Bab 2 (E)

19.8K 437 9
                                    

Kereta mewah Tengku Adqil terus memasuki kawasan perumahan elit. Sebaik saja melihat kawasan ruang tamu rumahnya yang cerah, Adqil mula resah. Risau dan pelik datang menjengah ke hatinya. Ditilik jam yang terletak pada tangan.
.
.
.
2.10 a.m
.
.
.
'Kenapa lampu ruang tamu menyala? Mak Nab lupa nak tutup lampu ke?', monolog Adqil. Lalu,dia keluar dari kereta dan membuka pintu rumah. Sebaik saja pintu terbuka, kelibat ibunya iaitu Tengku Qaleesya sedang melihat dirinya dengan tajam sambil tangan memeluk tubuh.

"Pukul berapa ni Qil? Kenapa baru sekarang nak balik rumah? Kenapa tak balik esok je?", kata Tengku Qaleesya. Adqil meneguk air liur,kelat. Kata-kata ibunya seakan-akan menyindirnya.

"Sorry bonda. Qil busy. Baru nak call bonda nak inform yang Qil balik lambat tapi batteri dah habis", Adqil cuba untuk membuat ibunya bertenang. Namun, tidak berjaya kerana Tengku Qaleesya tahu dan masak sangat dengan perangai anaknya yang satu itu. Matanya tetap memandang si anak dengam tajam." Qil jangan tipu bonda. Qil ingat bonda tak tau apa yang Qil buat belakang bonda?!", suaranya sudah naik sedikit. Sungguh geram dengan perangai si anak. Kalau beginilah gamaknya, semakin hari semakin naik darah tingginya.

Adqil terdiam. Dia tahu bila ibunya sudah menaikkan suara maka dia perlu diam. Itu tandanya bonda betul-betul geram dengan dirinya.

"I'm sorry bonda. But i promise benda ni takkan jadi lagi", bersungguh-sungguh Adqil meminta maaf,siap tangannya seperti gaya mengangkat sumpah lagi. Tengku Qaleesya diam. "Fine! If i know you buat lagi benda macam ni,i swear that i'm gonna kill you!", lalu Tengku Qaleesya berlalu pergi ke bilik tidurnya. Adqil menghembus nafas,lega. Lalu, dia juga turut berlalu ke biliknya untuk merehatkan diri. Letih. Penat. Lelah. Apa yang dia mahu sekarang ialah rehat dan tidur.

Keesokan harinya,

Tit! Tit! Tit!

Jam locengnya berbunyi menandakan waktu pagi. Terus dia bangun dan mematikan jam. It's saturday!! Dapatlah dia luangkan masa di rumah. Bosan pula mahu keluar.  Lagipun, tiada 'mangsa' untuk diajak date.

Selesai saja memakai baju, terus kakinya laju pergi ke bawah ,turun breakfast with family!

"Good morning, everyone!" sapa Adqil. Sapaan itu disambut oleh adiknya yang merupakan  kembar iaitu Tengku Ayden Aril dan Tengku Ayren Ariq, ayahnya dan juga bondanya. Lalu,tangannya ligat mengambil makanan yang terbentang di depan mata. Tanpa buang masa,terus makanan yang diambil disuapkan ke mulut dengan 'sopan'. Tengku Qaleesya yang melihat anaknya itu hanya menggelengkan kepala. Apa nak jadilah dengan anak yang sulungnya sorang ni.

Pada masa yang sama,
Kelihatan seorang remaja perempuan sedang menangis kesakitan akibat didera.

"Mak cik maafkan Isya. Isya lupa nak masak. Isya leka sebab Isya tengah kemas bilik tadi. Sssakiit..makcik"

Arida Khalisya. Nama yang diberi oleh kedua-dua orang tuanya. Nama yang cantik tapi hidupnya tak secantik namanya. Hidupnya sering dicaci,dihina dan dipijak oleh ahli keluarganya sendiri setelah pemergian ibu bapa. Dia selalu dihina oleh makcik nya sendiri, Pn. Laila. Kadang-kadang di depan orang ramai. Sungguh dia berasa penat dan selalu berasa sedih. Berharap agar akan ada cahaya yang akan bawa dia keluar dari penderitaan dan kegelapan.

Pn. Laila yang dipanggil Mak Som yang sedang melibas batang penyapu ke tubuh Khalisya terus melibas lagi dengan sepenuh hatinya apabila mendengar alasan Khalisya. Sungguh dia panas hati. Dia baru balik dari pekan dengan keadaan cuaca yang panas pastu dengan lapar lagi, dia boleh lupa nak masak! Ini betul-betul buat dia seperti ingin membunuh anak saudaranya sendiri.

"kepala otak kau lupa nak masak. Aku dah cakap kan bila aku balik nanti aku nak tengok makanan dah ada depan mata aku!! Apa yang kau susah sangat nak faham ni?!!"

Kali ini tangannya laju mencapai batang mop yang berada di tepi almari dapur lalu libas kan ke arah tubuh Khalisya tanpa belas kasihan. Khalisya yang sedang menangis kesakitan kini terjerit kecil apabila batang mop itu dilibas ke arahnya. Tangannya pula sibuk menghalang tubuhnya daripada terkena libasan tersebut.

