Bab 45

5.2K 138 4
                                    

Tengku Erina memandang Ain yang berada di hadapannya kini. Hal mustahak katanya.

" I dah upah seseorang untuk kawal pergerakan Arida", kata Ain.

Tengku Erina memandang pelik. Okay tu je? Selain yang tu, takde? Bukan apa, setakat upah orang tu memang diperlukan pun. Kau tengok la novel mana je penjahat tak upah orang?

Kalau ada cer komen sikit.

" Esok, I akan jumpa Adqil dan Arida. Masa I goda Adqil, I nak you mulakan kerja you. Lepas aje Arida keluar dari office, suruh orang upahan you bawak dia dekat mansion i", kata Tengku Erina.

Ain mengangguk walaupun dia sedang menyumpah dalam hati.

Yang patut goda Adqil is me. Not Arida not Tengku Erina not someone else. Only me!

Namun, Ain hanya beriak tenang. Dia menghirup ice americano di depan. Tengku Erina memerhati tindak tanduk Ain. Sangat mencurigakan tapi tak apalah. Mainan baru kan?

Tengku Erina segera keluar dari cafe tersebut dengan penuh lenggok yang orang kata gedik. Kisah apa aku?  Im just being myself.

Tanpa mereka sedar, ada 3 pasang telinga yang mendengar segala perbualan dan memerhati pergerakan mereka.

Imran, Hayyen dan Ayden memandang antara satu sama lain.

" Wey aku tak salah dengar kan?", tanya Hayyen.

" Betullah apa yang kau dengar tu. Tengku Erina! Benci siot aku dengan dia tu. Aku tak faham seronok sangat ke jadi pengemis cinta laki orang?!", marah Imran.

Ayden mengiyakan kata Imran.

" Bukan tu je aku tak sangka. Tu ha anak kawan baik aunty Qaleesya pon perangai serupa. 2 kali setan!", kata Ayden menambah garam.

"Tengku Mardhiah dengan Tengku Qaleesya kawan? Wow! What a suprise", kata Hayyen.

Imran dan Ayden mengerutkan dahi. Apa yang pelik?

" Apa yang peliknya? Biasalah datin-datin kan? Ada ler tu dorang punya hal urusan apa semua. Siap ada kelab lagi. Kalah kita", suka Ayden.

"Kau tak tau apa-apa ke pasal Tengku Mardhiah tu?", tanya Hayyen serius.

Imran dan Ayden menggelengkan kepala serentak. Kenapa dengan dia?

" Kalau korang nak tau, Tengku Mardhiah tu gila kau tau. Ini based on mak aku cakap la", sambung Hayyen.

" Kenapa dia gila? Aku tak faham maksud tu. Gila apa? Gila dia tu macam mana?", tanya Imran.

" Well, she's materialistic and crazy over money. Tapi kau jangan ingat gila harta setakat macam tu je. Mak aku kata dia pernah bunuh isteri pertama suami dia dan anak-anak dorang"

Imran dan Ayden membulatkan mata. Tidak dapat dinafikan, Tengku Mardhiah ialah suami kedua Tengku Adam, bapa Ain.

Imran terdiam. Dia tidak tau apa yang patut dirasakan sekarang ini. Dibunuh?

" Aku tau kau terkejut. Bukan kau je aku pon. Satu kelab datin mak aku tau cerita ni. Bukan tu je, ada lagi beberapa orang yang dia sanggup cedera dan bunuh semata-mata nak harta. Yang selalu jadi mangsa, kawan-kawan rapat dia la. Tukang jerat siapa lagi kalau bukan anak dia si Ain tu", sambung Hayyen.

" Kau biar betul bro. Kalau satu kelab datin mak kau tau, kenapa tak bagitau or report dekat polis?", tanya Ayden.

Imran mengangguk setuju. Tak logik jugak. Hayyen menggelengkan kepala.

" Kalau la benda tu mudah. Tapi, bukti takde. Lagipon, dia kan banyak duit jadi dia guna la duit tu dalam hal polis ni"

" Tengku Adam? Takkan la dia tak tau? Dia cinta mati kot dekat arwah aunty Liana", balas Imran.

