96 ☾

812 101 62
                                    

M U A L A F

M U A L A F

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dua minggu kemudian.

Jimin dan Aurelya kini berada di Johor, Malaysia kerana mahu menghadiri majlis persandingan Farrah dan suaminya, Nabil Al Fatih. Begitu juga dengan rakan rakan yang lain yang juga turut hadir di majlis bahagia Farrah dan Hoseok.

Ketika ini, para lelaki sahaja berada di meja makan tersebut manakala yang lain itu sedang melihat keluarga masing masing. Mereka semua sibuk bersembang dan ada juga mereka melihat lihat Hoseok dan juga Farrah yang berada di atas pelamin itu.

"Tae" panggil Yoongi selepas dia meneguk airnya. Taeyong dan Taehyung yang duduk bersebelahan itu mula memandang serentak kearah Seokjin. "Tae yang dah kahwin" kata Seokjin dan Taehyung tersengih kecil manakala Taeyong membuat muka meluat. "Tengoklah nanti aku dah kahwin  ha time tu kauorang tak tahu nak panggil Tae yang mana satu" kata Taeyong lalu memasukkan kuih ke dalam mulutnya dengan kasar.

Jungkook terketawa sinis. "Persoalannya bila masa tu akan sampai" kata Jungkook dan ada diantara mereka yang juga turut terketawa. "Yang cakap tu pun sama. Entah bila entah nak hidup solo je memanjang" kata Namjoon tanpa memandang Jungkook yang sah sah sudah cemberut mukanya itu.

"Ha hyeong kenapa?" tanya Taehyung yang masih ada sisa senyumanmya itu. Jaehyun yang berada di sebelah Yoongi juga turut memandang ke arah lelaki itu. "Kau tak pernah nak terfikir nak ada anak ke?" persoalan Yoongi itu mengundang lelaki lelaki disitu terdiam dan memandang kearah Yoongi.

"Jap, kau jangan salah faham pulak dengan apa yang aku cakap" kata Yoongi selepas melihat riaksi rakan rakannya itu. Seokjin membuat muka lega. "Mati mati aku ingat kau gay tadi" kata Seokjin lalu dia meneruskan perbuatan makannya tadi. "Gay apanya, Nasuha tu dah nak terberanak dah" sambung Jaehyun pula dan Yoongi mengangguk.

"Maksud aku Taehyung, pergi lah honeymoon ke apa ke ein. Ini tak duk terperuk dalam rumah je" kata Yoongi sambil memandang ke arah Taehyung. "Pergh, apa siaa kau. Serious ah kau tak pergi honeymoon walau sekali pun dengan Eika tu" kata Taeyong dengan nada terkejutnya. "Diam kau tu budak budak lagi" kata Taehyung yang masih dengan riak wajah berfikirnya.

"Ku pikirkan hyeong dah pergi honeymoon dah dengan Eika tu" kata Jungkook pula. "Diam kau pun budak budak jugak" kata Taehyung yang masih dengan riak wajahnya. Wajah Yoongi dipandangnya. "Nasuha tu dah nak cecah 8 bulan dah takkan aku sorang je yang nak ada anak. Nak tunggu anak Seokjin hyeong takpun Namjoon hyeong. Kahwin pun belum, tang mana entah nak ada anaknya" kata Yoongi yang sempat matanya memandang Seokjin yang sudah tersenyum senyum malu manakala Namjoon memandang pelik pada Seokjin.

"Ala kenapa hyeong tanya aku je, Jimin pun dah kahwin. Pun tak pergi honeymoon juga ha" kata Taehyung lalu dia menunjukkan ke arah Jimin yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka. "Tae, kau kena faham perangai Jimin yang hidup mati berkerja dia tahu" kata Jaehyun dan itu mengundang tawa dari rakan rakannya yang lain.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now