Devil Girl 2

By BlueFav13

324K 19.1K 1.6K

Action+Romace+Mystery/Thriller. Do read the first book Dunia Mafia. "Shh.... Don't cry my love." Ezra "You ow... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
Epilog (1)
Epilog (2)
🀍

32

4.2K 260 7
By BlueFav13

“Why did it take so long?”
——————

"Kau sure tak nak masuk?"

"Ya, aku sure. Ni kali ke berapa entah kau tanya aku soalan yang sama." Kata Yazid dengan senyuman.

"Okay. Kalau kau nak masuk, masuk jelah." Pesan Dahlia sebelum menutup pintu kereta.

Yazid mengeluarkan iPhone 7 plus miliknya setelah Dahlia keluar dari kereta. Chat dari Ibunya dibuka, gambar seorang perempuan terpapar diskrin apabila dia menekan gambar yang dihantar oleh Ibunya melalui Whatsapp.

"Assalamualaikum." Dahlia memberi salam setelah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumusalam, mummy!" Irwan berlari laju untuk mendapatkan Dahlia.

"Ya sayang." Dahlia mengusap kepala Irwan.

"Atok dengan Tok Ma mana?" Soal Dahlia kepada Irwan.

"Atok dan Tok Ma ada dekat ruang tamu."

Irwan menarik tangan Dahlia untuk ke ruang tamu. Ternyata benar kata Irwan, ibubapanya memang ada diruang tamu.

"Risa. Dah sampai pun." Tegur Tan Sri Fahmi dengan senyuman terhias dibibir.

"Kenapa ni Pa? Ada benda penting ke?"

Tan Sri Fahmi memandang isterinya sebelum memberitahu hajatnya yang hendak disampaikan.

"Papa tak ada pilihan lagi Risa. Papa dah terima pinangan dari kawan Papa dan Mama." Kata Tan Sri Fahmi membuatkan Dahlia terdiam.

"Kamu tak kesahkan kalau kami satukan kamu dengan anak kawan Mama dan Papa?" Puan Sri Dee bersuara sambil memandang Dahlia dengan penuh harapan.

"Jadi kemah yang ada dekat luar tu-"

"Ya, kemah semua tu untuk majlis kamu Risa. Kami dah lama bincang semua ni tanpa pengetahuan kamu."

"Berapa hari lagi majlis ni akan berlangsung?"

"Tiga minggu dari sekarang."

"Serius ke ni?" Soal Dahlia nada terkejut.

"Kami serius Risa."

Dahlia memejamkan sekejap matanya. Ini yang kau nak Dahlia, kau yang suruh Mama carikan bakal suami. Kau kena terima sebab Irwan, Irwan perlukan seorang Papa.

"Risa setuju?" Soal Puan Sri Dee lagi dengan muka yang berharap.

"Okay, Risa setuju. Tapi lelaki tu nak ke dengan Risa yang janda beranak seorang ni?"

"Dia tak kesah Risa. Lagipun memang kami dah bagitahu awal yang Risa ni janda beranak satu. Dia kata dia terima Risa seadanya dan dia terima Irwan sebagai anak dia." Terang Tan Sri Fahmi dengan senyuman manis.

"Risa setuju kan dengan perkahwinan ni?" Dahlia menganggukkan kepalanya.

"Pakai cincin ni tanda Risa sudah dimiliki." Puan Sri Dee menghulurkan baldu yang berwarna merah kepada Dahlia.

"Ma, boleh tak kalau Risa tak nak pakai? Sebab Risa dah ada cincin kat jari." Dahlia menunjukkan cincin perkahwinan dia dan Irfan. Dia masih lagi memakai cincin perkahwinannya tanda dia tak nak sesiapa pun mengacau hidupnya.

"Risa. Irfan dah lama pergi. Papa tahu Risa pakai cincin ni sebab Risa sayang Irfan sangat-sangat sampai tak boleh lupakan dia tapi Risa please simpan elok-elok cincin perkahwinan Risa tu dan pakai cincin baru ni." Pujuk Tan Sri Fahmi.

"Tapi Pa-"

"Risa jangan nak membantah." Tegas Puan Sri Dee.

Dahlia dengan rasa terpaksa mengambil baldu yang berada diatas meja. Sebentuk cincin platinum diambil dari baldu itu. Heh, cantik lagi cincin perkahwinannya dengan Irfan dari cincin ni. Seh.

"No metter what Risa nak juga pakai cincin lama Risa." Kata Dahlia sambil menyarungkan cincin barunya dijari manis.

"Terpulang janji lepas kahwin dengan lelaki tu Risa kena tanggalkan cincin lama Risa. Full stop." Tegas Tan Sri Fahmi.

"Fine."

"Okaylah Ma, Pa. Risa kena gerak sekarang sebab Risa kena terbang ke London subuh ni sebab hal kerja." Pamit Dahlia.

"Kalau ya pun makanlah dulu dekat sini. Semenjak dua menjak ni susah sangat nak jumpa kamu tahu?"

"Risa banyak kerja kena buat dekat office tambahan lagi dengan kes kehilangan anak dekat balai. Risa minta maaf sangat-sangat sebab jarang sangat nak tunjukkan diri dekat sini."

"Makan dekat sini. Mama nak masak sekejap."

"Ma. Tak payahlah. Lagipun kawan Risa ada dekat luar tengah tunggu Risa."

"Kenapa tak bawa dia masuk? Dia tu tetamu Risa."

"Dia tak nak masuk Pa. Dia tu degil. Risa dah suruh dia masuk tapi dia tak nak."

"Pergi panggil dia suruh masuk. Kita makan dulu lepas tu baru Papa izinkan kamu pergi berlepas." Arah Tan Sri Fahmi. Dahlia mengangguk faham.

Dahlia berlalu keluar dari rumah dan menuju kearah keretanya. Kelihatan dari luar Yazid tengah bermain dengan telefonnya sambil tersenyum-senyum. Dahlia yang melihat perlakuan Yazid membuatkan dia rasa bersalah dengan Yazid. Yelahkan dia dah nak kahwin tapi Yazid masih mengikutinya dimana-mana sahaja dia berada seperti Yazid itu suaminya padahal hanya pekerja.

"Yazid. Kita makan dulu dekat sini lepas tu kau hantar aku pergi air port nanti." Tegur Dahlia sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

Yazid yang sedang memandang telefonnya menganggukkan kepala lalu menutup telefon.

"Yazid? Anak Mazlan? Kan?" Soal Tan Sri Fahmi nada teruja sebaik sahaja Dahlia dan Yazid masuk ke dalam rumah.

"Ha'ah, macam mana Tan Sri boleh tahu nama saya dan nama Ayah saya?" Yazid menyoal semula kepada Tan Sri Fahmi.

"Uncle kenal Ayah kamu dah lama sangat dari kecil lagi. Alhamdulillah persahabatan kami masih lagi kukuh sampai hari ni." Tan Sri Fahmi menceritakan sedikit tentang Ayah Yazid.

"Jemputlah masuk Yazid. Buat macam rumah sendiri. Risa bawa dia dekat ruang tamu." Arah Tan Sri Fahmi.

"Okay."

"Cantik rumah kau." Puji Yazid sambil melihat sekeliling rumah itu.

"Biasa je." Balas Dahlia. Dia terus mempelawa Yazid untuk duduk diruang tamu.

"Uncle Yazid!" Jerit Irwan dari tingkat atas sambil mendukung kucingnya.

"Hey budak kecil."

Irwan terus berlari kearah Yazid yang duduk.

"Uncle Yazid buat apa datang sini?" Soal Irwan apabila dia selamat sampai ke pangkuan Yazid. Bobo dilepaskan selepas Yazid mengangkat Irwan diatas ribanya.

"Saja nak tengok Irwan." Yazid mencubit perlahan pipi Irwan yang gebu macam maknya juga. Hiks...

"Tengku. Jemputlah makan. Makanan dah terhidang." Tegur pembantu rumahnya.

"Jom makan. Irwan, Yazid."

"Irwan dah kenyanglah mummy." Irwan mengusap perutnya perlahan.

"Makan apa sampai kenyang ni?" Dahlia mengusap kepala Irwan.

"Tadi Mak long bagi Irwan makan mac and cheese. Sedap mummy sebab tu Irwan kenyang." Dahlia mencubit pipi Irwan yang comel.

"Mummy tahu. Dah pergi naik atas lepas tu tidur, okay?"

"Okay mummy. I love you goodnight." Irwan mencium kedua belah pipi Dahlia lalu dia menyalam tangan Dahlia.

Yazid yang dari tadi melihat perlakuan mereka berdua membuatkan dia tersenyum. Andai satu hari nanti dia nak sangat beristerikan Dahlia. Tengok cara Dahlia melayan kanak-kanak membuatkan dia tersentuh.

"Goodnight uncle." Irwan mencium tangan Yazid juga sebelum dia naik ke atas menggunakan lift.

Dahlia dan Yazid terus ke bilik makan setelah Irwan sudah naik ke tingkat atas. Kelihatan Ibubapa Dahlia berbual mesra.

"Jemputlah duduk Yazid. Kita makan sama-sama malam ni." Pelawa Puan Sri Dee.

"Terima kasih Puan Sri."

"Panggil Aunty je." Tegur Puan Sri Dee.

Setelah mengambil beberapa jenis makanan mereka memulakan jamuan mereka dengan basmalah. Janggal memang janggal masa tu terutama sekali Yazid. Dia hanya diam sahaja dan hanya menjadi pendengar.

"Yazid. Kamu dah berpunya ke?" Terus tersedak Yazid dibuatnya. Dia terbatuk sehingga menjadi merah muka dia akibat batuk yang tidak berhenti-henti.

Dahlia terus memberi air kepada Yazid. Yazid meneguk perlahan air itu lalu menghembuskan nafas lega.

"Tak uncle. Saya ni tak laku orangnya." Tersipu-sipu malu Yazid menjawab soalan Tan Sri Fahmi.

"Apa pula tak lakunya? Uncle rasa banyak perempuan berbaris nak kan dekat kamu atau kamu ni tengah menunggu seseorang?" Tan Sri Fahmi menjeling kearah Dahlia yang diam sambil menikmati makannya.

"Memang saya tengah tunggu perempuan tu tapi kalau dah jodoh saya dengan dia alhamdulillah kalau bukan jodoh kami saya terima sahaja qodo dan kadar Allah." Tenang sahaja Yazid menjawab soalan campu emas baginya.

"Uncle doakan yang terbaik untuk kamu."

**********

"Kita ada lebih satu ticket ni miss Ari. Apa kita nak buat?" Kata Naina sambil menunjukkan lebihan ticket kapal terbang first class. Ya, hari ni Dahlia dan pekerja-pekerjanya hanya menaiki kapal terbang awam disebabkan kapal terbangnya berada dibangkel bukan sahaja kapalnya malah kapal ibubapanya juga.

Yazid yang sedang berbual dengan Hazwan dipandang oleh Dahlia.

"Yazid. Kau nak tak ikut kitaorang?" Soal Dahlia.

"Serius ke?"

"Serius lah."

"Aku nak tapi aku tak bawa baju aku." Ada nada kecewa disitu.

"Tak apa kita beli je dekat sana nanti."

"Passport aku?"

Naina menayangkan passport Yazid didepan muka Yazid. Terus tersenyum Yazid dibuatnya.

"Okay jom."

*************

Setelah acara pelancaran kereta habis mereka semua terus pulang ke hotel untuk berehat. Yazid orang yang paling teruja tadi semasa dipelancaran dan juga semasa sampai diairport London bukan main seronok lagi dia melompat riang.

Dahlia membelek-belek cincin pertungannya bersama seorang lelaki misteri. Dia tak tahu perasaan dia sekarang ni sama ada gembira atau tidak macam mana nanti Irwan tak terima lelaki tu?

"Miss Ari. Kata nak pergi cari barang tadi." Tegur Naina sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Baru aku teringat. Esok lah aku pergi. Kau teman aku tau esok." Kata Dahlia sambil lengannya diletakkan diatas dahi.

Naina terus menganggukkan kepalanya. Otaknya pula ligat merancang sesuatu. Terus tersenyum dia apabila ada rancangan untuk Dahlia.

*********

"Kitaorang tak dapat ikutlah Miss. Sakit perut saya ni." Hazwan menekan-nekan perutnya tanda sakit perut.

"Kau pula Nik?"

"Saya pula pening sebab baru first time naik kapal terbang." Nik memberi alasan juga kepada Dahlia apabila Dahlia mengajaknya.

Dahlia memandang Naina yang tengah baring beralaskan selimut tebal. Muka Naina memang pucat habis.

"Haih, siapa nak teman aku?" Keluh Dahlia apabila semua pekerjanya kurang sihat.

"Yazid?" Kata Nik.

Yazid yang baru sahaja selesai memakai pakaian dipandang oleh mereka semua. Yazid yang terperasan dengan mereka terus memandang mereka.

"Apa?" Soal Yazid nada takut.

"Boleh tak kau teman Miss pergi cari barang hantaran dia?" Soal Naina dengan suara serak-serak basahnya.

"Boleh je." Balas Yazid dengan senyuman walaupun hati remuk apabila mendengar perkataan 'hantaran'.

"Okay. Jom." Dahlia terus mengajak Yazid keluar.

Setelah terdengar pintu bilik ditutup oleh Dahlia. Mereka bertiga terus berhentikan lakonan mereka lalu tersengih memandang satu sama yang lain.

"Good. Kita memang pandai berlakon." Kata Naina lalu high five dengan Hazwan dan Nik.

***********

"Apa patut aku belikan ni?" Soal Dahlia nada kusut.

Mama Dahlia mengarahkan dia sebenarnya untuk mencari barang hantaran di London memandangkan dia di London lama.

"Apa kata macam barang berjenama."

"Seperti?"

"Nike, Puma, Gucci, Apple." Yazid memberi pendapat kepada Dahlia.

"Kalau dia tak suka?"

"Aku confirm dia suka nanti. Percayalah." Kata Yazid dengan yakin.

"Okay. Kau teman aku tau."

Mereka memasuki satu persatu kedai yang berjenama. Dahlia hanya membayar manakala Yazid pula memilih memandangkan Yazid ni lelaki jadi terpulanglah Yazid nak beli apa untuk majlis Dahlia nanti.

"Apple ni apa patut dibeli?" Soal Dahlia apabila mereka masuk ke dalam kedai Apple.

"iPhone X." Ujar Yazid.

"Macbook, iPad, Apple watch, iPod touch, computer apple."

"Kau ingat aku nak bagi kotak besar-besar tu dekat atas dulang? Besar tau skrin computer tu." Dahlia menjeling Yazid yang tersengih-sengih.

"Okay. iPhone X, Macbook yang baru tu, iPad yang baru, Apple watch dan iPod touch. Okay tak?" Cadang Yazid.

"Okaylah." Kata Dahlia.

"Dah cukuplah ni." Ujar Dahlia apabila keluar dari kedai itu sambil melihat barang-barang yang dibelinya.

**********

Insya Allah nextt update by next 2 days

Continue Reading

You'll Also Like

1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
782K 31.4K 60
{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓒𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan t...
1.2M 56.3K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
674K 27.9K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...