Bab 47

4.8K 178 4
                                    

Imran mengetuk pintu penthouse
milik Tengku Erina.

BAM! BAM! BAM! BAM!

Tengku Erina segera membuka pintu. Orang gila mana ni ketuk rumah orang macam nak pecah?

" Imran?"

" Ye aku. Apahal? Terkejut? Tak sangka aku akan ketuk rumah kau malam-malam macam ni?"

" Tak yang kau ni apahal? Apa masalah kau? Hah? Gila ke? Tak malu orang tengok?"

" Tsk. Malu orang tengok? Wow Tengku Erina! Eh kau tak payah nak berlakon denga aku eh. Perangai kau ni buat aku rasa makin jijik dengan kau tau?"

Tengku Erina hanya memandang Imran dengan pandangan mendatar. Ye la bro aku dah biasa kena jadi no hal la.

" Jadi, kalau dah JIJIK sangat yang kau datang sini apahal?"

" Aku nak tanya apa yang kau dah buat?! Apa masalah kau sampai upah orang nak bunuh Adqil dengan bini dia?"

Tengku Erina hanya membuat reaksi menyampah.

" Apa yang aku buat? Mana la aku tau. Kenapa dengan dorang pulak?"

" Dorang accident but luckily it wasn't too bad. Tapi aku tau la yang kau —"

" See? Tak teruk mana pon. Then kau yang kecoh melalak dekat sini apsal? Urusan dorang kena apa-apa ke ada kena mengena dengan aku la macam tu? Kalau bini dia jatuh bilik air pon sebab aku suruh la centu?"

Tengku Erina mengejek. Imran semakin hilang sabar.

" Eh perempuan kau tak payah nak main tarik tali dengan aku la. Aku tau tu semua kerja kau!"

" Bukti mana bukti? Tunjuk dekat aku dulu aku nak tengok"

Imran terdiam. Benar, dia tiada bukti namun hatinya kuat mengatakan ini semua kerja Tengku Erina dan Ain.

" Lol. See? You even dont have a proof. Lepastu datang sini cari aku macam orang gila. Bro lain kali kasi aku bukti dulu okay?"

" Walaupun aku takde bukti, aku tau la ni kerja kau. Kau ingat aku bodoh ke? Sebelum kejadian tu jadi, kau la orang last yang berhubung dengan dia. Sebab apa? Sebab kau nak bagi warning kan?", Imran mula menuduh.

Tengku Erina menggeleng perlahan. Makin menyampah pula.

" Kau nak tau tak? Kau memang handsome Imran. Aku tak nafikan. Tapi sayang, otak kau sempit and tak berapa nak cerdik"

Belum sempat Imran membalas, Tengku Erina menyampuk dengan fakta yang panjang namun jelas.

" Kalau aku orang yang last berhubung dengan dia so aku la yang buat semua tu? Aku memang la cintakan Adqil tapi takkan la aku sanggup nak bunuh dia kan? Betul tak?"

Imran mengepalkan penumbuk. Sabar Im sabar!

" Lagi satu, setahu aku la kan bukan ke kau, Hayyen dan Ayden dengar semua benda yang aku dengan Ain plan haritu? Takkanlah aku sorang je kot. Kau serang aku tapi dia tak. Mana aci kan?"

Lenggok suara Tengku Erina menutur kata. Imran terkejut. Dia tahu?

" Awhh janganlah buat muka macam tu. Hodoh gila. Takpe kau anggap aku tak tau je la kalau macam tu okay?"

Tengku Erina kini kembali serius. Malas mahu main dah.

" Yes! Memang betul aku orang last call dengan dia. Tapi, ada kau tanya dia sendiri tak kenapa aku call dia? Ada dia bagitau?"

Imran tersentak. Tengku Erina tersenyum sinis. Inilah manusia tahu nak memfitnah aje kerja.

" Ceh. Kau ni buang masa aku je. Kau balik pergi hospital tanya Adqil sendiri okay? Lepastu baru datang sini cari aku. Kalau tak puas hati jugak, itu bukan masalah aku"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now