38 ☾

1K 82 16
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










07 october ××××

di awal pagi di meja makan rumah Aurelya.

Makcik Ainaa yng berada di situ seperti mencari cari sesuatu. Yusuf yang perasan hanya memandang secara senyap senyap. Tiba tiba Makcik Ainaa tersengih sinis.

"Mana Aurelya?" tanya Makcik Ainaa lembut tapi Yusuf tahu bahawa itu hanya pura pura. Tapi dia tak berani lah nak kata apa apa. dia masih menghormati Makcik Ainaa itu sebagai kakak iparnya.

"Dia kat atas lagi lah tu kot, semalam diaorang balik lambat tu yang penat semacam." jawab Ibu Syakirinaa. Hasya yang turut berada di situ memandang Makcik Ainaa dan Amir memandang pergerakan Hasya.

"Dah nak kahwin dah pun perangai macam apa. Patutlah perkahwinan ni dilambatkan ada hikmah rupanya." kata Makcik Ainaa dengan sinisnya. "Betul tu kak Ainaa saya pun rasa macam tu. Aurelya tu tak boleh nak lahwin kan kalau perangai dia macam tu. Dia kena ingat yang dia tu kahwin dengan orang yang bukan Malaysia. Apa nanti yang keluarga pihak sana kata nanti? buat malu keturunan aku aje budak itu" jawab Maksu pula.

"Suka menyusahkan orang. Menyakitkan hati aku dari dulu" dari nada percakapan Makcik Ainaa terus orang dapat tahu yang maksud itu sangat mendalam dan Makcik Ainaa betul betul maksudkannya.

"Dah lah Kak Ainaa. Aurelya tu tak salah" kata Pakngah pula. Makcik Ainaa memukul meja meja makan itu kuat dan semua yang berada di meja itu terkejut.

"Macam mana kau tahu dia tak salah!?" tanya Makcik Ainaa yang suaranya semakin meninggi.

Amir tiba tiba berdiri sambil mengangkat pinggannya. "eih Amir cepatnya makan?" tanya Ibu Syakirinaa sambil tersenyum pahit. "Tak pe ibu Rinaa, nanti Amir makan lagi" jawab Amir lagi.

Habis hilang selera makan dia dah kalau bergaduh kat depan rezeki macam tu. Lepas je dia basuh pinggan dan tangannya dia pun mahu menuju ke atas untuk ke biliknya. Tetapi dia terserempak Aurelya yang sedang bersembunyi untuk mendengar perbualan di meja makan tadi.

Aurelya tersenyum pahit lalu diletakkan pula jari di bibirnya. Amir terus menarik tangan Aurelya untuk menjauhkan diri dari meja makan tersebut.

"Kak Ainaa, kejap lagi abang Hairi datang dengan mak" selepas sahaja Yusuf berkata begitu semua memandangnya lagi lagi Makcik Ainaa. Makcik Ainaa merengus kuat.

Dia tidak suka kalau suaminya datang sebab Aurelya. Dia tidak mahu suaminya ada kaitan langsung dengan Aurelya. Bukan jeles tetapi dia benci melihat kemesraan mereka berdua. Padahal Hairi itu rapat dengan semua anak buahnya.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now