Bab 7 (E)

15.2K 375 4
                                    

Rumah Natasya

" Weyh Ari. Kau ingat tak orang yang tak sengaja langgar haritu? Kan aku ada cakap kan dia bos aku. Dia nak kau kerja dengan dia as PA"

Terlepas sudu yang berada di tangan Arida. Kebetulan mereka berdua sedang makan malam.

" Kenapa aku? Bukan ke kau yang sepatutnya jadi PA bos kau?", Arida mengerutkan dahi.

"Haihh itulah. Tapi ayah kepada bos aku tu nak aku jadi PA dia. Bos aku yang sekarang which is anak dia yang kau langgar tu pulak dah takde PA la. Maksudnya seseorang kena ganti tempat aku as PA anak bos baru aku"

Penerangan Natasya membuatkan Arida mengeluh. Terasa berat kejap bahu ni. Kemudian, Arida sambung

" Tapi kau kan tau, Tasya. Aku ni belajar tak setinggi kau. Aku ni belajar setakat habis diploma aje. Kau yakin bos kau nak aku jadi PA dia? Aku langsung takde kelayakan nak jadi PA. Kau takkan tak terangkan dekat bos kau pasal ni?"

" Itulah. Aku dah terangkan dah pon. Tapi dia tu degil gila. Dia nak jugak kau yang gantikan aku"

"Kau rasa dia marah ke sebab aku langgar dia haritu? Dia berdendam ke?"

Mereka berdua diam. Natasya menyuap kembali nasi ke dalam mulutnya. Sabar jap lapar. Seketika kemudian, dah habis mengunyah semua, dia membalas.

" Aku tak rasa macam tu. Sebab dia takkan campur adukkan masalah peri badi dengan masalah kerja. Tapi siapa tau, manusia boleh berubah"

Natasya beri jawapan selamat. Arida mendiamkan diri. Perut yang tadinya lapar kini tidak terasa nak makan. Nasi yang berada di hadapannya juga tidak tersentuh. Dia memikirkan apa yang akan terjadi pada minggu hadapan. Minggu dimana dia akan bekerja sebagai PA kepada orang dia tak sengaja langgar tempoh hari.

Isnin

"So mana dia? Awak taukan Natasya? Saya paling tak suka dengan orang yang tak menepati masa ni"

Tengku Adqil melipatkan tangan ke dadanya. Matanya pula memandang tajam ke arah pintu biliknya dan juga Natasya.

"Sekejap bos. Dia pergi ke bilik air tadi"

Tengku Adqil menganggukkan kepala. Kemudian kedengaran pintu biliknya dibuka.

Klakk!

Dia segera memandang ke arah pintu biliknya. Kelihatan seorang perempuan yang anggun memakai baju kurung moden berwarna pink pastel dan juga tudung shawl yang berwarna putih memasuki bilik tersebut.

Arida yang memasuki bilik Tengku Adqil terkaku. Di depan mata dia, betul-betul lelaki yang dia tidak sengaja terlanggar hari itu sedang memandang dia dengan tajam. Arida terkaku di tempatnya.

Natasya yang faham sangat dengan situasi begitu berasa gelabah. Cuak kot. Awkward gila. Dia mula menenangkan diri sendiri sebelum menyambung.

"Haaa ni dia. Ni la kawan saya tu bos. Nama dia Arida. Panggil Ari je"

Tengku Adqil masih lagi ralit memandang Arida. Jujur sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berasa terpegun dan tenang ketika melihat seorang perempuan memakai tudung. Tapi kalini, ketika melihat Arida yang memakai tudung, perasaannya sukar digambarkan.

"Err bos?",tegur Natasya apabila melihat Tengku Adqil seperti tidak pedulikan dia.

Tengku Adqil tersedar. Dia terus berdehem bagi menghilangkan perasaan malu.

" Nama aku Tengku Adqil. Panggil je aku bos. Rasanya Natasya ada bagitau kau kan apa benda yang kau kena buat bila kau kerja dekat sini?"

Arida mengangguk. Malam tadi, di rumah Natasya terus memberitahu apa tugasan yang perlu dilakukan sepanjang menjadi PA Tengku Adqil.

" Ok. Aku harap kau ingat setiap inci apa yang Natasya dah bagitau dan aku nak kau hadam betul-betul. Aku pantang kalau kerja dan arahan aku orang buat main-main"

Dengan penuh tegas, Tengku Adqil memberi amaran. Arida segera mengangguk tanda faham akan amaran bos barunya.

" Takde mulut eh?"

" B-ba-baik bos"

"Ok now semua bersurai"

Dengan segera, Arida melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Adqil . Natasya yang memerhati kelakuan Arida mengusap belakang Arida perlahan.

"Semangat! Aku tau kau boleh buat! PA je..kau buat je apa yang dia suruh. Selagi dia tak suruh kau buat benda yang bukan-bukan sudahlah. Ingat tau apa aku pesan pagi tadi. Kalau kau perlukan apa-apa bantuan, kau bagitau je aku okay?"

" Emm. Thank you Tasya"

" Dahla. Aku pergi dulu. Nanti bos aku pulak yang marah aku. Bye. Goodluck!"

Selesai saja Natasya pergi, dia duduk di atas kerusinya. Fail-fail disusun dengan rapi sebelum memulakan kerjanya untuk hari ini.

Tanpa disedari, sepasang mata tajam milik Tengku Adqil memerhati kelakuan Arida dari jauh.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now