. Dari kau yang menggedik dengan aku dekat sini, baik kau pergi syarikat gantikan Papa. Biar Papa yang menggedik dengan Mama kat sini"

"What?! No. Taknak! Qil malaslah nak masuk kerja".

"Ah takde takde! Kau kalau nak menggedik, pergi cari bini sana. Sibuk dengan aku kenapa?".

Tengku Adqil memuncungkan mulut. Aduu malasnya nak masuk kerja!

Note:
Hi! Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat2 sebab lambat update. Maybe kalini, story ni slow update sebab sya masih student and kena fokus. Plus,next week, sya ada exam so sya harap korang faham. Thank you for support and sorry for everything. 🦋
    

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now