Diari Seorang Pencuri

By HaniAmy

9.4K 356 32

Pengembaraan ini bermula setelah aku - Rifa - bersepakat dengan Badrol, Melati, Kayu dan Hayun untuk menggega... More

#1: Perjumpaan Tak Diduga
#2: Penjahanam Plan
#3: Belot!
#4: Pancung Goblin, Pancung!
#5: Mafia Kampung Dusun
Bonus Diari #1
#6: Gua Zombi
#7: Dia Datang Lagi!
#8: Bandar Adamantin
#9: Anjing Berkepala Tiga
#10: Laluan Ke Neraka
Bonus Diari #2 - Karakter
#11: Rumah Agam Setan
#12: Itu Ke Permintaan Kau?
#13: Memburu Lanun!
#14: Ujian Keramat Kavita
#15: Misi Menculik Diplomat Gay
#16: Memori Lama
#17: Budak Penyeluk Saku
#18: Rahsia Gelap Istana
#19: Malam Kelam Kabut
Bonus Diari #3 - General Mafia
#21: Penghalang Jalanan
#22: Rakan Baru
#23: Hujan Panah
#24: Sentora Penipu
#25: Kabus Penghilang Semangat
Bonus Diari #4 - Kompanion
#26: Pasca Halusinasi
#27: Imbas Kembali
#28: Restoran Atas Kapal
#29: Tinggalkan Dia Di Situ!
#30: Tenang-Tenang Air
#31: Temasek, Kami Datang!
#32: Dia Nora
#33: Serangan Hantu
#34: Woi, Badrol!
#35: Bakteria Jahat
Bonus Diari #5: Buku Magik Rifa
#36: Festival Todak
#37: Mimpi Pelik
#38: Bilik Rahsia
#39: Tikam Belakang
#40: Terus Berlari
#41: Sesat Dalam Terang
#42: Syabu Naga
#43: Tengik Melesukan
#44: Pengakhiran Yang Tak Dijangka
Bonus Diari #6: Musim Kedua!
#45: Imbas Sepi
#46: Naga Marah
#47: Pulau Terbiar

#20: Kedai Nasi Kangkang

133 8 0
By HaniAmy

Terik matahari tengahari menusuk tajam ke mataku, membuatkan aku terjaga dari lena yang panjang. Namun, aku rasakan sesuatu yang sejuk melingkari tubuh aku. Otak aku lambat berfungsi atas sebab kepenatan pada malam tadi masih bersisa di badan. Lambat-lambat aku tengok apa yang ada di badan aku apabila mamaiku hilang.

"Kau...?!"

Seekor ular kapak bersisik hijau kebiruan itu hanya memandang aku. Ular peliharaanku, sepatutnya. Aku hanya mengeluh memandang ular itu.

Dengan suara sengau baru bangun tidur, aku berkata, "Hmm... kau memang tak penat dok ikut aku, kan?" Aku mengusap kepalanya. "Kalau kau nak ikut, kau kena ikut cara aku, okey?"

Ular itu seakan faham dengan kata-kataku itu lalu mengangguk.

Ah, apa yang nak dipelikkan? Ular ini bukan ular biasa. Ia adalah sebuah keajaiban dalam keluarga aku, setiap seorang ahli keluarga aku pasti ada seekor ular. Ia berlagak seperti penjagaan kami. Bukan aku tidak tahu yang ular ini kerap saja muncul dalam pengembaraanku ini. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membawa saja ular ini bersamaku. Dan aku namakan ia Mumu, sebab aku habis idea nak namakan ia apa. Aku biarkan saja Mumu melingkari tubuhku sebelum aku keluar dari timbunan kotak yang aku buat sebagai katilku dan mendapatkan mereka yang lain. Aku tepuk muka setiap seorang, mengejutkan mereka dari tidur.

"Oit, dah pukul berapa ni?"

"Dah tengahari dah." Aku mengeluarkan botol air yang ada di dalam beg sandangku dan diteguk rakus.

Mereka pun bangun dan membuatkan senaman ringan untuk meregangkan urat dan otot yang keras setelah terpaksa tidur di jalanan semalaman. Nasib saja mereka berada di lorong jalan belakang, tak ada la orang pandang mereka semacam.

