103 ☾

944 110 35
                                    

M U A L A F









Keesokan paginya, Aurelya yang sedang mengesat rambut di dalam tandas mula mendengar bunyi air kolam berkocak. Setahunya tadi dia masih lagi tidak mengejutkan Jimin bangun dari tidur. 

Yalah sekarang pun masih dalam pukul 5:25, Subuh pulak pada pukul 6:01 pagi. Jadinya Aurelya tidak mengejutkan Jimin terlebih dahulu. Selalunya Aurelya akan mengejutkan Jimin selepas dia selesai mandi apa semua dan barulah dia akan kejutkan Jimin. Bukan senang ya anak anak nak kejut anak Park ni. Elak pijak perut baru nak bangun agaknya. 

Tapi sekarang ni pelik pulak siapa yang masuk dalam kolam pagi pagi ni? Tak kisahlah kalau Jimin sekalipun, tapi apa yang kau bangun bangun terus mandi kolam tak gittew? 

Dengan pantas Aurelya pun keluar dari tandas lalu dia pun memandang ke arah katil. Sah katil pun kosong, dah pasti lah yang terjun kolam tadi tu Jimin. Sliding door dibuka dan dia terlihat Jimin sedang berenang berkali kali. Suasana pada pagi itu masih lagi gelap dan sejuk. Bunyi ombak juga kedengaran. Ianya sangat indah dan aman apabila didengarinya. Bulan pula dilihat Aurelya selepas dia mengamati laut terbentang luas dihadapannya. 

"Ya Allah, terkejut saya Aurelya" kata Jimin selepas dia dapati ada orang berdiri di luar kolam itu. Aurelya pun mengambil baju Jimin yang berada di lantai itu lalu diletakkan di atas kerusi. "Terkejut lagi saya, tak ada orang buat lagi tau mandi kolam pagi buta macam ni" kata Aurelya yang baru sahaja meletakkan baju Jimin.

"Saya panas sayang. Saya tak tahu saya rasa panas. Pastu saya terbangun lah kan and saya nak mandi. Tiba tiba awak ada dekat tandas jadi saya memang tak tahan panas ni bukak baju terus masuk sini" kata Jimin yang sudah berenang ke hujung. "Eih apa yang panas. Sejuk adalah" kata Aurelya pula.

"Eih saya yang rasa panas bukan awak" kata Jimin tak nak kalah. Bukan itu sahaja muka budak budak seperti sedang gaduh pun dilakukannya. Tapi malang bagi Jimin kerana Aurelya hanya mengendahkan.

"Aurelya sini lah teman saya" kata Jimin selepas dia nampak Aurelya berjalan ke arah sliding door. "Teman nak buat apa?" Aurelya memusingkan badannya menghadap Jimin dan berkata perlahan. "Teman lah suami awak dekat sini" kata Jimin yang nadanya seperti berjauh hati. Aurelya tersengih kecil sebelum dia menuju ke kolam.

"Saya duduk tepi kolam ni.." kata Aurelya dan Jimin terus tersenyum manis. Kepalanya didongakkan untuk memandang Aurelya. "Tapi kalau awak tarik saya masuk dalam kolam, sumpah saya cakap saya tak nak cakap dengan awak. Saya tak tipu" kata Aurelya yang mukanya diacahkan serious. Jimin menggulingkan matanya ke atas sebelum dia mengangguk.

Aurelya pun duduk bersila berdekatan dengan kolam dan dia pastikan yang pakaiannya itu tidak terkena dengan air. Jimin sudah tersenyum lebar. "Eih suka betul? Saya baru je duduk tak payah lah exited sangat" kata Aurelya yang sudah terketawa kecil. "Siapa je tak exited kalau isteri temankan?" tanya Jimin dengan nada yang berpura pura malu.

"Pebende.." lalu Aurelya terketawa dan diikuti dengan Jimin. Jimin menongkat dagunya sambil memandang Aurelya yang berada di hadapannya. "You look so freshhh boy" kata Aurelya lalu meletakkan tangannya di bawah dagu Jimin. "Like how..." kata Aurelya lagi dan membuatkan JImin tersengih suka. "Explain to me how can you look so good.." Aurelya menilik wajah Jimin lama, setiap inci wajah Jimin itu dilihatnya. "Like damn how.." kata Aurelya dan Jimin terketawa. Tangan Aurely aitu dipegangnya. 

Siapa sahaja tak suka kalau isterinya hypes you up and gives compliments pada pagi pagi buta ni? 

"Aurelya jangan mencarut" tegur Jimin tetapi wajahnya masih ada sengihan suka. "Lah bila pulak saya mencarut. Cakap awak hensem pun mencarut ke?" tanya Aurelya pelik. "Habis yang damn bagai tu" kata Jimin sambil tangannya membawa tangan Aurelya kearah bibirnya dan dicium sekilas kekura tangan perempuan itu. 

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now