95 ☾

1K 134 30
                                    

M U A L A F

Jimin mengeliat kecil kerana tidak mahu mengganggu isteri disebelahnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin mengeliat kecil kerana tidak mahu mengganggu isteri disebelahnya itu. Jam di dinding sempat dia lihat. 5.30 pagi.

Jimin duduk dari pembaringannya lalu meraup wajahnya yang masih mamai. Dengan lambatnya dia pun bangun dari duduknya dan meraup rambut Aurelya kebelakang. Kemudian dia pun masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Setelah dia selesai mengambil air sembahyang dia pun keluar dari bilik air tersebut dan dia dapati jururawat sudah berada disitu untuk memeriksa keadaan Aurelya.

"Encik Jimin. Isteri encik ni suhu dia tiba tiba naik balik" kata jururawat tersebut setelah melihat Jimin keluar dari dalam tandas. Jimin meraup wajahnya yang basah itu dan datang menghampiri jururawat tersebut. "Suhu dia naik?" tanya Jimin kembali lalu dia menggaru lengannya yang basah itu. Dia memandang sekilas Aurelya yang masih nyenyak tidur itu.

Jururawat tersebut mengangguk mendengar pertanyaan Jimin. "Dia demam. Jadinya dia terpaksa stay lagi dekat sini sampai dia betul betul dah okay" kata Jururawat itu dan serentak itu dia menanggalkan peralatan yang baru dia pasang pada Aurelya. "Kalau tiada apa apa lagi saya keluar dulu" pinta Jururawat tersebut.

Jimin melihat keadaan Aurelya. Nak kejut ke tak nak bangun Subuh ni? ke tak payah kejut? kang tak kejut kang tak solat Subuh nanti kang. Tapi dosa dia aku yang tanggung kan? jap aku pening ni. Persoalannya dekat sini nak ke tak nak kejut? Jimin mempernyoalkan dirinya sendiri.

Takpelah tak payah lah kejut, mengikut firasat hati aku yang tak pernah salah ni dia kan demam jadi takpelah.

Jimin pun mahu berlalu disitu tetapi ditahan oleh Aurelya yang memegang lengannya. Serta merta air wuduk Jimin sudah terbatal. Jimin dengan wajah pasrahnya pun memandang ke arah Aurelya lalu meraup rambutnya kebelakang. Dahi Aurelya yang baru sahaja bangun itu dicium. Alang alang dah terpegang tu batalkan terus jelah.

"Awak nak solat ke?" tanya Aurelya lalu dia pun duduk dari pembaringannya. Jimin memberi sebotol air untuk Aurelya dan tanpa lengah Aurelya meneguknya. "Good morning" kata Jimin sambil tersenyum nipis. Akibat dari nampak eyesmile Jimin pagi pagi itu Aurelya juga turut tersenyum.

"Awak nak solat sekali tak?" tanya Jimin sementara melihat Aurelya sedang meminum air itu. "Nak" kata Aurelya yang sudah menutup penutup botol air tersebut. "Tapi saya sakit perut lah. Kepala saya pun pening" kata Aurelya seraya itu dia memegang perutnya. "Awak okay tak ni?" tanya Jimin lalu dia memegang tangan Aurelya untuk membantu perempuan itu turun dari katil.

Serentak itu mereka memandang kearah katil yang ditiduri semalam. "Oh my god this is so embarrassing" kata Aurelya dengan nada yang seperti sudah mahu menangis. Manakala Jimin pula kelihatan tergamam disitu.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now