"ssakiit makcik. Isya minta maaf... Isya langsung tak sedar. Tolong makcik sakittt"

Rintihan yang keluar daripada mulut Khalisya seolah-olah meranyu dan ianya amat merdu di pendengaran Pn. Laila. Terus dia menunjal kepala Khalisya setelah selesai memukulnya.

"kau ingat eh sekali lagi kau buat perangai yang sama,aku akan buat benda yang lagi teruk dari ni. Faham?!!"

Mak Som terus meninggalkan Khalisya yang sedang menahan kesakitan. Hatinya puas dapat melihat anak saudaranya dalam keadaan begitu. Khalisya bangun dengan segera lalu pergi ke biliknya untuk membersihkan luka dan menyapu ubat di kawasan yang luka. Air mata sering menjadi peneman.

Lalu,kakinya di bawa kembali ke dapur untuk masak makanan tengahari untuk Mak Som.

'mak,Isya rindu mak... Isya tak nak duduk dengan makcik Laila..dia jahat pukul Isya..'
Monolog Khalisya.

Air mata yang mengalir laju dikesat. Dia nekad untuk keluar dari rumah ni. Apa-apa pun yang terjadi dia kena keluar. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk berada di sini. Dijadikan sebagai hamba, kuli dan seangkatan dengannya membuatkan Khalisya berasa lemas. Dia ingin keluar dan menikmati hidup yang selesa. Ya, itu nekadnya. Tinggal beberapa hari je lagi, Khalisya. Bertabahlah...

Ketika dia tengah memasak, terdengar ada suara seseorang memberi salam dari luar rumah. Isya terus keluar untuk menjenguk siapa yang memberi salam. Dia terus menguntumkan senyuman apabila jiran sebelah rumahnya, Mak Uteh yang menyapa matanya.

"Waalaikumsalam Mak Uteh. Ada apa datang rumah ni?", tanya Isya dengan ramah. Mak Uteh terus menghulurkan lauk yang dipegangnya dari tadi ke arah Isya.

"Amiklah Isya. Mak Uteh buat lebih sikit. Saje je nak bagi kamu sekeluarga ni rasa", kata Mak Uteh. Kemudian, mata Mak Uteh melirik ke arah tangan Isya. Terdapat lagi beberapa kesan lebam dan luka. Terus sahaja tangan Isya dipegang.

"Eh! Ni kenapa ni Isya oii.. Sapa buat kamu sampai jadi lagu ni? Teruk sangat ni. Sampai luka-luka bagai ni"

Isya kaget. Tangannya ditarik semula. Sambil itu,dia cuba untuk menutup kesan lebam dan luka dengan menggunakan kain bajunya.

"Takde papelah, Mak Uteh..sikit aje ni. Isya dah biasa dah..takpe",jawab Isya.

Mak Uteh geram dengan balasan Isya. Dia ingin membalas semula,namun tiba-tiba Mak Som menuju ke arah mereka. Mak Som memandang tajam ke arah Mak Uteh.

"Ada apa kau Uteh datang rumah aku ni? Ada apa-apa ke yang aku tak tau? Sampai nak jumpa dengan anak saudara aku bagai", terdengar nada jengkel Mak Som di situ.

Memang sedia maklum, Mak Som dan Mak Uteh tidak pernah serasi dari dahulu lagi walaupun mereka jiran sebelah rumah. Mak Uteh tidak faham kenapa Mak Som begitu bencikan dirinya. Tapi, Mak Uteh tidak kisah kerana dirinya juga tidak suka dengan Mak Som. Tengoklah cara percakapannya sekarang. Itu tidak termasuk lagi dengan cara dia melayan Isya. Habis dideranya.

"takde papelah..saje je aku bagi lauk yang aku masak tadi dekat si Isya ni. Maklumlah, Isya kan suka lauk ni. Tu yang aku bagi ni. Eh Isya, Mak Uteh pergi dulu ye. Mak Uteh ada kerja nak buat kat rumah. Assalamualaikum"

Terus sahaja Mak Uteh pergi, Isya terus sahaja memasuki rumahnya senula. Mak Som bengang lalu menarik dan menggenggam tangan Isya dengan kuat.

"Hei! Kau bagitau apa hah kat orang tua tu? Kau ada burukkan aku eh? Baik kau cakap betul-betul sebelum aku tampar muka kau"

Isya takut dan menjerit sakit."Takde makcik. Dia bagi ni aje. Pastu takde dah.. Sakit makcik. Tolong lepaskan tangan Isya."

Tangan Isya terua dilepaskan dengan kuat. "Harini kau boleh tipu aku..tpi next time,jangan harap kau boleh! Kau dengar tu!"

Terus sahaja Mak Som meninggalkan Isya yang terkulat-kulat disitu. Air mata Isya hampir gugur namun ditahan. Bukan sekali dua benda ni terjadi. Bahkan, setiap hari.

'Bertahanlah Isya. Kau mesti boleh keluar tak lama lagi'








Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now