"Kita makan dulu jom? Lapar la," pinta Kayu.

"Boleh je. Aku pun nak beli stok air ni."

"Woa, woa... Rifa!" Hayun berlari menghampiri aku. "Mana kau jumpa ular ni? Cantik gila!"

"Nama dia Mumu. Aku... bangun-bangun je ular ni memang dah ada kat atas aku." Aku terpaksa menipu dalam hal ini. Tapi Melati tahu kisahnya. Aku pernah menceritakan hal ini kepadanya minggu lepas. Harap dia terus senyap menyimpan rahsia ini.

"Nak makan kat mana?" tanya Melati sambil mengemas beg dan menyandang senjatanya di bahu. Ramli sekadar duduk senyap di sebelahnya sambil menggonggong beg yang berisi anak panah.

"Aku teringat ada satu kedai kat sebelah sana, Kedai Nasi Kangkung. Makanan kat situ macam sedap je. Aku rasa kita kena cuba!" Badrol menuding ke arah barat pekan.

"Hah, kalau camtu kita pi jela sana."

Kami pun bersiap untuk ke sana. Tapi sebelum tu, kami ke tandas serbaguna yang ada di pekan utama untuk kami menyegarkan diri dulu. Nanti main terjah ke kedai makan tu, tak selera pulak orang nak makan.

*    *    *

"Kau biar betul ni, Bad?"

Kami memandang papantanda kedai itu sekali lagi. Memang tak silap lagi!

"Betul la ni kedai dia."

Kami masih memerhati papantanda kedai itu. Bukan pelik akan tulisannya, tapi ejaannya... kenapa sampai ke situ sekali?

کداي ناسي کاڠکاڠ

"Ni papan baru la. Aku rasa pemilik kedai ni tak mau bazir duit dah buat papantanda ni mahal-mahal, tu yang dia tak kisah salah eja pun. Kau tau la kan... kat Melaka ni barang bukannya murah!"

"Strategi untuk tarik pelanggan. Bagus!" komen Hayun.

Kami pun masuk ke dalam kedai makan yang silap eja nama kedai itu dan memesan makanan. Seperti nama kedainya, menu istimewanya sudah tentulah makanan berasaskan kangkung. Aku memesan kangkung goreng tepung dan nasi goreng biasa serta air teh.

Kedai itu dekat saja dengan markas, jadi kami boleh makan, sambil-sambil itu kami boleh mengushar markas kami. Nampaknya, pintu depan markas telah diletakkan tali perintang berwarna kuning yang diperbuat daripada kain. Jadi, sesiapapun tidak boleh masuk ke dalam kecuali atas arahan istana.

Sambil menggaul kerabu sayur di dalam mangkuknya, Kayu bersuara, "Macamana dengan misi kita nak hapuskan lanun tu?"

Setakat yang kami dapat, hanyalah bukti kukuh yang berkaitan di antara Sultan dengan pihak Abyss atas kewujudan makhluk polong yang kami jumpa semalam, selain daripada keadaan Sultan dan Bendahara yang berlainan daripada perwatakan asal mereka. Tentang Lanun Majapahit pula, aku tidak tahu apa yang berlaku memandangkan Hadi M. Sulaiman sudah katakan yang dia meletakkan tugasan itu kepada geng mafia yang lain.

"Kau tak risau ke kat geng yang tolong kita tu?" tambah Kayu.

"Kita tak tahu apa yang jadi kat diorang lagi." Badrol menyuapkan seketul bebola daging ke dalam mulutnya.

Hayun menghabiskan kunyahannya sebelum bersuara, "Kita buat apa yang kita boleh buat jela."

"Betul! Lagipun, haritu kau tak jual apa-apa roh kat Lazarus, kan?" Melati bertanya, kemudian dia merenung tepat ke wajah Hayun, atau lebih tepat sekali, ke dalam mata Hayun. "Kan?!" Dia menekankan suaranya. Seperti menggertak Hayun.

"Kau ni paranoid sangat la." Dia meneguk minumannya. "Takde masa aku nak terima syarat macam tu."

