10. You And Me Never

By TintaHitamTanpaArah

169K 12.5K 142

Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke me... More

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
79.
80.
81.
82.
83.
84.
85.
86.

32.

1.8K 153 5
By TintaHitamTanpaArah

Tak tidur malam dia sebab teringatkan kejadian di perpustakaan petang semalam. Nasib baik dia sempat lari, kalau tak habis tertangkap lagi teruk la dia kena. Lagi satu, Zander tu dah kenapa. Tetiba ajak dia berkawan bagai. Mabuk apa?

Hari tu bukan main lagi angin dengan dia. Kemudian sibuk nak minta maaf la ajak kawan la apa la. Rimas betul!

Nasib baik masa dia keluar, Ashton belum habis latihan. Terpaksa la dia pergi jugak ke padang untuk tunggu mamat selenge tu. Janji pukul 5, last-last pukul enam jugak habis latihan. Bosan habis dia dekat situ, tengok dia orang berlatih.

Lepas tu mereka berdua balik rumah sama-sama. Penat sangat , Ashton duduk bermalam dekat situ.

Paginya Ashton hantar dia untuk kerja pulak.

Yes!

Hari terakhir untuk minggu ni dia datang ke rumah senator untuk ajar Elisson.

Lepas tu boleh lah dia rehat. Letih betul laa!

Kalau bukan disebabkan mama dia nak sangat dia ambil kerja ni, mungkin dia sekarang tengah terbongkang atas katil sampai tengah hari tak bangun tak mandi tak buat apa-apa.

Yalah hari Sabtu kan. Hello...waktu untuk rehat okay. RE.HAT!

Lagipun misi untuk masuk ke rumah ni susah betul. Asyik terlompat terkejut je dia setiap kali ada suara orang. Dia takut kalau Azriel yang dia jumpa.

Tapi hari ni lain sikit ceritanya!

"Maaf...saya salah dengar ke?"soal Aster dengan muka tak percaya.

"Oh tak..kamu dengar dengan baik. Saya dan suami saya cadang nak kamu tutor anak sulung kami jugak."senyum Tiara pada Aster.

GILA!

Mana cangkul, meh sini bagi dia. Nak gali kubur awal-awal.

Serius la! Dia tutor si sadis tu?Memang tak la!

"Tapi kenapa ya?"tanya Aster dengan senyuman terpaksa dia.

"Kenapa tak boleh...kamu dan dia sebaya satu kolej. Lagipun keputusan akademik kamu lebih cemerlang dari anak lelaki kami. Kami yakin kamu boleh jadi kawan belajar dia..."kata Tiara lagi dengan senyuman ceria di wajah cantiknya.

Alahhhh....menyusahkan betul la.

"Saya dapat laporan, anak saya tak suka siapkan kerja, dan sering tidur ketika di dalam kelas. Saya khuatir semua itu akan jejaskan prestasi dia. Dan melihatkan perubahan pada Elisson saya tak rasa, ianya bukan perkara sukar untuk kamu bantu Azriel."

Mengerenyet mata kiri Aster lepas dengar.

IHHHH! Tak nak dia. Lelaki macam Azriel tu memang dah tak boleh tolong dah. Lelaki tu patut duduk dalam penjara juvenil sana. Dengan budak-budak nakal. Itu kawan yang paling sesuai untuk lelaki tu. Bukannya dia!Na'ah!

"Tapi puan saya-"

Tiara terus pegang tangan Aster, dia beri senyuman keibuan dia pada Aster. "Saya merayu. Kami tak tahu nak berharap pada siapa lagi kalau bukan kamu...tolong la."

Kening Aster berkerut tak suka. Hati dia rasa serba salah , tapi otak dia menjerit jangan. Macam mana ni!

"Kami akan berikan ganjaran lumayan pada kamu nanti."pujuk Tiara lagi dengan beria.

"Ini bukan soalan bayaran, tapi soal anak puan...nak ke dia terima saya sebagai tutor dia atau tidak." ujar Aster dengan jujur. Dah memang betulkan. Azriel tu gerenti mengamuk kalau tahu dia akan jadi tutor lelaki tu. Paling tak pun lelaki tu akan perlakukan dia seperti hamba.

"Jangan risau. Saya yakin dia akan
terima kamu.."

Yalah, lebih pada terima untuk seksa hidup dia ada la!

Macam tahu-tahu, pintu ruang tamu itu terbuka. Buatkan Aster secara instinct toleh ke situ. Terkejut punya pasal! Ingatkan Azriel, rupanya seorang butler lelaki. Butler itu berjalan masuk lalu dekati sofa dimana mereka berdua sedang duduk.

"Puan, tuan muda berdua dah tiba."maklum butler itu.

Terus naik seri wajah Tiara lepas dengar. "Arahkan mereka masuk kalau begitu."senyum Tiara dengan lebar.

Asterbyang dengar dah terbeliak biji mata!

MAK AIH!

GILA AR!

Mata Aster dah bergerak kanan kiri dengan cemas. Nak sorok mana. Apa nak buat ni! Habis la dia lepas ni! Macam mana ni!Ala-ala! Kenapa jadi macam ni pulak!

Tengah Aster cemas dekat sebelah Tiara, butler tadi berdiri dekat depan pintu. Dia bukakan pintu itu untuk benarkan dua orang teruna yang sama-sama segak berpakaian sama-sama handsome berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan wajah serius masing-masing.

Tiara senyum senang.

Aster dekat sebelah dah gelabah gaban.

Mati la nak!

"Ada apa ni?"tanya Azriel dengan tangan dalam poket seluar masa berdiri dekat sisi sofa, masih tak perasan Aster sebab gadis itu tunduk palingkan kepala ke sebelah sisi yang lain.

"Duduk la dulu. Mari mama kenalkan kamu dengan tutor Elisson."pelawa Tiara masa Elisson dah gerak duduk ke sofa bertentangan mereka dulu.

Mata Azriel terus bergerak ke orang yang duduk di sebelah mama dia dengan kening berkerut. Perlahan-lahan dia jalan mendekati sofa dimana Elisson berada tanpa alihkan mata dia dari orang itu. Dan bila dia duduk di sofa itu, Azriel masih belum dapat lihat wajah orang tu, sebab orang tu palingkan kepala dengan rambut panjang menutupi tepi wajah itu.

"Azriel...kenalkan, ini la tutor yang akan jadi pengajar kamu, Aster Faith."Tiara pegang bahu Aster dari belakang masa pandang Azriel.

Elok Azriel nak duduk sandar ke belakang terus tak jadi lepas dengar nama tu. Excuse me?What?

"Aster apa?"soal Azriel dengan muka tak percaya.

"Aster Faith...ini anak lelaki saya.."

Aster pejam mata dia rapat-rapat sambil gigit bawah bibir. Dia betul-betul dah selesai sekarang!

Azriel kepal penumbuk menahan sabar sewaktu menunggu orang tu berpaling. Kalau betul depan dia adalah Aster. Memang masak la perempuan ni dia kerjakan!

Bersama hati yang pasrah Aster palingkan kepala ke depan lalu bertentang muka dengan Azriel. Nak luruh jantung dia bila tengok muka marah tu. Please! Jangan maki!Jangan maki!

"Oh...jumpa jugak kita ya."sapa Azriel dengan nada bersahaja yang mesra.

Aster tersentak. Dia pandang tak percaya dengan apa yang didengarnya. Lelaki ni tak marah?

"Kamu berdua berbaik-baik la. Dan kamu Azriel. Dengar kata. Jangan macam-macam,"tegas Tiara sambil memberi renungan penuh maksud pada Azriel. Memandangkan dia tahu akan niat anak lelaki dia, dia tak nak Azriel lakukan benda yang tak patut pada anak gadis di sebelahnya.

