72 ☾

1.2K 106 153
                                    

M U A L A F

"Syed Syafiq" Aurelya tersenyum kekok sambil tangannya menolak nolak Amir disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Syed Syafiq" Aurelya tersenyum kekok sambil tangannya menolak nolak Amir disebelahnya.

Syed Syafiq pula ketika ini bukan main jalan lagaknya. Senyuman jangan katalah memang bukan main lagi lebar. Amir yang hampir hampir tersadung itu memandang Aurelya sekilas sebelum Amir memandang kembali Syed Syafiq di depannya.

"Lah buat apa datang sini capik? kan tadi kita baru jumpa" kata Amir dengan senyuman kekoknya. Tangannya juga mengusap leher belakangnya perlahan. Syed Syafiq yang senyuman langsung tak hilang tu mula memandang Aurelya yang duduk di tangga.

Lemah gak ah tengok lelaki pakai braces tak habis habis nak senyum ni. Lemah tak lemah.

"Tak de lah aku dengar ada pertukaran pelajar kat sini" kata Syed Syafiq dan Aurelya sendiri yang berasa malu. Ya lah penipuan yang dia reka semalam tu dah kantoi. "Sebab aku dengar dari Korea. Mesti cantik punya pelajar pertukaran tu" kata Syed Syafiq dan mata dia tu sekejap sekejap memandang Aurelya di belakang Amir.

Eih mamat ni kau dah tahu aku tipu tak payah lah nak lagi malukan aku. Kau dasar lelaki Malaysia. Kau siap kau siap.

"Eih capik aku rasa kau salah dengar tu kot. Ni bukan Korea ni koyak ni. Pergi korek telinga lah sila" kata Amir sambil tangannya menunjukkan kearah Aurelya. Aurelya dengan redhanya dah buat muka nak belasah si Amir ni. Kau tunggu jewp.

"Kalau ada exchange student sekali pun aku rasa bukan kat sini dia mari, tu ha rumah ketua kampung tu kau datang kalau nak tengok exchange student tu" terang Amir lagi. Ha kau nampak tak nampak over protective cousin ni ha. Syed Syafiq tersengih.

"Tak de lah Aurelya sendiri bagitahu aku yang dia exchange student tu. Jadi aku datang sini nak jumpa dia lah" kata Syed Syafiq yang senyuman dia tak pernah nak hilang.  "Ouh lah nak jumpa Aurelya dah tu apahal guna alasan exchange student pulak" tanya Amir dan Aurelya dah buat muka menyampah.

"Eih buat apa tanya aku Amir" kata Syed Syafiq sambil tangannya memegang bahu Amir. "Aku cuma cakap balik apa yang Aurelya cakap dengan aku hari tu" sambung Syed Syafiq sambil matanya memandang Aurelya. Amir pun memandang Aurelya yang memberi senyuman fakenya pada Amir.

Aurelya bangun dari duduknya dan turun untuk berhadapan dengan mereka berdua. "Tak de lah Syafiq aku bukan saje nak tipu kau. Member gurau" kata Aurelya kemudian dia ketawa supaya nak tutup malunya. Dia juga sempat memukul Amir supaya lelaki itu turut ketawa bersamanya. Amir yang terpaksa itu pun terketawa ikut dengan Aurelya.

"Aurelya dah masuk dah nak manghrib ni dah" kata Nekcu dari dalam rumah dan kedengaran seperti berjalan ke arah mereka. "Ouh lah Amir dah sampai. Eih? Syapik pun ada sekali kat sini?" tanya Nekcu sambil tersenyum. Amir dan Syed Syafiq pun pergu ke arah Nekcu dan bersalaman dengan Nekcu.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now