79 ☾

1K 111 47
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Alah kau ni Jungkook sabar lah. Biasa lah tu budak budak" Namjoon cuba untuk memujuk Jungkook yang dari tadi hanya bermasam muka.

"Tak de lah aku okay saje hyeong tapi masalahnya budak tak cukup umur tu tak habis kacau aku yang hensem ni. I kennot ah" kata Jungkook dengan muka pasrahnya. "Time time macam ni lah aku nak fasih bahasa melayu. Aku rasa bila orang kutuk aku baru faham bahasa ni kot" sambung Jungkook lagi dan Taeyong berada di situ juga memandang serong pada lelaki itu.

"Jadi aku rasa memang kau layak untuk dapat kutukan dekat Malaysia ni" kata Taeyong dan dia terketawa besar. Jungkook mengangkat tangannya seperti dia mahu menumbuk lelaki itu tetapi dia tahu lelaki itu hanya bergurau.

"Jimin, tadi budak budak yang main dengan kita tu siapa?" tanya Yoongi tengah makan kuaci dekat paling hujung pondok disitu. Pandangan semua telah teralih pada Jimin. "Ouh diaorang macam orang orang sini jugak. Umur semua sama je tahun ni ambik peperiksaan besar. Aku lupa Malaysia panggil apa exam tu. And diaorang ni semua anak yatim yang Pakcik Aurelya ambik untuk sara" terang Jimin panjang.

"Eee Jungkook kau maknanya kau kutuk anak yatim ah ni?" tanya Seokjin supaya menakut nakutkan lelaki itu. "Habis ah kau hina anak yatim." kata Jaehyun lalu dia menggeleng gelengkan kepalanya tanda dia seperti kecewa pada Jungkook. Semua mahu menyakat.

Jungkook mula mengawal riak wajahnya. "Ala dia yang mulu dulu"

Flashback

Sedang sibuk mereka semua itu berlari untuk membaukan bau durian tersebut, Jungkook terlanggar dengan seorang budak perempuan dia sendiri tidak pasti apa namanya.

Jatuh terduduk budak perempuan tersebut.

"Ish siapa berani tolak badan comel aku ni?" rungut perempuan itu ketika dia mahu bangun kembali. "Saya minta maaf. Saya betul betul minta maaf" kata Jungkook beberapa kali dan menundukkan sedikit kepalanya.

Perempuan itu pun memandang lelaki di hadapannya itu sambil mengibas kotoran pada bajunya. Dua duanya terpana memandang antara satu sama lain. Jungkook mengerutkan dahinya manakala perempuan itu terus tersenyum manis.

"Lah lelaki tak hensem ni ke" kata budak perempuan tersebur dan ditunjukkan pada Jungkook. Lalu dia terketawa besar. "Eih Izzati kau kenal ke abang Jungkook tu?" tanya kawannya yang bernama Fatiha.

Budak perempuan yang digelar Izzati itu memandang Jungkook kembali dengan sengihan. "Jadi awak ni nama Jungkook lah. Baru saya tahu" kata Izzati sambil itu dia membersihkan seluarnya pula. Jungkook daripada tadi tak henti memandang Izzati. Izzati memandang kembali wajah Jungkook dengan kerutan di dahi dan kemudian dia terketawa sinis.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now