"Jangan risau..."Azriel beri renungan gelap ke Aster sambil senyum dibuat-buat. "We gonna have a great time together..don't we?"

Aster telan air takut dia bila dengar.

Habis la dia lepas ni!

Elisson yang duduk di sebelah Azriel buat bahasa isyarat pada Aster tiba-tiba.

Aster tersentak dari takut dia lepas perasan akan ELisson di sisi Azriel. Dia terus beri perhatian pada Elisson masa budak tu buat isyarat.

"Apa yang tengah berlaku?"tanya Elisson.

Aster balas semula dengan bahasa isyarat. "Akak akan ajar abang kamu mulai hari ni."jawab Aster tanpa bersuara.

Kening Elisson berkerut lepas faham. Dia kembali buat isyarat. "Kenapa?"

Aster pandang Tiara di sebelahnya buat seketika sebelum kembali memandang Elisson. "Mama kamu mahu abang kamu pandai macam kamu."jawab Aster.

Tersengih Elisson lepas faham. Dia buat bahasa isyarat lagi. "Kenapa?Adakah Azriel lagi lembab dari saya? Dah macam budak tadika pulak siap nak berguru."

Aster yang faham hampir nak ketawa. Tapi dia cuma tersengih. "Nampak, akak dah kata, tak semestinya orang normal pandai macam kamu....dia yang boleh cakap boleh dengar tak pandai-pandai..."balas Aster dengan bahasa isyaratnya perlahan-lahan sebab Elisson masih belajar lagi. Jadi dia tak boleh buat laju-laju.

Elisson buka mulut ketawa tanpa suara lepas faham apa yang Aster sampaikan pada dia. Mungkin berpuas hati dengan komen itu, dia ketawa sampai merah padam mukanya.

Tiara yang perhatikan komunikasi dua orang itu pandang kagum sendiri. Dia rasa gembira bila tengok anak bongsunya tersenyum dan mahu cuba menggunakan bahasa isyarat. Semakin gembira hatinya bila tengok anak kecilnya ketawa. Selama bertahun dia lihat anak lelakinya muram dan sugul, ini la kali pertama dia lihat wajah itu dihiasi dengan senyuman. Dan tanpa sedar air matanya mengalir kerana bersyukur.

Azriel yang lihat semua itu berasa jengkel sebab tak faham apa yang dibualkan Aster dengan adik lelakinya. Dia sendiri nak berborak dengan Elisson sendiri pun susah. Muncul perempuan entah dari mana dengan mudah buatkan adiknya ketawa.

Aster alihkan perhatian dia dari Elisson lalu ke Azriel, serta merta senyuman dia hilang bila perasan Azriel pandang dia dengan renungan tak puas hati. Tak nak lama-lama pandang lelaki tu, Aster pandang Tiara pula. Sekali dia pandang air muka Aster jatuh kepada terkejut.

"Puan.."panggil Aster bila tengok Tiara sudah menangis.

Tiara senyum sambil geleng kepala. "I'm okay...saya cuma happy je.."sebut dia pada Aster. "Ini pertama kali saya lihat Elisson tersenyum."

Hati Aster dihambat sebak. Pasti sukar buat Tiara untuk hadapi semua ni. Dan dia faham sangat perasaan ini.

"Terima kasih Aster.."ucap Tiara sebelum tarik Aster dalam pelukan lantas memeluk erat tubuh kecil itu.

Azriel menyilang tangan ke dada lalu menjuling mata menyampah dengan semua itu. Nampak sangat la Aster dah racun fikiran mama dia.

Elisson yang tak faham hanya pandang wajah mama dia yang sedang menangis namun dalam masa yang sama tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 46 5
Seorang lelaki bernama illham hakkim bin dato hisham zulkarnaen merupakan seorang student di Politeknik Melaka. Dia berumur 22 tahun. Dia merupakan...
310K 12.9K 52
[Completed] Cerita entah apa-apa. Tak perlu baca pun sebab tak best (siyes).
162K 2.8K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
96.5K 5.2K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...