102 ☾

1.1K 94 112
                                    

M U A L A F

Namjoon memandang ke arah keretanya sambil mencekak pinggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namjoon memandang ke arah keretanya sambil mencekak pinggang.

"Saya minta maaf encik, saya tak sengaja. Saya betul betul tak sengaja" kata perempuan yang baru sahaja turun dari kereta. Dia juga menundukkan badannya beberapa kali. Kedua dua kereta mereka itu di parking di tepi jalan.

Namjoon mengeluh tanpa memusingkan badannya. "Aku boleh buat report tau, kau main phone time tengah memandu." kata Namjoon yang sudah mencangkung untuk melihat keretanya yang sudah kemek di bahagian hadapan.

"Saya tahu encik tapi maafkan saya. Saya betul betul tak sengaja sebab mak saya yang call" kata wanita itu dengan riak wajah risau. Namjoon memusingkan badannya untuk memandang wanita itu. "Nasib baik kau tak langgar kuat, kalau kau langgar warga emas macam mana?" tanya Namjoon lalu dia bangun dari cangkungannya.

Wanita itu menggaru kepalanya perlahan. "Saya minta maaf encik. Saya betul betul tak sengaja" kata wanita itu sambil menundukkan kepalanya. Namjoon melihat ke arah wanita itu. Dari cara pakaiannya juga dia sudah tahu bahawa wanita itu berwatakan lembut dan soft.

"Habis kereta aku dengan kau dah kemek. Nak buat macam mana?" tanya Namjoon lalu wanita itu memandang ke arah keretanya. "Aduh, aku dah lah pinjam kereta orang" kata wanita itu perlahan tetapi Namjoon juga dapat mendengarnya.

"Erk encik bagitahu je bila masanya, nanti saya datang bayar duit ganti rugi. Buat masa sekarang ni saya tak ada duit lagi nak bayar dekat encik" kata wanita itu dengan riak wajah resah. Dengan melihat riak wajah Namjoon yang beku itu lagi menakutkannya. Namjoon berjalan mendekati wanita itu.

"Nama apa?" tanya Namjoon pada wanita itu. Wanita itu kelihatan keliru tetapi masih lagi menjawab. "Hae..Haemi. Jeon Haemi" Namjoon mengangguk.

Namjoon dapat lihat dari luar dimana terdapat beberapa bouquet bunga di dalam kereta. "Florist?" tanya Namjoon sambil menaikkan kening kanannya. Haemi memandang ke arah keretanya sebelum dia memandang Namjoon kembali.

"Haah saya florist." jawab lembut Haemi dan Namjoon mengangguk. "This is my card. Give me your card" kata Namjoon sambil itu dia menghulurkan kad kepda Haemi. "Ta..tapi saya tak ada kad. Saya bagi nombor telefon je boleh?" tanya Haemi dan Namjoon hanya mengangguk.

Namjoon mengeluarkan telefonnya dan diberikan pada Haemi untuk dia menaip sendiri nombor telefonnya. Setelah selesai dia memberikan telefon itu kepada pemiliknya kembali.

"Aku nanti call kau. Kau masih ada hutang dengan aku. Atau kalau aku tak telefon kau, aku dah bagi kad kau tu. Kau telefon aku sendiri. Terpulang pada kau nak telefon atau tidak tapi kau kena ingat kau masih ada urusan dengan aku." kata Namjoon yang sudah masukkan tangannya di dalam kocek. "Baik encik, nanti kalau saya dah ada duit saya janji encik lah orang pertama yang saya telefon" kata Haemi dengan tangannya dinaikkan sambil tersenyum.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now