42 ☾

1.2K 90 12
                                    

  M U A L A F

  M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










tepat pada pukul 6.30 pagi Aurelya terjaga dari tidurnya. Bangun bangun sahaja dia melihat keadaan dirinya dan Jimin di atas katil dan dia amat lah terkejut.

Kaki Jimin dia atas kakinya, tangan Aurelya dia atas muka Jimin, tangan Jimin pula dia atas perut Aurelya. Senang cerita mereka dalam keadaan yang sangat barai. Telentang sana telentang sini.

Aurelya terus membetulkan posisinya dan terus duduk. Dia meraupkan rambutnya kebelakang. Dia pun bangun dari katil dan melihat Jimin. Dia berfikir untuk mengejutkan Jimin ataupun tidak.

"awak bangun dah pagi tak nak bangun ke?" tanya Aurelya dan tangannya menolak nolak kaki Jimin. "just mind your own business"

Dan Aurelya speechless kat situ. Tanpa banyak soal dia pun terus keluar dari biliknya dan pergi kearag dapur dan dia dapat lihat yang Ibu Syakirinaa, nekcu dengan nekngah sedang masak di dapur sambil berbual bual.

"yang si Ainaa itu, betul betul tak dapat lupa apa yang jadi 11 tahun lepas" kata nekcu dan diangguk oleh yang lain. Aurelya terus berhenti daripada terus pergi ke arah dapur.

"masalahnya Aurelya tak salah. benda ni takkan jadi kalau bukan sebab si Ainaa tu jugak" kata nekngah tetapi nadanya seperti sedang tidak berpuas hati. "Ainaa pun tahu kan yang Aurelya tu ada masalah, sampai ke sekarang dendam dia tu" kata nekcu lagi.

Aurelya berasa pelik. masalah?

"mak, kak ainaa okay lah. dia tak de buat apa apa pun dekat rinaa ataupun liya" kata ibu syakirinaa. "kau pasti ke rinaa? mak ni nampak dari cara pandangan dia yang dia masih berdendam dekat Liya tu" kata nekngah secara perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Aurelya. "mak tak baik cakap macam tu. mungkin kak Ainaa cuma tak de mood time tu." ibu Syakirinaa lembut.

nekcu tersenyum. "untung kau ngah dapat anak macam ni lembut je. soft spoken gituh" kata nekcu sambil mengusap perlahan belakang Ibu Syakirinaa.

"kembang aku" dan mereka terketawa. "lain lah aku, anak semua lelaki tak dapat merasa anak perempuan. dapat menantu baik macam ni pun aku dah dikira untung ngah" kata nekcu lagi.

Aurelya mula berfikir tentang perbualan mereka sebentar tadi. Ada masalah? 11 tahun?

Aurelya mula pening. Niat dia nak pergi dapur serta merta hilang dan dia mahu menuju ke biliknya. Selepas sahaja dia berpusing, dia terjerit kecil kerana Jimin berada di belakangnya secara mengejut.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now