57 ☾

1.1K 97 11
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









Korea.

Ellina ketika itu baru keluar daripada watson dengan membawa beg plastik yang sudah dipenuhi dengan barang barang watson. Alah barang barang ni semua bukan barang dia sorang je, barang kawan kawannya juga.

"lapar lah pulak" kata Ellina kecil lalu dia pun meninjau ninjau untuk mencari tempat makan di shopping complex itu.

"jalan jalan pun sorang, pergi makan pun sorang, date pun agaknya sorang sorang" kata hati Ellina. Ya lah orang tak de siapa yang berminat lagi. Lagipun dia macam tak nak ambik tahu lagi pasal percintaan ni. Baik dia focus kerja dulu nanti bila dah ada duit sendiri yang banyak, baru boleh fikir benda benda macam ni.

Ha nampak tak Ellina matang sekarang ni. Ellina bangga sendiri. Dia pun masuk ke salah sebuah kedai makan disitu dan selepas dia melihat menu menu disitu sama ada halal ataupun tidak, dia terus mahu mencari tempat duduk. Sedang mata dia melilau mencari tempat duduk, ada orang menegurnya.

"Eih Ellina" Ellina terus memandang ke kirinya yang adanya sebuah meja makan. Jaehyun dan Taeyong melihat Ellina. "Ha jom lah duduk semeja dengan kitaorang" tanya Jaehyun dan dia terus duduk di sebelah Taeyong untuk memberi Ellina duduk semeja dengan mereka. Ellina pun terus duduk di hadapan mereka berdua.

"Kau buat apa sini?" tanya Taeyong yang melihat gerak geri Ellina. "Jarang pergi shopping complex nak memancing" sindir Ellina tetapi riak wajahnya tetap dengan senyuman. Jaehyun sudah terketawa kecil melihat muka tak puas hati Taeyong. "Kau dah sah sah nampak dia pegang beg watson" kata Jaehyun yang masih ada sisa sisa tawanya.

"Tak de lah kenapa kau tak ajak aku sekali? Kau sorang sorang kan? Dah berapa banyak kali aku cakap kalau nak pergi mana mana bagitahu je aku, aku boleh teman" jelas Taeyong dengan prihatin sekali.

Waiters pun datang memberi menu dan mereka membuat pesanan disitu. "Aku pun pergi sekejap je" kata Ellina lalu mengeluarkan telefonnya dan membetulkan tudungnya. "Yang lain mana? Setahu aku Aurelya je balik Malaysia" kata Jaehyun sambil membetulkan posisi duduknya. "Diaorang tu pemalas, aku ajak ha mula ah bagi alasan. Sakit perut lah, demam lah. Tapi aku tahu tu semua dusta" kata Ellina sambil membuat muka.

"Itu sebab lah aku suruh kau bagitahu aku, aku boleh teman" kata Taeyong lagi dan Ellina membuat menyampah. "Alah bukan tak biasa aku dengan yang lain keluar sorang sorang. Niat tu memang ada nak ajak kau teman tapi setiap kali nak telefon kau, mesti kau ada dengan Jaehyun" terang Ellina dan tiba tiba dia membuat muka terkejut. "Jap"

Jaehyun dan Taeyong memandang serentak kearah Ellina yang berada di depannya.

"Korang gay ke apa ni?" tanya Ellina dan selepas sahaja melihat riaksi mereka berdua, dia terus terketawa. Jaehyun dan Taeyong memandang antara satu sama lain dan Jaehyun menolak Taeyong jauh darinya.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now