"Kalau macam tu, okey la. Kita cakap haritu nak kasi setel lanun tu je, kan." Aku menyambung makanku.

Kalau diikutkan, memang kami tak bersetuju untuk menjual roh kami kepada Lazarus tempohari. Tapi tempoh masa untuk kami selesaikan misi Lazarus itu semakin suntuk. Aku pun dah lupa tinggal berapa minggu untuk kami tumpaskan Lanun Majapahit. Aku harap sempatlah kami berbuat demikian memandangkan aku tak percaya pada Lazarus itu. Aku yakin, mereka juga tidak percaya pada setan itu.

Dalam senyap kami menjamu selera, Melati berbisik, "Aku terdengar orang kat belakang aku ni cakap yang orang markas semua kena angkut ke istana."

"Habis tu, macamana ni?" Kayu kalut.

"Kita jumpa Latif nak?" cadang Badrol.

"Buat apa?"

"Mana tau dia ada info pasal hal ni."

Kami bersetuju dan terus menghabiskan makanan kami sebelum bergerak untuk mencari Latif di tempat yang kami selalu berjanji untuk berjumpa sebelum ini. Harap dia ada di sekitar.

*    *    *

Hampir setengah jam kami berada di belakang lorong ini. Aku dah mula bosan menunggu. Aku mula mengutip batu-batu kecil dan melambung-lambung batu itu ke udara dan jatuh semula ke tanganku. Mumu yang membelitku nampaknya selesa bergayut di tubuhku. Mungkin aku dah mula suka akan kehadiran ular ini. Biarlah dia.

"Wei~ korang rindu aku ke~" usik Latif yang sedang duduk di atas bumbung salah sebuah bangunan setingkat. Kemudian, dia berdiri dan melompat turun satu persatu melalui kotak-kotak yang tersusun di situ dan mendarat di hadapan kami.

Hayun mengelus rambut depan Latif yang serabai. "Perasan lebih la kau ni."

Latif tertawa kecil.

"Kitorang datang sini nak tau sesuatu la."

"Apa dia?"

"Kau tau tak apa jadi kat bangunan kat sana tu semalam?" Badrol menuding ke satu arah yang menempatkan markas Mafia Kampung Dusun.

"Aku... tak tau la pulak. Tapi aku dengar yang istana kena ceroboh semalam. Ketua laksamana tu... entah apa nama dia... nazak!"

"Oh, yeke?" Aku buat-buat tak tahu tentang itu. Dan mereka yang lain juga berlagak sebegitu. "Lepas tu?"

"Pastu, diorang cari la kumpulan-kumpulan yang ada kat Melaka ni. Ada banyak geng kat sini tau! Diorang cari satu-satu. Salah satu geng tu ada markas kat situ. Markas geng lain pun kena macam tu gak."

"Apa jadi kat orang yang kena tangkap tu?"

"Entah! Penjara la kot? Takpun dihukum bunuh. Aku tak tau nak cakap macamana sebab aku tak amek tau pun hal ni. Aku rasa tak penting pun."

"Dengan siapa kitorang boleh tanya?"

Latif mula memusingkan badannya ke kiri, kemudian ke kanan. Dia memintal-mintal rambutnya yang jatuh ke muka. "Urm... aku tak ingat la... siapa..."

Kami faham akan maksud bahasa tubuhnya itu lalu memberikan dia beberapa keping syiling emas. Terus dia tersenyum lebar dan berkata, "Kau pergi kat hujung pekan ni, kat sebelah timur, jumpa pakcik ni."

Latif mengeluarkan sekeping kertas dan menulis nama seseorang: Angus Bleknikel. Aku rasa dia salah eja, atau mungkin saja itu ejaan sebenar nama pakcik yang dikatakannya. Apa-apalah!

"Dia ni kaki mabuk tau!" tambah Latif.

"Kau pernah ke jumpa pakcik ni? Camne rupa dia?"

"Eh, pernahlah! Dia dah tua. Ada la dalam umur 80-an. Suka main alat muzik macam tu." Latif menuding pada gitar yang disandang di belakang Badrol.

"Hmm..." Kayu memikirkan sesuatu. "Kalau macam tu, okeylah! Terima kasih, Latif, atas info tu." Kayu menundukkan badannya dan menyatukan kepalan tangan kirinya ke telapak tangan kanan.

"Walaupun kita baru kenal, tapi aku rasa korang ni bukan sembarangan orang. Tak kisahlah siapapun korang, aku harap korang jaga diri sebab aku suka gila kat korang!" kata Latif dengan semangat. Kemudian, dia memusingkan badannya untuk pergi dari situ.

"Eh, Latif!" panggil Melati.

Latif menoleh kembali.

"Nah, untuk kau. Jaga diri kau jugak," pesan Melati sambil mencampak satu kantung kecil berisi duit emas dan perak kepada Latif.

Tersenyum lebar dia. Dan dia terus pergi dari situ, menghilangkan diri dalam kerumunan orang ramai yang sibuk ke sana ke mari.

*    *    *

Petang itu, kami berjalan lagi menuju ke satu arah yang bertentangan. Kata Latif lewat tengahari tadi, rumah Angus Bleknikel ni berada di timur Melaka. Kami pun ambil keputusan untuk berjumpa dengannya untuk mendapatkan info yang kami perlukan.

Dalam sunyi perjalanan kami melalui jalan lorong belakang yang jarang berpenghuni itu, tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan dan Hayun terjatuh ke tanah sambil memegang bahu kiri. Aku pantas menoleh ke arah datangnya tembakan itu.

Melati menjerit, "Sana tu!" sambil menuding ke arah menara yang paling tinggi di kawasan itu. Cuma dua blok bangunan jaraknya dengan kedudukan kami.

Ah... aku kenal sangat dia tu! Dialah yang menembak Kayu malam tadi! Celaka lahanat.

Apabila kehadirannya kantoi, dia terus melarikan dirinya dan masuk ke salah sebuah tingkap di bangunan tersebut dan menghilang.

"Bangang punya orang! Gila ke apa main tembak orang pastu lari?" omel Hayun sambil bangun semula dan melihat pada lukanya. "Nasib tak dalam!"

"Dah la. Malam tadi pun mamat tu yang tembak Kayu."

"Celaka mamat tu. Harap dia mati kena sula dengan senapang dia tu, pastu aku boleh tembak dia puas-puas!" Hayun menepuk-nepuk bajunya yang berdebu.

"Dah, dah. Jom cari Pakcik Angus tu."

Kami menyambung perjalanan kami sampailah tiba-tiba satu bayang melompat dari bumbung ke bumbung lalu menghampiri kami dan melompat sebelum ia mendarat di hadapan kami.

"Hadi!?" jerit Kayu, teruja.

"Apa korang buat kat sini lagi?" Muka Hadi agak serius.

Kami kepelikkan. "Hah?"

"Kenapa korang tak lari dari sini?"

"Ringo suruh cari kau!"

Hadi M. Sulaiman terdiam. Kemudian, dia berkata, "Sebenarnya, aku terkejut dengan apa yang berlaku. Semalam aku balik ke markas, aku tengok habis semua barang kena selongkar."

"Dan sebab tu lah kitorang sekarang jadi macam pelarian," celah Hayun.

"Korang dah pergi ke markas la eh? Tak masuk?"

"Semalam. Masa tu kami nak masuk tapi kena halau."

Aku menambah, "Ringo ada masa tu. Dia la yang suruh kitorang cari kau."

"Apa jadi kat dia?"

"Dengar cerita yang semua orang kat markas kena bawak ke istana."

Kemudian, Kayu memegang bahu Hadi dan berkata, "Aku nampak kau semalam kat menara tak jauh dari markas tu," dengan penuh gaya.

Muka Hadi berubah riak. Dia pula yang pelik sekarang ni. "Macamana kau boleh nampak aku? Gila la!"

"Bukan aku sorang je, Melati dengan Rifa pun nampak gak."

Hadi memandang kami berdua. "Korang ni, pelik-pelik je eh!" Dia berdehem sekejap sebelum mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakannya. "Macam ni. Sekarang, keadaan Melaka agak bahaya sebab aku dengar dari geng lain, bukan tempat kita je yang kena selongkar, malah semua markas geng yang ada kat Melaka ni pun kena. Aku syak ada perubahan peraturan baru kat sini. Aku pun tak pasti."

"Kita ada markas kat bandar lain jugak, kan?"

"Ha... itu yang aku nak cadangkan kat korang."

"Apa jadi kat yang lain? Ringo... Zabidin... semua?"

"Itu yang aku tak tau. Aku nak cari orang-orang kita dulu. Tak sangka pulak aku jumpa dengan korang dulu. Aku fikir, elok korang blah je dari Melaka ni."

"Habis tu, kau macamana? Kau tak perlukan pertolongan kitorang ke?" Melati risau.

Hadi terdiam sekejap. "Aku rasa aku lagi bagus dan laju bila aku sorang-sorang."

Giliran kami pula berdiam. Ada betulnya juga. Jika kami cuba membantu Hadi, mungkin kami akan merosakkan rancangannya, sekiranya kami tidak mengikut arahan yang dikeluarkan dengan betul. Nak-nak pula, kami selalu bertindak mengikut naluri masing-masing. Tapi Mafia Kampung Dusun sudah kehilangan Kavita. Kalau boleh, kami tak mahu kehilangan lebih ramai ahli.

"Kalau macam tu, mana yang paling dekat kami boleh pergi kalau kami nak buru Lanun Majapahit?" Badrol turut mengeluarkan sebatang rokok.

"Kalau nak paling dekat, korang kena pergi ke arah utara. Tapi kalau nak buru lanun tu, aku cadangkan ke barat."

Kami mengangguk faham. Nak tak nak, memang kena pergi juga dari Melaka ni. Tak ada pilihan yang tinggal, lagipun kami perlu menyelamatkan bontot kami dari dikejar oleh pihak istana. Atau sesiapa saja yang memburu kami.

"Korang datang sini nak pergi mana?" Hadi saja bertanya, sekadar mahu merenggangkan tali emosi kami tadi.

"Nak cari..." Melati melihat kertas yang diberi oleh Latif. "...Angus Bleknikel."

"Nak buat apa cari dia?"

"Kau kenal dia ke?"

"Takkan korang tak kenal?" Kami menggeleng perlahan. "Dia tu la ketua laksamana, tapi dulu la. Sekarang dia dah bersara dah."

"Boleh pakai ke orang tua tu?" Badrol menghembus asap rokok ke udara.

"Err... tak tahu la. Aku mana suka bercampur sangat dengan orang kerajaan ni." Hadi menyalakan satu lagi batang rokok. Asap dihembus keluar. "Apa je yang korang nak dengan dia?"

"Takde la. Cuma nak tau kalau geng kita ada kat istana tu ke tak, dan apa yang akan jadi kat diorang."

Hadi menyedut lagi rokok dan dihembus kasar. "Aku tak rasa dia amek tau hal ni dah. Lagipun, dia dah takde pape dengan istana."

Kami sedikit hampa mendengar kata-kata Hadi. Nampaknya, tidak ada apa lagi yang boleh kami lakukan sekiranya kami berkeras mahu tinggal di Melaka. Aku pun agak kepenatan diburu dan menjadi pelarian sebegini.

"Korang pergi jela ke markas kita yang lain. Aku akan hantar surat ke setiap markas sekiranya kita ada berita baik, ataupun buruk. Kita takleh berlengah lagi!"

Kami bersetuju saja untuk menerima arahan Hadi. Kemudian, dia melompat panjat ke bumbung bangunan dan menghilang. Kami berpandangan antara satu sama lain. Kami akan melarikan diri ke barat, di mana tempat bermulanya pengembaraan gerila kami sejak diari ini tertulis.

Kami akan ke Pelabuhan Klang, yo!

Continue Reading

You'll Also Like

428K 20.6K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
5.4K 430 24
Nyeh. Lagipun buku aku ni bukannya best sangat maklumlah baru pemula. Maaflah kalau tak best :D . . . Bermula dengan pengkhianatan, kemudian pengk...
23.3K 531 23
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
137K 3.8K 200
Lanjutan "Beruang Salju". *note : Jilid kelipatan 5 di cinkeng ini cayhe private, hanya follower yg dpt membacanya. Kamsia