104 ☾

1.1K 114 271
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



3 minggu kemudian. 

Jimin dan Aurelya kini sudah pulang ke Korea kembali dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Walaupun perut Aurelya baru sahaja membuncit sedikit tetapi Jimin sudah mengawal pergerakan Aurelya bagai isterinya itu sudah mengandung 9 bulan pula. 

Nak pergi mana mana pun Jimin mesti kena ada disamping Aurelya tak kira lah dimana sekali pun. Sampaikan ada sampai satu tahap tu Aurelya betul betul rimas dengan Jimin tetapi dia hanya biarkan. Ya lah kalau dia cakap pun lelaki itu mana kisah pun. Dia akan lakukan benda yang dia nak. 

Yoongi dan juga Nasuha sama seperti dulu. Bahagia memanjang. Nasuha yang kandungannya sudah mencecah sembilan itu kadang kadang membuatkan hati Yoongi berderau apabila perempuan itu bergerak. 

Kata Yoongi pada rakan rakannya yang lain, kandungan Nasuha itu hanya sedang menunggu hari. Lusa, mereka akan duduk di hospital untuk hari bersalin Nasuha. Yoongi dan Nasuha betul betul tidak sabar dengan bayi yang bakal akan keluar tidak lama lagi tetapi dalam pada masa yang sama, Yoongi berasa risau. 

Risau akan keselamatan Nasuha dan juga bayi di dalam perut isteri tercintanya itu. Setiap malam dia akan solat sunat dan setiap kali mereka solat berjemaah atau meluangkan masa bersama, pasti sahaja Yoongi akan membacakan Surah Yusuf, Surah Maryam dan juga Surah At-Taubah. 

Namjoon dan Seokjin pula ha masing masing sudah menjumpai cinta hati mereka. Yang Seokjin dengan Maizurah gadis di Johor manakala Namjoon dengan florist bernama Jeon Haemi.

Pertemuan mereka dimana gadis itu terlanggar kereta Namjoon adalah moment yang tidak akan dilupakan oleh kedua dua insan tersebut. Namjoon masih dengan muka kereknya melayan Jeon Haemi tetapi setiap orang tahu yang Namjoon menyukai gadis itu. 

Jeon Haemi yang memang sudah jatuh cinta pada Namjoon hanya membiarkannya. Asalkan dia dapat jumpa dengan lelaki itu. Dia akan usahakan untuk membuatkan Namjoon menyukainya dengan sikapnya yang tersendiri. But little she know, Namjoon already in love with her. 

Taeyong dengan Jaehyun? Jaehyun masih lagi lah dengan si Ellina tu. Suruh kahwin awal tak nak, malu malu arnab pula. Tapi semua orang nampak perubahan pada diri Jaehyun selepas dia bersama dengan Ellina. 

Kini, jejaka Korea itu sedang berlajar mengenai Islam. Ianya langung tiada paksaan malah Ellina juga terkejut apabila mengetahui yang Jaehyun belajar secara senyap. Alasan Jaehyun hanya mahu buat Ellina bangga dengannya. 

Pasti semua akan terkejut apabila tiba tiba sahaja Taeyong dan Hasya mula rapat walaupun berada di lain tempat/negara. Siapa sahaja tidak terkejut? asal mereka berjumpa pasti sahaja mereka akan bergaduh. Tidak kira lah apa penyebabnya, pasti mereka akan bergaduh. 

Sekarang ianya terbalik, setiap malam pasti sahaja mereka akan berborak melalui telefon. Bila Hoseok atau Seokjin menyakatnya bahawa dirinya itu menyukai Hasya terus sahaja dia menidakkannya dan begitu juga dengan Hasya. 

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now