Bab 25

5.3K 144 7
                                    

Selesai saja 7 hari mereka berempat bercuti di Melaka, masing-masing membuat kerja sendiri. Lagi-lagi hubungan Tengku Adqil dan Arida yang dari semakin rapat ke renggang.

Lebih tepat lagi, hubungan mereka terjadi seperti sebelum mereka bercuti. Berkali-kali Arida cuba untuk bertanyakan khabar atau masalah Tengku Adqil namun, makian dan cacian yang dia dapat.

Arida termenung. Dia kini berada di ruang tamu di rumah mereka.

'aku ada buat apa-apa salah ke sampai dia marah aku balik?', fikirnya.

Kemudian, dia terdengar bunyi pintu bilik suaminya dibuka dan ditutup. Dia melihat Tengku Adqil yang turun ke bawah tanpa memandangnya yang berada di sofa ruang tamu. Arida cuba untuk menegur suaminya itu.

"Err, Tengku. Tengku nak pergi mana?"

"Yang kau sibuk apahala? Kau ingat kau isteri aku, kau boleh masuk campur hal aku ke?"

Arida terkedu. Tengku Adqil menyambung lagi.

"Kau jangan ingat yang aku buat baik dekat kau kat sana, kau boleh jadi isteri aku yang 'real' eh? Aku buat baik pon sebab ada kawan aku je. Kalau tak, sampai kau mati pun aku takkan la nak layan kau"

Arida menyembunyikan perasaannya. Tengku Adqil segera beredar. Arida patutnya tahu dan sedar akan tindakan Tengku Adqil itu.

Arida merasakan dirinya betul-betul bodoh. Dia tidak dapat menahan tangisan. Air mata keluar setitik demi setitik. Dia mengelap air mata tersebut dari keluar dengan lebat.

" Bodohnya kau ni. Kau patutnya tau yang dia tu takkan amik kau sebagai isteri dia. Kau patutnya tau Isya, yang dia tak pernah serius dan dia tak pernah terima kau pun. Yang kau pergi tegur dia buat apa? Please sedar diri", kata Arida kepada dirinya.
.
.
.
.
.
Manakala Tengku Adqil pula sedang lepak bersama kawannya. Siapa lagi? Sudah tentu Zariel dan Imran.

Tengku Adqil kelihatan serabut. Rambutnya yang tadi dirapi dengan kemas kini serabut. Dia menghela nafas dengan panjang.

Zariel dan Imran melihat Tengku Adqil. Dah apahal pulak la beruk sorang ni?

"Kau asal hah monyet? Asal ada masalah je, ajak kitorang. Asal ada kitorang je, kau ada masalah. Apa hal kau ni? Nak kena tumbuk ke?", Kata Imran dengan bengang.

Tak habis-habis dengan masalah yang macam takde penghujung tu. Tengok kitorang ni, bini pon takde. Elok aje hidup.

"Takdelah. Aku cuma...takleh tahan la baran aku. Aku asyik marah, tengking apa semua. Semua sebab perempuan tu la!"

Zariel mengerutkan dahi. Imran memandang Zariel. Wuish buruknya kawan aku ni!

" Haa perempuan? Siapa? "

" Erina! Sejak aku jumpa dia, semua benda tak kena. Semua benda yang aku buat, semua benda yang Arida buat, semua! Semua benda tak kena! Ada je aku tak puas hati. Itu salah ini salah. Padahal takde benda pon", luah Tengku Adqil.

Zariel dan Imran diam. Kalau ikutkan hati Zariel, dah lama dia hempuk kepala kawannya ini dengan kuali. Biar betul sikit otak tu.

"Yang kau duk sibuk fikir pasal Erina dah kenapa? Past is past! Move on la babi. Sekarang ni kau kena bagi full attention dekat bini kau tu. Kau ingat bini kau tu takde perasaan ke sial kau asyik marah-marah ni?"

Imran menganggukkan kepala tanda setuju. Dia turut menyambung.

"Entah kau ni. Berapa kali kitorang duk nasihatkan kau. Fokus kau sekarang dekat Arida. Bukan Erina. Erina tu perempuan yang datang pastu pergi dari hidup hanya sebab HARTA. Eh bodoh kau tak ingat ke apa yang dia pernah buat kau? Kat Zariel? Kau nak jadi macam dulu balik ke bodoh?"

Tengku Adqil hanya termenung. Sejujurnya, dia tidak mau perkara dahulu diulang semula. Bila diingatkan balik, dia sedar betapa bodohnya perlakuannya dahulu.

"Aku tau kau pura-pura sweet muwit dekat Melaka sana. Tapi demi dia, isteri kau. Tolong faham perasaan dia dan tolong kenal dia betul-betul dulu. Dia tu perempuan bro. Dia dan Erina sama je. Dua-dua perempuan. Bezanya, Arida isteri kau dan aku yakin dia baik and boleh bagi kau happy. Erina? Dia hanya ex gf kau je weyh. Dulu dia bolehlah happy kan kau. Tapi sekarang? No after apa yang dia dah buat. Bagi peluang dekat bini kau. Aku yakin kau happy dengan dia. Erti kata lain, bahagia la bodoh"

Kata Imran dengan panjang dan lebar setelah melihat Tengku Adqil jadi bingung sedikit.

Tengku Adqil mula memikirkan kata Imran tersebut.

Pada masa yang sama,

Erina diam memikirkan bekas teman lelakinya itu. Dia mundar-mandir di dalam biliknya. Kuku ibu jarinya digigit. Dia resah.

" Itu isteri dia ke? Tak mungkin tak mungkin. Dia hanya suka aku je. Macam mana dia boleh? Takkan sebab benda dulu dia dah taknak dengan aku. Tak mungkin. Ini mesti perempuan tu main kotor!"

Erina kelihatan seperti orang gila. Mental ke? Mungkin lah.

Dia duduk di meja solek dan mula menyikat rambutnya sendiri. Dia muka menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan Tengku Adqil kepadanya.

Dia memandang cermin. Dia mula tersenyum lebar.

"Haihh cantiknya aku. Takkan la Tengku Adqil pilih perempuan kotor tu dari aku kan? HAAHAHAHAH"

BANG! BANG! BANG!

"Woi! Diamlah. Dah malam ni. Orang nak tidur pon tak senang lah. Tidur la!"

Kata salah seorang jiran yang berada di sebelah rumah apartmen Erina. Bising je minah ni.

Erina bengang. Dia terus menjerit.

"Ish yelah-yelah! Bising je kau ni!"

Selepas itu, tiada lagi kedengaran jeritan kegilaan Tengku Erina di kawasan kejiranan tersebut.

Mr Tengku Adqil Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu