Devil Girl 2

Von BlueFav13

324K 19.1K 1.6K

Action+Romace+Mystery/Thriller. Do read the first book Dunia Mafia. "Shh.... Don't cry my love." Ezra "You ow... Mehr

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
Epilog (1)
Epilog (2)
🤍

39

3.9K 226 15
Von BlueFav13

"Swear To God You're Beautiful."
—————

Sebaris kereta mewah sedang mengiringi kereta pengantin diikuti dengan siren polis. Kereta yang dinaiki pengantin mendapat perhatian orang ramai kerana dalam banyak-banyak kereta yang mengiringi mereka kereta mereka lah yang paling mewah iaitu kereta Lamborghini Hurican terbaharu.

Dahlia memandang Yazid yang lengkap berpakaian baju tuxedo berwarna dark purple manakala dia pula memakai busana muslimah berwarna hitam dan ditaburi labuci berwarna purple yang direka oleh kawan Datin Zalia. Tema mereka malam ini adalah devil. Hah, sepadanlah dengan kelakuan Dahlia dan juga Yazid, dua-dua suka aksi ganas dan juga membunuh.

"Do i look sexy?" Suara Yazid menghentakkan lamunan Dahlia.

"A little bit." Jawapan jujur dari Dahlia.

"But you look more-"

"Shut up." Dahlia terus menyampuk kata-kata Yazid. Walaupun mereka berdua sahaja berada dikereta dia tetap malu, malu dengan kejadian semalam.

Tangan kanan Dahlia digenggam oleh Yazid.

"Thanks cause loving me." Yazid mengucup tangan Dahlia sambil matanya terhala pada jalan raya yang sibuk dengan kereta mewah yang dibawa oleh pekerja-pekerja Dahlia.

"I should thanked to you cause sudi berkahwin dengan janda macam aku." Dahlia mengganggam tangan kiri Yazid menggunakan kedua tangannya.

"Ah..." Yazid mengeluh kesal.

"Why?"

"Jangan goda aku masa aku tengah driving Dahlia." Yazid senyum manis kepada Dahlia sekilas.

"Eleh perasan, aku tak goda kau punlah." Dahlia melepaskan genggamannya.

"Can i have a kiss?" Tangan Yazid ditunjukkan dipipi kirinya.

"Eee, semakin mengada-ngada kan kau ni."

"Mengada-ngada dengan isteri je nanti aku mengada-ngada dengan perempuan lain nak?"

"Biar berlapik benda yang kau cakap tu eh, kalau kau mengada-ngada dengan perempuan lain pistol kena sekali kat kaki kau tu."

"Alah, gurau ajelah. Nampaknya kau cemburu."

"Dahlah malas aku nak cakap dengan kau." Dahlia terus berdiam diri. Isteri siapa tak cemburu oi kalau laki sendiri mengada-ngada dengan perempuan lain?

"Here we go."

Kereta yang dinaiki oleh mereka berdua terus masuk ke dalam kawasan dewan. Ini pun rancangan Danish sendiri memandangkan Danish tahu yang Dahlia ni penggemar kereta jadi dia cadangkan untuk membawa kereta yang dinaiki mereka untuk masuk ke dalam dewan.

Kereta Lamborghini Hurcan berwarna hitam berhenti dipintu masuk utama dewan. Rata-rata semua tetamu memandang kearah mereka.

Pintu kereta dibuka oleh pekerja-pekerja Dahlia. Yazid terlebih dahulu keluar dari kereta. Kaca mata hitamnya ditanggalkan membuatkan para gadis menjadi histeria setelah Yazid membuat aksi demikian.

"Oh my god handsomenya suami Dahlia tu." Puji Riana sambil memeluk lengan Danish. Danish memandang Yazid dengan pandangan geram. Nanti siap kau Yazid!

Dahlia yang berada didalam kereta mendengus geram apabila para gadis menjerit histeria apabila suaminya membuat aksi yang membuatkan orang cair.

Tangan Yazid dihulur kepada Dahlia lalu disambut oleh Dahlia.

Mereka berdua mula berjalan diatas carpet merah bersama Irwan yang berada dihadapan mereka sambil menabur-taburkan kelopak bunga dahlia dan rose. Irwan menggunakan pakaian yang sama seperti yang dipakai oleh daddynya.

Dahlia menguatkan pautannya dilengan Yazid sambil tangannya memegang bunga pengantin. Kasut tinggi membuatkan Dahlia sukar untuk berjalan. Ya, ini kali pertama dia menggunakan kasut tinggi yang berukuran 2 setengah inci tapi baginya tinggi.

"Susahlah kasut ni." Bisik Dahlia perlahan nanti tetamu dengan malu pula.

"Tak apa, pegang je aku nanti kau jatuh aku sambut." Bisik Yazid perlahan juga.

Juru gambar tak berhenti-henti mengambil gambar mereka dari pintu masuk sampailah sekarang. Yazid dan Dahlia terus menaiki pelamin mereka setelah menjejaki carpet merah.

"Cantiknya kawan aku ni." Puji si pengapit iaitu Hanna.

Hanna membetulkan veil Dahlia setelah Dahlia duduk. Panjang betul veil Dahlia ni.

"Kipaskan aku cepat panaslah." Adu Yazid kepada pengapitnya.

"Aish, kalau kau bukan raja sehari hari ni tak ada maknanya aku nak kipaskan kau." Kata Aiman sahabat gangster Yazid dari dahulu lagi.

"Panas kau kata? Sejuklah dewan ni." Dahlia membalas kata-kata suaminya.

"Ha'ah." Aiman dan Hanna mengiakan.

"Aku panas sebab aku duduk pelamin dengan kau. Sebab sekarang ni kita hangat dialam percintaan." Kata Yazid membuatkan Aiman membuat muka jijik.

"Ayat kau macam nak penampar." Aiman terus bantai gelak perlahan, buat masa sekarang, sebab dia berada dipelamin dengan pengatin sekarang ni jadi tak bolehlah terover gelak nanti kena wanted tak naya nanti.

"Abang, jaga sikap tu." Pesan Hanna sebagai seorang isteri.

"Ha, dengar tu abang jaga sikap tu." Kini giliran Yazid bantai gelak kepada Aiman.

"Dengar cakap isteri kau tu Man." Usik Dahlia pula.

Tak sangka sebenarnya Hanna sudah berkahwin dengan Aiman, kawan Yazid dahulu semasa sekolah menengah dua hari sebelum pernikahan Dahlia dan Yazid berlangsung. Menurut Hanna, dia kena berkahwin dengan Aiman sebab dijodohkan oleh kedua orang tua mereka dan menyebabkan mereka dipaksa kahwin dalam masa terdekat kerana masa tu Ibu Aiman tengah tenat dan Ibu Aiman nak sangat tengok Aiman kahwin dihadapan matanya. Alhamdulillah, sebelum Ibu Aiman pergi dia sempat melihat anaknya berkahwin dalam masa yang terdekat.

"Besarnya kek hang!" Terlopong luas mulut Aiman apabila melihat kek yang seperti istana.

Dahlia mengulum senyuman apabila melihat kek yang diidamkannya. Kek itu adalah berbentukkan bangunan syarikatnya tempat dimana dia dan Yazid dipertemukan semula. Tempat Yazid mula mengambil semula hati yang tidak dimiliki setelah hilangnya seorang putera idaman Dahlia. Banyak yang berlaku antara mereka dibangunan itu.

Kedua pasangan itu terus berlalu untuk menghampiri kek itu. Aiman menghulurkan pisau kepada Yazid dan Dahlia dengan menggunakan dulang emas.

Perlahan-lahan mereka memotong kek besar itu dengan segaris senyuman gembira. Secebis kek yang dipotong diambil oleh Yazid dan Dahlia lalu masing-masing menyuakan kek sesama sendiri.

"Alahai, sweetnya." Usik Aiman yang tidak jauh dari mereka.

"Damn, i shouldn't watch this scence." Omel seseorang dari bawah pentas. Dia menggenggam penumbuk. Nak je tumbuk muka Yazid tu sampai tak ada wajah. Aish, benci betul!

Dia memandang kedua raja sehari itu yang sedang turun untuk makan beradap. Meja pengantin dan mejanya tak lah jauh mana pun sebab dia ni boleh dikatakan VVIP.

Bacaan doa dimulakan oleh imam yang telah diundang oleh mereka.

Dari tadi Zafwin menjeling-jeling kedua mempelai itu. Ya, dialah yang tak puas hati dengan Yazid. Dialah yang suka sangat cari pasal.

Tangannya terasa dipaut oleh seseorang membuatkan dia terus berpaling melihat gerangan itu, siapa lagi kalau bukan isteri ter'chenta'nya.

"Dari tadi you tengok-tengok diaorang, you nak ke bersanding besar-besaran? Kalau nak i bo-"

"Diam! Aku tak ingin nak bersanding dengan kau." Balas Zafwin dengan kasar. Sejak dia dapat tahu Dahlia bakal berkahwin dengan lelaki saingannya terus dia berubah kepada seorang yang dingin dan panas baran.

"Kita tak pernah sanding tahu tak?!" Kini giliran Khaira berkasar dengan Zafwin.

Zafwin tersenyum sinis apabila mendengar dari mulut Khaira.

"Siapa suruh kau lari dari aku dulu? Kan dah menyesal sebab tak dapat nak merasa untuk bersanding." Balas Zafwin dengan sinis dan berlalu meninggalkan Khaira berseorangan dimeja tetamu bersama tetamu yang hadir.

Terdiam terus Khaira apabila mendengar kata-kata sinis dari suaminya. Sungguh dia terasa dengan kata-kata itu. Bukan dia sengaja nak tinggalkan Zafwin tapi dia terpaksa disebabkan bekas kekasihnya dahulu yang kini sudah digelar sebagai arwah. Arwah baik orangnya.

Khaira memandang lelaki yang berpakaian suit hitam. Lelaki itu semaja dengan dia dan Zafwin. Dari tadi dia tengok lelaki itu tunduk memandang telefonnya tanpa memperdulikan majlis perkahwinan ini.

"Nampak sangat perempuan tu tak cantik sebab lelaki tu tak pandang dia." Omel Khaira cukup perlahan.

Khaira memandang sekeliling, kelihatan semua orang sedang menikmati makanan hanya dia dan lelaki semejanya sahaja yang belum.

Matanya terus membulat apabila melihat Zafwin sedang menghampiri meja bersantap pengantin.

"Kau nak buat apa Zafwin." Omel Khaira lagi. Selera makannya terus mati apabila melihat Zafwin menghampiri meja pengantin.

"Zafwin, silakan makan." Jemput Yazid sambil berdiri dengan senyuman.

Zafwin memandang Yazid dari atas sampai ke bawah, alah selekeh sepatutnya tuxedo ni dia yang pakai sebagai pengantin hari ni tapi Yazid pula yang memakainya.

Dia mengalihkan matanya memandang Dahlia yang sibuk melayan kerenah Irwan.

"Bro, apasal tengok bini orang macam tu?" Tegur Yazid, tidak kasar.

"Cantikkan bini orang ni, sepatutnya aku yang duduk sebelah dia sekarang ni, duduk sepelamin dan duduk satu rumah." Kata Zafwin sambil memandang Dahlia.

Dahlia terus memandang Zafwin dengan pandangan tajam.

Yazid menggenggam penumbuknya, mahu sahaja dia bertindak menumbuk Zafwin tapi dia masih lagi waras memandangkan hari ni dia raja sehari. Mahu jatuh maruah kalau dia bertindak sekarang.

"Zafwin, tolonglah move on, kau dah ada isteri tahu tak?" Dahlia mula bersuara.

"Ada isteri macam tak ada isteri."

"Hey abang." Khaira memaut lengan Zafwin dengan segaris senyuman manis yang palsu.

"Kata tak ada isteri, ada je isteri sebelah tu." Perli Yazid lalu duduk semula.

Jelingan maut diberikan kepada Khaira dari Dahlia. Sungguh dia meluat dengan perempuan itu.

"Lepas lah orang tengok." Zafwin menepis tangan Khaira.

"Biarlah orang tengok." Khaira menguatkan lagi pautan lengan Zafwin.

"Khaira!"

"Ehem." Terus Yazid berdehem apabila melihat drama dihadapan meja makannya.

"Can both of you back off from our place? Orang nak ambil gambar kitaorang untuk kenang-kenangan nanti dan nak kena tengokkan ke anak cucu kami." Kata Yazid nada kasar.

Zafwin menjeling Yazid dengan jelingan maut. Dia terus pergi sebaik sahaja dihalau oleh pengantin.

*********

So yeah, i'm going to seat my exam starting today until november. Di kesempatan ini saya nak memohon maaf atas segala apa yang saya buat sama ada sengaja ataupun tak cause tahu ada readers yg maki hamun author ni cakap 'eh bila ko nak update hanat?!' huhuhu... Tak bukan sedih cuma tulah....

Btw wish me luck guys! Doakan semoga sis ni berjaya kerana Allah! Thanks!

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

11.4K 459 24
Hanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluargan...
10.4K 150 12
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
2.5M 55.9K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...
1.3K 119 43
NAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak...