10. You And Me Never

Af TintaHitamTanpaArah

169K 12.5K 142

Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke me... Mere

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
79.
80.
81.
82.
83.
84.
85.
86.

51.

1.8K 148 2
Af TintaHitamTanpaArah

Tak berkedip dia pandang jari jemari yang erat memegang pergelangan tangannya. Dasyat sangat jantung dia berdegup masa ni. Kalau boleh dengar, dah obvious sangat agaknya.

Tak sanggup tanggung apa yang dirasa, Aster brek kan kaki dia sambil tarik tangan dia."Saya boleh jalan sendiri la.."renggutnya yang cuba tarik tangan dia dari cengkaman tu.

Azriel ikut berhenti bila Aster berhenti mendadak, dia eratkan cengkaman dia pada pergelangan tangan itu. "Kau jangan degil boleh tak. Jangan nak menyusahkan aku ya. Nanti bila mama aku tahu kau tak dirawat, dengan aku-aku sekali dia kerjakan."Azriel rentap tangan Aster semula lalu menarik gadis itu ke arah biliknya yang tak jauh dari situ.

"Saya tak apa-apa. Saya boleh rawat sendiri. Bukannya serius pun."berontak Aster lagi masa tarik tangan sewaktu kaki dia terpaksa ikut langkah lelaki berkaki panjang depannya itu. Kening berkerut takut dan risau. Nak dibawa ke mana la dia ni!

Setiba di depan pintu bilik, Azriel tolak daun pintunya dengan perlahan sebelum dorong Aster masuk dulu baru dia. Lepas masuk dia tutup pintu tu dan tinggalkan Aster sekejap untuk ke bilik air.

Dengan bingung Aster pandang belakang Azriel masa lelaki tu hilangkan diri dalam bilik air sebelum muncul dengan peti rawatan cemas di tangan beberapa saat kemudian.

Azriel pandang Aster yang masih berdiri dekat depan pintu biliknya lepas keluar dari bilik air. "Kau buat apa lagi tu...pergi la duduk sana dulu." marah dia. Apa masalah perempuan ni?

Terkedip mata Aster lepas di marah macam tu. Jadikan takut dia pada lelaki itu semakin menjadi-jadi. Tanpa berlengah, Aster berpaling dari situ dan capai tombol pintu tu nak keluar dari situ. Dia sanggup biarkan dahi dia tak dirawat dari di rawat lelaki menakutkan ni!

TAK NAK!

ARGHH!!

Baru sahaja Aster hendak pulas tombol pintu itu, satu tangan melingkar sekeliling pingang dia sebelum tubuh dia terangkat dan di bawa ke arah katil oleh Azriel yang mendukung dia dari belakang dengan sebelah tangan sahaja.

"Argh!"jeritnya taktala dia didukung.

"Menyusahkan..."gerutu Azriel sebelum letakkan Aster atas katilnya.

"Mak!"latah Aster masa terjatuh atas katil tu lepas dicampak begitu sahaja dengan Azriel. Dia cepat-cepat gerak nak bangun dari situ, sekali tu Azriel menyentap.

"Duduk!"arah Azriel dengan garang pada Aster.

Terus menikus Aster lepas tu, tak berani nak gerak dia duduk dekat situ diam-diam. Sesiapa...tolong bawak dia keluar dari sini. Dada dia sesak sangat ni. Tak boleh nak bernafas!

Huargghhhh!!!!!!!!

Sambil sinsing lengan baju sweater turtle neck yang dipakai, Azriel duduk di sebelah Aster sambil meriba peti rawatan cemas itu. Seusai itu, dia letakkan peti itu ke tepi silaan kakinya lalu membuka penutupnya.

Mata Aster perhatikan jari jemari runcing dengan urat belirat timbul pada permukaan tangan itu dengan minat sampai tak sedar dia terus termenung jauh.

Azriel buka penutup botol antiseptik itu dengan sebelah tangan saja sementara sebelah lagi pegang kain kasa. Dia tuang sedikit cecair jernih seperti air itu di atas kain itu lalu dibawa dekat ke wajah Aster. Tapi Aster tengah tunduk masa tu. Buatkan dia sukar untuk pandang luka tu. Jadi nak tak nak dia terpaksa pegang bawah dagu tu untuk mudahkan kerjanya.

Aster menahan nafas terkejut bila dia di dongakkan secara tiba-tiba setelah tangan itu memegang wajahnya tanpa amaran. Terbutang mata Aster lepas dia bertentang mata dengan Azriel yang hanya berjarak dua jengkal saja dari wajah dia.

"Jangan gerak...kalau kau sakit bukan salah aku ya."tegas Azriel pada Aster bila gadis itu memandang dia.

Aster diamkan diri, dia alihkan mata dia ke tempat lain, cuba nak distract diri dia dari terus tatap wajah Azriel.

Dengan perlahan-lahan Azriel dekatkan kain kasa tu pada darah yang masih basah di tepi kepala Aster. Dia kesat kesan darah tu sehingga la ke punca luka tersebut. Satu garisan kecil berukuran 3 cm tergores di atas dahi kiri bersih itu.

ZUP!

"Auw!"Aster cepat-cepat tolak kepala dia ke belakang bila rasa pedih dan dingin pada masa yang sama menyentuh dahinya. Apa bendanya tu!Pedih betul!

