84 ☾

968 112 33
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jimin mengeliat di atas katil sebelum dia duduk dari pembaringannya. Digosok matanya perlahan dan kemudian dia meraup rambutnya kebelakang. Dia melihat dia bahagian sebelahnya dan dia dapati Aurelya tiada disampingnya. Dia hanya membiarkan. Jam ditelefon pula dipandangnya.

Sudah dekat jam 8 pagi. Jimin mengerutkan dahinya. Tandas ditujunya dan terus menggosok giginya dan turun ke bawah. Dilihatnya Aurelya sedang memasak sarapan di dapur.

"Kenapa tak kejut bagun subuh?" daripada sapaan daripada Jimin, Aurelya sedikit terkejut. Terhinjut sedikit bahu Aurelya dibuatnya.

Aurelya berpusing memandang Jimin sekilas sebelum dia menyambung memasak. "Saya dah kejut awak tapi awak tak nak bangun" jawab Aurelya tanpa nada. Jimin terdiam sebentar kerana mahu mengingati kejadian pagi tadi. "Dan awak cakap jangan sibuk pasal hal awak" sambung Aurelya lagi dan Jimin memandang perempuan itu. "Jadi saya dah tak tahu nak buat apa"

Aurelya meletakkan makanan yang baru sahaja dia masak di meja makan yang berhadapan dengan tempat masaknya. "Saya ada buat sarapan. Awak makan eih?" kata Aurelya semasa melepasi Jimin untuk menuju ke hadapan televisyen sempat juga dia tersenyum nipis pada Jimin yang memang sedang memandangnya. Tangan Aurelya dipegangnya.

"Ayat kau tak boleh nak menyindir lagi ke?" sindir Jimin pada Aurelya. Mood paginya hancur apabila dia sudah berniat malam semalam untuk berbaik dengan Aurelya tetapi, Subuh subuh lagi Jimin sudah hancurkan plannya. Kemudian dengan cara percakapan Aurelya yang seperti itu betul betul menghancurkan mood paginya. Bodoh, Jimin bodoh. 

Aurelya mengerutkan dahinya. Ayatnya seperi menyindir atau apa? "Awak nak suruh saya cakap macam mana cara awak bercakap dengan saya ke?" tanya Aurelya dengan kening kanannya dinaikkan. Jimin merenung tajam pada mata Aurelya. Jimin tahu Aurelya terasa sedikit gentar dan itu menyebabkan Aurelya terus mengalihkan pandangan dan terus duduk di sofa. Jimin pula selepas menepuk sofa dengan kuat terus naik ke biliknya.

Aurelya dengan perlahan membuka televisyen. Dia menarik nafasnya dalam. Siapa sahaja tak takut bila suami sendiri marah. Aurelya menepuk bibirnya. Mulut ni pun keluarkan ayat yang menyakitkan hati.

Lagipun apa yang dia kata mengenai Subuh tu memang betul. Pastu nak marah marah sebab tak bangun subuh. Aurelya mengeluh perlahan. Dia sedih. Serious tidak tipu dia memang sedih dengan perlakuan Jimin.

Flashback

Setelah sahaja jam locengnya berbunyi, Aurelya pun bangun dari tidurnya. Sempat dia memandang Jimin di sebelah yang tidak berbaju. Keadaan pun masih mamai jadi Aurelya tak sempat nak berdebar melihat keadaan itu. Ya lah mana pernah Jimin tidur tidak berbaju. Ini pertama kali Aurelya melihat.

Secara perlahan dia mengejutkan Jimin. Tapi hampa Jimin hanya membetulkan selimut di atas badannya dan menghiraukan Aurelya. Aurelya mengambil keputusan untuk mengambil wudhuk dahulu. Setelah selesai mengambil wudhuk, ditolaknya selimut Jimin itu perlahan.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now