Hayyen hanya mengangkat bahu. Ayden dan Hayyen memandang Imran. Mereka tau Imran sorokkan sesuatu.

" Kau okay ke Im?", tanya Hayyen.

Imran hanya mengangguk lemah. Anak pertama Tengku Adam dan arwah aunty Liana, Tengku Laila. Tengku Laila merupakan kekasih Imran pada waktu dahulu.

Dia kira kekasihnya itu meninggal kerana kemalangan namun baru kali ini, dia tau kebenarannya.

Perasaan marahnya memuncak. Hayyen dan Ayden yang faham dengan sifat baran Imran hanya mendiamkan diri.

" Kau tak rasa ke kita kena tolong Adqil. Aku rasa keluarga dia dalam bahaya la", kata Ayden

Imran mengangguk dengan laju. Hayyen juga. Mereka terus memanggil kawan-kawan mereka yang lain kecuali Tengku Adqil.
.
.
.
.
.
Tengku Adam mengeluh. Dia membuang pandangan ke arah jendela di tepi pejabatnya.

Dia teringat arwah isteri dan juga anaknya. Nur Liana, bidadari syurganya dan Tengku Laila, permata hatinya yang sudah pun meninggalkannya.

Tipulah dia jika mengatakan dia tidak berasa sedih ketika pemergian mereka. Hari itu adalah hari dimana hatinya sudah pun mati sepenuhnya. Mengingatkan tiada lagi gelak ketawa dan kesedihan bersama hampir membuatkan Tengku Adam gila.

Mengahwini Tengku Mardhiah bukanlah pilihannya malah orang tua mereka. Ia bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan dalam hidup Tengku Adam.

Tidak dapat dinafikan, walaupun sudah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Mardhiah, hatinya terasa kosong. Bukan dia tidak mencintai isterinya itu, cuma perangai dan sifat Tengku Mardhiah sangatlah berbeza.

Membuang duit dan masa. Suka berjalan sana sini seperti tiada rumah. Makin mendesak dan banyak lagi termasuk lah ingin menikahkan puteri mereka, Ain dengan Tengku Adqil.

Bukan puteri mereka, tetapi hanya puteri Tengku Mardhiah. Ain bukanlah anaknya kerana ketika menikahi Tengku Mardhiah, Ain sudah dilahirkan.

Anak siapa? Anak Tengku Mardhiah bersama bekas suaminya yang tidak berkerabat ' Tengku '. Tengku Adam malas mahu tanya siapakah bekas suami isterinya itu kerana sudah jelas ianya hal sensitif.

Lagipula, benda yang lepas biarlah lepas. Dia pun gembira bersama kehidupannya sekarang. Persoalannya, bahagiakah dia?

Tengku Adam merenung jauh dan memandang telefon bimbitnya yang memaparkan gambar keluarga dia bersama Nur Liana dan Tengku Laila.
.
.
.
.
.
Dia satu sudut yang lain, Imran memegang gambarnya bersama Tengku Laila.

Dia mengusap gambar tersebut. Imran memeluka gambar tersebut. Baginya, ia adalah satu-satunya memori mereka bersama yang ditinggalkan oleh Tengku Laila sebelum meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

Imran menahan tangis. Mendengar cerita Hayyen membuatkan dia berasa panas. Sungguh dia benci dengan Tengku Mardhiah dan juga Ain.

BUNUH!

Imran membuat keputusan untuk menghukum mereka atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Membunuh bukanlah satu perbuatan yang patut dilupakan.

Imran mengepalkan tangan. Dia akan pastikan Tengku Mardhiah dan Ain akan mendapat hukuman yang setimpal. Itu janjinya.

Ada satu halangan yang menghalangnya kali ini. Tengku Erina!

Imran mengetap bibir. Tengku Mardhiah, Ain dan Tengku Erina! Akan dia pastikan ketiga-tiga makhluk itu menderita.

Imran menyapu mata. Dia mencapai telefon di atas katil sebelum menelefon Tengku Adqil, Hayyen, Axiel, Ayden dan Zafriel.

" Hello"


Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now