Bab 37

4.7K 162 5
                                    

" APA?!", jerit Imran.

Zafriel dan Tengku Adqil menahan malu. Sabar bang sabar, budak memang macam ni bang.

" Kau biar betul bro. She's back? For real? This time??", tanya Imran lagi.

Tengku Adqil mengangguk. Zafriel menongkat dagu. Imran dengan muka terkejut beruk dia.

Mereka berdua tidak menyangka Tengku Erina akan kembali lagi pada Tengku Adqil. Takkan dah lupa kisah dulu kot?

" Kau tak warning dia ke? Kau tak bagitau ke kau dah kahwin?", tanya Zafriel.

" Warning? Kau bukannya tak tau yang dia tu degil and jenis orang susah dengar cakap orang. Aku bagi la warning panjang mana pon, dia buat bodo je", terang Tengku Adqil.

Zafriel mengangguk faham. Bukannya baru semalam dia kenal Tengku Erina. Imran pula masih lagi mendiamkan diri.

" Aku dah kata dah jangan kacau aku lagi. Aku dah ada bini. Tapi dia nak jugak. Then, dia ungkit benda lama. Kata aku ni penipu sebab dulu aku pernah kata yang dia tu first love aku. Aku pon ungkit la sekali tapi kau tau dia cakap apa?"

Zafriel dan Imran mengangkat kening tanda 'apa'?

" Dia cakap past is past, Adqil. I still love you. I can't stop thinking about you since that day"

Tengku Adqil nengajuk cara Tengku Erina bercakap. Zafriel hanya menayangkan senyuman nipis. Imran pula hanya nenggelengkan kepala.

" Ey apa benda la perempuan tu. Aku memang anti dengan dia. Lantak la ex kau sekali pun. Ingatkan baik sangat tapi perangai? Pijak semut pon tak mati dia punya pura-pura tu", luah Imran dengan panjang.

Tengku Adqil dan Zafriel sudah masak sangat dengan Imran. Dari mereka belajar zaman universiti lagi, Imran memang tidak suka dengan Tengku Erina bahkan ketika itu dia masih lagi kekasih hati Tengku Adqil.

" Dia nak apa lagi do? Tak puas ke 3 orang jantan dalam 1 masa? Bercinta dengan orang tu last dengan orang lain. Then bercinta dengan orang sana padahal tengah bercinta dengan orang lain. Tak faham aku. Dia dahla perempuan"

Kata-kata Zafriel benar. Namun, Tengku Adqil buat tidak tahu. Imran menjulingkan mata ke atas.

" So? Lantak la dia dah besar kan. Dia takde akal ke? Takde otak sampai tak boleh nak fikir? Kau tak ingat apa yang dia dah buat dekat kita? Kau nak backup dia ke?", marah Imran.

Zafriel menggelengkan kepala. Takut la cakap pasal Erina dengan dia ni. Dari jadi kucing tiba-tiba jadi harimau.

" Hmm dah lah. Pukul 1 lebih dah ni. Aku nak gerak dulu la. Beli makanan jap", kata Tengku Adqil.

"Hah makanan? Tadi kau tak nak. Bila dah nak cau baru kau nak order?", tanya Imran

" Malas aku nak makan dengan korang dua. Aku nak order makanan untuk bini aku la"

Zafriel tetsenyum sinis. Poyo je mamat ni.

" Elehh cakap la kau nak order makanan sebab kau nak makan kat rumah dengan bini kau. Itu pon malu", perli Zafriel.

" Ah senyap la kau", kata Tengku Adqil lalu pergi memesan makanan.

Zafriel dan Imran menggelengkan kepala. Itu pun malu nak mengaku.
.
.
.
.
Sesudah sahaja sampai di rumah,

Tengku Adqil menuju ke arah dapur untuk menghidang makanan yang dibeli.

Dia mengerutkan kening. Mana pulak dia ni? Tidur ke?

Tengku Adqil segera menapak pergi ke bilik Arida yang tidak jauh dari situ. Dia mengetuk pintu dahulu sebelum memulas tombol pintu.

Tengku Adqil menghela nafas. Laa tidur rupanya. Kemudian, Tengku Adqil terlihat gambar yang terletak dia atas rak bersebelahan katil Arida.

Dia mencapai bingkai gambar tersebut lalu melihatnya. Oh ini rupanya wajah mak dan bapa mertua dia.

Dia tersenyum nipis. Kemudian, dia meletakkan semula gambar tersebut semula mengejut Arida untuk makan.

" Woi! Bangun. Dah pukul berapa dah ni. Tidur lagi? Bangun lepas tu solat Zohor. Then pergi dapur , makan"

Arida terpisat-terpisat. Eh?

" WAHH!"

Tengku Adqil menutup telinganya apabila mendengar jeritan isterinya itu.

" Woi kau ni apahal?! Yang terjerit-jerit ni dah kenapa? Sawan ke?"

" Tengku ke? Mana saya tau Tengku masuk bilik saya"

" Habis siapa lagi dalam rumah ni? Perompak? Pencuri? Penyangak? Nak masuk rumah ni?"

Arida terdiam. Mana la aku tau. Mestilah terkejut bila bukak je mata ada lelaki duduk dekat dengan dia.

" Kalau dia nak ambik barang, dia takkan masuk dah bilik ni. Dia curi and ambik je terus. Erghhh dah la pergi solat. Biar bukak besar-besar sikit mata kau tu"

Tengku Adqil segera pergi dari situ. Arida masih lagi diam. Aik? Merajuk ke?

Selesai sahaja Arida solat, dia pergi ke dapur.

Terlihat makanan yang sudah sejuk di atas meja. Dia menoleh ke arah Tengku Adqil yang sedang melihat phone.

" Tengku beli ke?", tanya Arida.

Tengku Adqil tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Untuk saya?", tanya Arida dengan hati-hati. Nampak macam bad mood je cik Tengku ni.

" Tak la untuk jiran sebelah. Tadi dia kirim", Tengku Adqil loyar buruk.

Arida mengangguk faham.

" Ooh habis kenapa Tengku tak hantar lagi dekat dia? Nak saya hantarkan ke?"

" Ha pergi la hantar. Aku malas nak hantar. Jauh"

Arida terus mengambil makanan tersebut lalu pergi ke pintu belakang (pintu dapur).

Dia terlihat seorang wanita berusia sedang menjemur kain. Arida segera melangkah ke arah wanita tersebut.

" Nah aunty. Makanan aunty", kata Arida.

Wanita chinese tersebut mengerutkan dahi. Ey kenapa ni?

" Ohh terima kasih. Semoga murah rezeki selalu", kata wanita chinese tersebut.

Arida memberi senyuman lalu masuk ke dalam rumah.

Pada masa yang sama, Tengku Adqil mengajak Arida untuk makan.

" Woi Arida jom mak—", kata Tengku Adqil terhenti apabila dia melihat tiada makanan yang dibelinya tadi.

" Eh? Mana makanan kat sini?", Tengku Adqil menunjuk meja.

"Eh? Tengku lupa ke? Kan Tengku kata tu jiran sebelah punya. Saya bagi la dekat dia", jawab Arida lurus.

Tengku Adqil ternganga luas.
Seriously?!

Arida menggaru belakang kepala. Aku ada buat salah apa-apa ke? .

" Kau bagi jiran sebelah?! Itu makanan kita la!", kata Tengku Adqil.

" Eh? Tengku yang kata tadi tu jiran sebelah punya. Kan dia kirim"

" Kau pernah dengar tak loyar buruk tu apa? "

Arida menggelengkan kepala. Loyar buruk? Apa tu? Besi buruk ke?

Tengku Adqil menghela nafas yang panjang.  Kenapalah lurus sangat isteri aku ni?

Hi! Thank you korang for the comments and the votes.

For unlock next ch: 45 votes and comments

Have a nice day every1!






Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now