19 ☾

1.2K 100 20
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kampung.

"Oi anak dara sini tolong mak" kata seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di luar rumah. "Sabar mak orang tengah tengok instagram Aurelya ni" kata seorang perempuan yang sedang bermain telephone sambil memasukkan kuaci di dalam mulutnya.

"Yang kau tengok budak tu punya kenapa? benci lah mak cakap pasal dia" kata Makngah iaitu isteri kepada Pakngah. Hasya mencebik.

"Ala mak ni biarlah. Hasya yang tengok bukan mak pun" kata perempuan yang menggelarkan dirinya Hasya. "Menjawab, dah sini tolong mak" kata Makngah dan Hasya pun bangun selepas dia mencebik. "Kau dengar sini Hasya mak ni tak suka dengan budak Aurelya tu. Mak tak suka kau berkawam dengan dia pun" kata Makngah yang sedang memerah baju basah itu.

"Habis mak fikir Hasya ni suka ke? dari cara pun tahu yang dia tu beracar ayu depan semua orang" kata Hasya Aqilah menjawab lalu dijelingnya apabila teringat akan wajah Aurelya. Meluat.

"Kan , mak pun perasan. Dia tu, mak serious cakap memang tak suka daripada dulu lagi" kata Makngah lagi. "Mak kenapa mak tak suka dia eih? musykil ni" tanya anaknya tetapi tangan mereka berdua turut berjalan menyiapkan kerja.

"Jangan tanya kenapa, sebab mak memang tak suka dia"

"Eleh mak tak suka dia sebab dah dengar kata kata busuk dari makcik Ainaa tu, macam lah Hasya tak tahu"

"Eih kau ni"

Hasya hanya mendiamkan diri malas nak layan perangai mak dia yang suka dengar cakap orang.


ʕ••'ʔ


Buat kali kedua Aurelya terkejut. Selepas dia melihat orang itu, dia terus memandang sekeliling untuk mastikan mak cik mak cik tu tidak ada.

"Hi" kata lelaki tersebut sambik memandang ke arah Aurelya. Aurelya mengerutkan dahinya. Naik menyampah pulak tengok mamat ni. Siapa lagi yang berperwatkan macam ni? dia sorang sahaja yang macam ni. Siapa lagi?

Jimin lah.

"Hi buat apa kat sini? kalau family saya nampak macam mana? nanti diaorang fikir bukan bukan kang" Aurelya berkata lalu dia memandang kawasan sekitarnya sekali lagi. "Aku cuma nak ajak kau keluar je" kata Jimin selamba.

"Ala call ke? chat ke? tak boleh ke? takkan sampai nak datang rumah? Lagi satu, mana Encik Jimin tahu saya duduk sini?" Aurelya melibaskan rambutnya ke belakang lalu dia bercekak pinggang. "Google maps?" kata Jimin lalu menaikkan kening sebelah kanannya.

"Dari?"

"Borang interview kau dulu?" kata Jimin ragu ragu. Entah apa yang diraguinya. Cakap dengan pekerja sendiri je kot.

"Bila punya kertas interview?"

"Tahun lepas punya?"

Aurelya mengeluh perlahan. Dia sendiri isi borang interview tu tahun lepas. Tiba tiba terbit dalam hatinya menyesal isi borang tu. Menyesal tulis alamat rumah ibu bapanya yang berada di Malaysia ini. Haih.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now