cp 2

5.9K 555 80
                                    

Mata merah aku menatap buku sihir yang berada di tangan aku kini. Buku ini adalah buku arwah ibu aku tinggalkan sebelum dia pergi.

Dari buku ini sudah banyak sihir yang aku belajar tetapi tidak pernah sekali pun aku belajar sihir memutarkan masa. Aku masih tertanya bagaimana aku boleh berada di jangka waktu ini.

Sihir memutarkan masa itu memang ada tetapi ianya terlalu sukar dilakukan menjadi sihir itu tidak pernah diperlajari oleh sesiapa pun. Sedangkan aku yang merupakan penyihir kegelapan paling kuat sekarang pun masih belum cukup kuat menahan sihir memutarkan masa.

Mana aku mungkin boleh habis dalam sekelip mata jikalau aku cuba melakukannya.

"Norn!" panggil aku dan dalam sekelip mata kelibat iblis bawahan aku itu hadir di hadapan aku.

Awalnya dia adalah iblis ibu aku namun setelah ibu aku pergi, aku menjadi tuannya. Norn juga seorang iblis yang cekap, hanya dengan memanggil nama dia, dia akan datang ke arah aku tanpa menunggu sesaat pun.

"Ada apa-apa laporan tentang menara sihir baru-baru ini?" Soal aku.

"Tidak ada cik," balasnya.

Tidak ada bermakna hanya aku seorang sahaja yang tahu akan kejadian ini. Kalau ada penggunaan mana yang berlebihan mesti menara sihir akan mengetahui lebih awal.

Boleh jadi aku kembali ke masa lalu disebabkan seseorang menggunakan sihirnya untuk ke sini tetapi membawa jasad aku sekali. Kalau teori aku betul, aku mesti menemui orang itu.

Bam!

Tiba pintu bilik ini dihempas kuat. Beberapa orang pengawal masuk tanpa kebenaran aku. Mereka ini mamang sudah tidak menghormati aku lagi.

Mereka tahu semua ahli keluarga aku menbenci aku sehingga membuang aku ke sini, tetapi aku tetap juga ahli keluarga terbesar Argechi. Jadi mereka harus hormat aku walaupun keluarga aku semua tidak pernah menganggap kewujudan aku.

Di masa lalu, biasanya aku akan membunuh mereka semua kerana berkelakuan begini, namun masa ini aku mahu berubah.

"Tuan besar Argechi mengarahkan cik untuk datang makam malam di kediamannya hari ini," ujar salah seorang pengawal tersebut.

Duke Kylo Argechi.

Ayah aku yang tidak pernah menganggap aku sebagai anaknya. Memang lelaki yang tak berguna. Di hari kematian aku dahulu pun, dia hanya menatap aku dengan tatapan kosong tanpa ada satu pun belas kesian.

Di kehidupan pertama aku dulu, memang aku bodoh cuba mendapatkan perhatian sehingga aku sanggup berbuat apa sahaja, namun sekarang jangan harap aku akan lakukan lagi. Aku tahu, sebanyak mana aku cuba, akhirnya aku mesti tidak akan kecapi juga.

"Itu sahaja pesanan tuan besar Argechi. Kami minta diri," pengawal aku terus berundur tanpa memberi satu pun penghormatan kepada aku.

Aku mengeluarkan sihir hitam aku dan...

Zush!

Sihir hitam itu terus mengena pengawal tadi sehingga membuat mereka terlempar di dinding rumah ini. Diri mereka menanggung kesakitan dan aku pula hanya menatap kosong ke arah mereka.

"Kalau nak masuk sini, sila hormat aku. Kali ini aku mungkin akan lepaskan kamu semua tetapi selapas ini, kamu akan lihat darah mengalir dari tubuh kamu," ujar aku untuk menakutkan mereka.

Memang aku kata aku mahu berubah tetapi aku tidak pernah kata aku tidak akan berhenti menyiksa orang seperti mereka. Kali ini aku buat demi amaran supaya jangan sesekali merendahkan aku. Mereka masih tidak tahu berapa kuatkan sihir kegelapan ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now