"Maktok, papa, mommy." Terus Kiara memotong Marina. "Kiara dah fikir masak-masak tentang wasiat tok abah." Kiara memandang Nia, "Nia, kau tak perlu risau. Aku tak akan ambil Rian dari kau." Kiara memandang semua yang berada disana, "Kiara akan make sure yang semua dapat bahagian masing masing even without marrying Adrian. Itu keputusan Kiara." Terus Kiara bangkit dari situ.

"Kau ingat aku nak percaya ke cakap kosong kau Kiara? Tah tah kau suka kan?!"

Kiara berhenti dan pusing memandang Marina. Tak sempat Kiara mahu menjawab, Adrian sudah mencelah. "Like you said before, semua harta sudah jadi milik Kiara. Bahkan rumah ni pun dah jadi milik Kiara. So nasihat Rian, apa kata aunty duduk diam-diam before Kiara halau aunty. Takut aunty takde tempat tinggal je nanti."

"Kurang ajar!" Marina menepuk sofa dan terus bangun dari tempat duduk.

Adrian juga turut bangun, "Sorry aunty." Adrian berjalan selangkah demi selangkah ke arah Marina, "Adrian tak suka kalau aunty layan Kiara macam tu depan Adrian. Do it bila Adrian takde depan mata because if you do it infront of me, I'm on her side. Ini tugas Rian, harap aunty faham."

"Uncle, aunty Dahlia, Rian balik dulu." Adrian berjalan keluar dari situ dan dia buat tidak endah sahaja sama Kiara saat dia melepasinya.






"Ada tak? Jumpa?" Soal Adrian saat dia masuk sahaja ke dalam bilik pejabatnya.

Hayyaz, Zayyan dan Rafael ketiga-tiganya memusing badan memandang Adrian yang baru sampai di Max Corp.

"Tak jumpa weh fail biru tu." Jawab Zayyan sambil mengambil tempat duduk di sofa. Penat betul main hide and seek dengan fail ni.

"Eh, siapa suruh kau duduk? Cari sampai dapat." Arah Adrian.

Zayyan memandangnya tidak puas hati, "Aku dekat sini dari maghrib tadi kau tahu tak? Solat pun aku belum."

"Solat apa? Solat pun kau tak tahu..." Kata Rafael perlahan dihujung bilik.

Mata Zayyan terus tertumpu ke arah Rafael, "Kau cakap apa?"

"Takde apa. Mana ada aku cakap apa-apa." Rafael mengeleng kepala.

Adrian memandang Hayyaz, "Mana Zander dengan Harraz?"

"Can't detect. Sorang tutup phone, sorang lagi tak angkat call." Balas Hayyaz yang masih mencari fail biru tua di dalam rak almari kerja Adrian.

"Can't detect? Dorang pergi mana?" Adrian berkata sendirian.






"Harraz, kau cepat boleh tak?"

"Sabar lah, yang drivenya aku bukan kau. Banyak pula cakap." Balas Harraz geram. Dah lah ajak buat projek last minute, lepastu nak bising bising pula. Call Adrian kang baru tahu.

"Ha dah sampai, pastu nak buat apa?"

Zander melihat rumah besar yang betul betul dihadapannya, "Bapak besar sia rumah dia. Dia dulu duduk Dubai jadi bapak ayam ke apa?"

Harraz mengeleng kepala, "Ha dah lah. Cepat, nak buat apa sekarang?"

"Kita pecah masuk rumah dia."

"Kau nak ajak aku jadi perompak pula ke apa ni?"

"Eh Raz, kau dengar je boleh tak?" Balas Zander, banyak pula cakap dia ni.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelKde žijí příběhy. Začni objevovat