Bab 21

5K 164 6
                                    

" Err, Tuan. Saya sorang jeke yang stay untuk harini?", tanya Arida apabila melihat semua pekerja di situ sudah mengemaskan barang mereka bersedia untuk pulang.

" Yelah habistu? Kau expect aku teman kau ke? Kau yang buat salah kan? Lain kali datang la lambat lagi", kata Tengku Adqil.

Dia segera pergi menuju ke lif yang terdapat di hujung tingkat. Arida menarik nafas dengan dalam. Dia berasa takut dan gemuruh. Perasaan negatif dikawal dia cuba untuk tidak memikirkannya lalu menyambung kerjanya yang tergendala.

Arida leka membuat kerjanya sampai tidak sedar, jam sudah pun menunjukkan pukul 8 malam. Dia segera menunaikan solat maghrib.

Selesai solat, dia kembali menyambung kerjanya. Masih banyak lagi fail projek yang belum disemak dan dibuat. Dia kemudian pergi ke pantri untuk mengisi botol airnya yang kosong.

Sedar tidak sedar lagi, jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Lagi beberapa jam sahaja lagi nak pukul 1. Sabar Arida. Kau boleh bertahan. Sikit je lagi.

Sedang Arida membuat kerja, dia teringat akan Tengku Adqil yang berada di rumah. Sebelum dia keluar, dia sempat menyediakan sarapan. Nasi goreng kampung. Agak-agak lelaki itu makan ke tak masakannya?

Nak masak? Dia sekarang berada di office. Arida pasti Tengku Adqil sedang makan di luar bersama rakan-rakannya, Zariel dan Imran. Takkan la balik rumah Tengku Qaleesya pula kan?

Tepat pada pukul 1,

Arida segera mengemaskan beg untuk pulang. Segala kerjanya sudah pun siap. Tinggal lagi 2 fail sahaja lagi untuk dikerjakan. Itu pon untuk disemak sahaja.

Arida turun dan segera melangkah keluar dari syarikat. Ketika dia keluar, terdapat seorang pengawal yang meronda memandang Arida tidak lepas. Matanya dab juga reaksi mukanya juga berlainan. Dia kemudian bertanya.

" Cik adik manis ni dari tingkat atas sekali ye? PA Tuan Tengku Adqil?", Tanya pengawal tersebut.

Arida tidak berasa selesa. Walaupun begitu, dia tetap mengangguk. Kedua-dua tangannya memegang erat beg nya.

" Ohh bukan apa. Bos ada bagitau abang tadi pasal cik manis kita ni kena stay. Dah pukul 1 ni. Dah lewat dah pun. Kita dua stay sama-sama jelah, nak tak?", Tanya orang tua gatal tersebut.

Arida segera menggelengkan kepala. Ya Allah, tak sangka peristiwa ni akan terjadi lagi. Arida segera melangkah. Tetapi, pengawal tersebut memegang pergelangan tangan Arida dengan kuat kerana dia mencengkam tangan gadis itu.

"AHH!!", Jerit Arida. Air matanya mula mengalir. Dia menarik tangannya dengan kasar untuk melepaskan pegangan tersebut namun tidak berjaya. Arida mula berasa panik . Ya Allah, selamatkan lah hamba mu ini.

Kemudian, PON! PON! PON!PON!PON!
Hon kereta seseorang berbunyi. Kedua-dua mereka memalingkan kepala ke arah kereta tersebut. Arida menarik nafas lega apabila ianya kereta Tengku Adqil.

Pengawal itu tadi melepaskan pergelangan tangan Arida lalu pergi. Arida segera berlari anak menuju ke kereta Tengku Adqil. Dia duduk di seat depan.

" Dah puas melayan? Setakat pegang-pegang apalah sangat. Kenapa tak bagi terus je badan murah kau tu", kata Tengku Adqil sebaik sahaja Arida masuk ke dalam kereta.

Arida tergamam. Tidak menyangka Tengku Adqil sanggup berkata sebegitu. Kesan merah dan luka di pergelangan tangan ditutup.

" Saya tak buat apa-apa pun. Pengawal tu yang mulakan dulu. Saya cuma lepaskan diri aje"

" HAAHHABAHA hebatkan kau perempuan? Play victim centu? AAHAHAH"

" Sumpah, Tuan. Saya bukan perempuan macam tu. Saya----", kata -kata Arida terhenti apabila Tengku Adqil memotong percakapannya.

" Eh dahlah. Aku kenal sangat perempuan murah macam kau ni. Macam manalah mama boleh suka kau kan?"

Arida diam. Ingatkan Tengku Adqil akan menenangkan dia, namun sebaliknya.

Tengku Adqil segera memandu sehingga sampai ke rumah. Arida dan Tengku Adqil masuk ke rumah bersama.

" Tuan dah makan ke? Nak saya masakkan apa-apa?", Tanya Arida.

" Taknak ah aku. Jijik. Manatau kau bagi aku makan benda yang tak elok. Dahlah blah. Semak ajelah"

Arida segera pergi ke biliknya. Dia menutup pintu. Air matanya mengalir dengan lebat. Gambar kedua ibu bapanya diambil dan dipandang. Sampai bila ini akan berakhir?

Keesokannya,

Arida menyiapkan sarapan dan lauk untuk makan malam sekali gus. Dia tidak perlu risaukan apa yang Tengku Adqil akan makan nanti.

Dia segera keluar dari rumah dan pergi menuju ke perhentian bas. Ketika dia keluar rumah tadi, dia mendapati bahawa Tengku Adqil tengah mandi. Dia juga sudah pastikan untuk memberitahu Tengku Adqil walaupun lelaki itu hanya membuat bodoh.

Pukul 8. 05 a.m,

Arida datang ke pejabatnya. Nasib baik dia tidak terlambat. Dia terjumpa Sierra dam Amanda secsra tidak sengaja. Kedua-dua gadis itu menjeling Arida namun Arida hanya membuat tidak endah. Nanti kalau mata rosak, jangan salahkan aku sudah.

Pada pukul 8.30 pagi,

Tengku Adqil muncul. Dia memandang Arida sekilas sebelum masuk ke dalam biliknya . Perut senang, badan pun senang.

Tipulah kalau dia tak tergoda tengok apa yang dimasak Arida. Semua nampak menyelerakan. Sebelum dia bergerak, dia sempat makan 2 pinggan nasi goreng. Sedap!

Mereka terus menjalankan kerja masing-masing.

Notes:
Maaf ye kalau pendek sangat. Saya lupa penambahan idea. Jangan risau esok ada lagi. 2 bab yang akan menanti

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now