Senak dada Azriel lepas dia dengar. Terkejut dia! Hish!"Tahan la sikit!"sentapnya terus lepas tu.

"Pedih la!"renggus Aster. "Sini la. Biar saya buat sendiri."keningnya mencerun tak puas hati masa pandang Azriel. Lelaki ni sengaja apa.

"Itu pun sakit...baru sentuh aje pun.."Azriel pegang dagu Aster sekali lagi. Menarik muka itu supaya dekat padanya agar mudah dia siapkan tugasnya itu.

Aster bercemberut geram. Nak nangis rasanya!

Azriel tatap wajah Aster buat seketika sebelum menyambung kerjanya. Kali ni dia tiup sambil kesat kesan luka itu. Menyusahkan la jaga perempuan ni. Banyak sangat kerjanya!

Bersama dada berdegup kencang bagai nak rak, Aster diam dekat situ sambil perhatikan bibir yang sejak tadi meniup luka dia. Lembut saja angin itu menyapa dahinya.

"Asal kau tak elak tadi?Saja nak tunjuk hero ke?"kata Azriel sewaktu tunduk mencapai kain kasa yang bersih dan letakkan cecair putih lagi sekali sebelum kembali membersihkan sisa darah dari dahi dan kening Aster.

Aster menggerutu dalam hati. Benda dah tak sempat, nak elak tang mana. Senang je cakap. cuba la jadi dia, berdiri depan budak yang tengah marah dan dalam masa yang fokus nak pujuk budak tu supaya bertenang. Sempat ke nak fikir benda lain.

"Benda nak jadi...nak buat macam mana.."balas Aster dengan perlahan.

"Nak jawab apa dengan parents kau nanti ni?"

Azriel turunkan tangan lalu perhatikan luka pada dahi Aster yang sudah bersih sepenuhnya. Berpuas hati dengan kerjanya lalu memandang Aster.

Malu nak pandang Azriel, Aster hanya pandang peti rawatan cemas dekat sebelah silaan kaki dia. Nak cakap apa lagi, bagi tahu je la hal sebenar. Dia orang nak marah pun tak boleh nak buat apa-apa. Benda nak jadi.

"Cakap je la apa yang berlaku...."jawab dia dengan perlahan.

Azriel ketap bibir menahan sabar bila tengok Aster macam acuh tak acuh je layan dia. Well. dia tak salahkan Aster kalau mengingatkan apa yang dia dah buat pada Aster selama ni dan kalau ini cara Aster balas balik apa dia buat, there nothing to say.

Plaster kecil di ambil dari bekas itu. "Beritahu aku...kau tak nak datang sini lepas apa yang aku cakapkan dekat kau ke?"tanya dia sambil tu.

Aster perhatikan jari Azriel buka pelekat plaster tu lalu di bawa dekat ke dahinya lalu ditampal dengan berhati-hati. "Tak ada la."

Jari Azriel yang sedang lekatkan plaster itu terhenti sekejap lepas dengar.

"Saya tak datang sebab saya tak sihat. Kemudian saya balik kampung.."cerita Aster yang teringat punca kenapa dia jatuh sakit. Dan tak sepatutnya dia ingat balik hal itu.

Perlahan-lahan Azriel turunkan tangan dia dari dahi Aster lantas kemas sepah di situ. Ya, dia ada dengar Aster kena apendix melalui pensyarah mereka. Tapi dia tak pasti sama ada betul atau tidak. Sebabnya kali terakhir Aster di sini, elok saja. Tup!Tup esoknya dah tak datang. Dia ingatkan Aster putus asa ke apa. Dan beria dia suka sebab ingat rancangan dia berjaya. Sekali tu mama dia naik angin dan marahkan dia sebab buatkan Aster pergi dari situ.

Mulanya dia ingatkan dia akan happy ke apa. Tapi entah kenapa lepas dua hari tak lihat Aster atau dengar suara tu, tiba-tiba dia rasa kosong satu hari tu. Dan dia tak sangka pulak Aster tiada sepanjang minggu itu.

"Dah tu kenapa kau tak datang sini?"tanya Azriel lagi.

Aster pandang Azriel. Sebab takut Azriel akan marah dia lagi dan buat dia takut.

"Saya dah datang kan..."jawab Aster. "Lagipun awak kan tak suka saya. Tak ke awak happy kalau saya tak ada dekat sini langsung."dia tengok kesan darah yang menitis dekat kolar lengan baju kemejanya.

Peti rawatan cemas itu di tutup Azriel sejurus itu. Dia pandang wajah Aster buat beberapa saat sebelum berdengus. "Dah la keluar sana." halau dia masa bangun dari situ.

Tanpa berkata apa-apa Aster bangun semasa Azriel melangkah mendekati bilik air. Buat kali terakhir dia toleh ke Azriel semasa lelaki itu menghilang dari bilik air. Lalu dia buka pintu bilik itu dan keluar dari situ.

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

3.2K 358 18
[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah H...
47.2K 2.2K 23
Hidup ni gelap-walaupun aku dapat melihat lebih dari manusia lain. Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya. Selain ki...
224K 10.5K 25
Irish Nadia- Berperwatakan matang dan terbuka. Dulu, dia dikenali sebagai happy virus. Namun, semuanya musnah apabila kebahagiaannya dirampas. Dan di...
218K 14.3K 76
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia...