97 ☾

998 114 117
                                    

M U A L A F
(double update ♡)

M U A L A F (double update ♡)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Korea.

"Untuk apa kita balik awal awal kat Korea ni?" tanya Aurelya selepas melihat Jimin baru seleasai mandi. Dua hari lepas mereka baru sahaja balik dari Malaysia ke Korea.

"Saje" kata Jimin sambil mengesat rambutnya yang basah. Aurelya mengerutkan dahinya. Semasa nak pulang tu pun familynya seakan bersungguh sungguh suruh Aurelya ikut Jimin balik. Senyuman diaorang tu pun macam semacam je Aurelya tengok. Aurelya ingat nak luangkan masa dengan familynya tu tapi tak apabila keluarganya sendiri dengan gembiranya menyuruh Aurelya mengikut Jimin balik. Seakan ada sesuatu yang mereka tahu yang Aurelya tidak tahu.

Jimin pun seperti menyimpan sesuatu. Aurelya mahu bertanya tetapi macam tiada motif pula.

Aurelya hanya melihat pergerakan Jimin yang kini sedang melihat dirinya di hadapan cermin. Selang beberapa saat dia pun menjatuhkan padangannya dan mahu mencapai telefonnya yang terletak disebelah bantal. "Kemas baju" kata kata Jimin membuatkan pergerakan Aurelya terberhenti. "Apa dia?" tanya Aurelya kembali. Jimin melihat Aurelya dari pantulan cermin di hadapannya.

"Kemas baju awak" kata Jimin sekali lagi lalu dia mengalihkan pandangannya dari terus memandang Aurelya. Aurelya memandang Jimin dengan kehairanan. "Kemas baju? tapi kenapa?" tanya Aurelya dengan kerutan di dahi. "Liya saya cakap tu buat je" kata Jimin dan sama seperti tadi tidak memandang Aurelya.

"Ya lah tapi kenapa? kan saya tanya awak, awak jawab lah" kata Aurelya yang makin lama wajahnya berubah seperti sedih. "Aurelya kemas baju. Buat apa saya suruh" kata Jimin dan Aurelya memuncungkan bibirnya sedikit tanpa sedar.

"Awak nak halau saya ke apa?" tanya Aurelya lalu Jimin memusingkan badannya ke belakang dan memandang Aurelya yang duduk di atas katil. Dari riak wajah perempuan itu pun Jimin tahu yang Aurelya sedang overthinking. Jimin mengeluh perlahan lalu dia berjalan menunju ke katil dan duduk di sebelah Aurelya.

"Sayang," Rambut Aurelya juga diselitkan di belakang telinga. "Saya cuma suruh awak kemas baju je. Tak cakap apa pun lagi" kata Jimin dengan nada lembutnya. "Sebab awak tak cakap apa lah saya cakap macam tu. Tiba tiba suruh saya kemas baju" kata Aurelya lalu mengalihkan tangan Jimin yang sedang mengusap pipinya itu. Jimin tersengih lalu terketawa kecil.

"Kalau saya halau awak, mungkin saya ikut sekali dengan awak" kata Jimin lalu dia meletakkan tangannya di belakang untuk menahan badannya. "Itu bukan halau namanya kalau macam tu" kata Aurelya yang masih ada nada sedih malah bibirnya pula ketika bercakap juga memuncung.

"Itu sebablah saya cakap saya tak halau awak" kata Jimin selepas dia menekup pipi Aurelya kuat sehingga bibir perempuan itu memuncung kemudian dirapatkan bibir itu dengan miliknya. Jimin pun bangun dari duduknya. "Dah kemas baju awak nanti saya pun nak kemas baju saya dan jangan tanya kenapa sebab ianya akan penatkan mulut awak sebab saya memang tak nak jawab soalan tu" kata Jimin bersahaja sambil mengeluarkan dua luggage dari dalam almari.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now