BOOK1 IM_CHUBB MUALAF SERIES
Penat lelah seorang perempuan yang tidak begitu alim yang menjaga suami mualafnya.
ʕ••'ʔ
Bagi seorang gadis yang beragama Islam, pasti sahaja mahu mencari suami yang pandai mengaji, baik hati, kuat beragama, senang kat...
Ouh baru Aurelya ingat, Hasya bukan berkawan dengannya lagi. Mana nak dia kawan dengan Aurelya. Ni semua sebab Makcik Ainaa ah. Apabenda entah makcik Ainaa cakap sampai dia tak percayakan aku. Psycho habis habisan dekat Hasya.
Sebab tu aku tak suka bila Makcik Ainaa berbual dengan Hasya.
Dia bukan nak kata apa lah. Makin nak kahwin ni lagi takut pulak. Dengan adanya Makcik Ainaa dengan Hasya tu kat Johor lagi lah takut budak tu dibuatnya.
Bukan nak sangka buruk dengan Makcik Ainaa tapi Makcik Ainaa tak boleh nak dijangka. Apa dia cakap dia buat.
Haritu sebelum Makcik Ainaa balik, time semua orang dah tunggu dekat depan pintu, Aurelya baru nak keluar bilik ya lah hormat, orang tu dah nak balik kampung kena lah hantar sampai depan rumah.
Baru je dia nak keluar bilik, Makcik Ainaa tolak dia sampai terkena dinding lepastu Makcik Ainaa tu pandang sekeliling.
"Jangan ingat kau akan bahagia, sampai kau mati aku susahkan hidup kau"
Ayat tu sering bermain dalam kepala hotaknya. Gila tak seram.
Macam mana kalau Makcik Ainaa try nak batalkan perkahwinan ni, tak pun dia rosakkan hubungan aku dengan Jimin.
"Aurelya Sofiaa!" Aurelya terpandang Jimin yang berada di sebelahnya dengan psrasaan yang terkejut.
"Apa benda kau pikir sampai aku panggil kau banyak kali tak dengar?" weyh ni Jimin betul betul marah ni. Nasib lah dewan ni bising, tak de lah dengar sangat macam Jimin tengah marah dia.