101 ☾

1.1K 96 169
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








"Eleh, awak lah punya pasal" kata Jimin dan Aurelya terketawa ketika masuk ke dalam bilik. Ketika ini mereka baru sahaja balik daripada pergi sarapan.

Jimin pun menuju ke arah luar sliding door. Dia menongkat tangannya di penghadang bersebelahan dengan kolam persendirian itu. Apa yang dia lihat ketika ini pemandangan laut pada pukul 9.30 pagi ini.

Sedang dia melayan perasaan itu, telefonnya tiba tiba sahaja berbunyi. Jimin melihat nama pemanggil lalu memandang keberedaan Aurelya sekilas yang berada di dalam sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Aku kacau kau dengan isteri kau ke?" tanya Daniel selepas sahaja Jimin mengangkat panggilan tersebut. Jimin tersengih. "Tak lah baru lepas sarapan ni. Ha kau kenapa call tiba tiba ni?" tanya Jimin lalu dia pun duduk di salah sebuah kerusi di situ.

"Tak ada lah aku cuma nak cakap, seminggu selepas kau balik dari Maldives, aku dengan Sohee nak kahwin" Jimin membetulkan posisi duduknya. "Aik, haritu kau kata kau nak tunggu lepas dia bersalin?" tanya Jimin pula. Ya lah sebelum ni bukan main cakap nak kahwin lepas beranak ke?

"First memang aku fikir macam tu. Tapi aku rasa lagi better aku kahwin dengan dia cepat cepat. Aku malas nak tangguh tangguh. Kau tahu je lah perempuan mengandung ni banyak ragam" kata abang tirinya itu dan itu membuatkan Jimin terketawa. "Jadinya kau takut lah yang Sohee akan berubah hati lepas dia bersalin nanti?" tanya Jimin tanda gurauan.

"Bro, tak de maknanya. Tapi kalau kau nak tahu ada lah juga itu penyebabnya aku nak cepatkan perkahwinan. Tak nak tunggu lama lama. Macam kau tak sabar nak kahwin dengan Liya. Entah apa nak buat pun aku tak tahu" kata Daniel dan Jimin terdengar gelak tawa dari lelaki itu. Jimin juga turut terketawa.

"Ha dah lah pergi sana layan isteri kau tu. Aku pulak nak layan bakal isteri aku. Yang si Jihoon ni pulak nak layan imaginary isteri dia. Bye"  kata Daniel dan mereka berdua terketawa sekali lagi. "Okay, bye" dengan itu Jimin pun menamatkan panggilannya.

Senyumannya masih terukir. Pemandangan laut itu dipandangan sekali lagi.

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Daripada hari pertama dia mengajak Aurelya kahwin sehingga lah hari ini, di mana kini mereka sedabg bahagia menikmati masa berdua duaan.

Daripada ujian yang diberikan oleh Allah iaitu penangan Makcik Ainaa. Makcik Ainaa mula menyinggah pemikirannya. Dalam diam, Jimin mengupah orang untuk mengintip apa yang sedang dibuat oleh Makcik Ainaa.

And guess what, Makcik Ainaa bahagia dengan lelaki yang lebih muda darinya. Jimin juga hairan apa yang Makcik Ainaa ada untuk seorang lelaki yang lebih muda darinya? Apa yang lelaki muda itu cari pandang pada Makcik Ainaa?

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now