Selepas dia mengecam Aurelya antara ramai ramai orang disitu, dia perasan yang ada seorang lelaki yang membelakanginya sedang bercakap dengan Aurelya. Jimin mula pelik kerana muka Aurelya seperti entah Jimin sendiri tidak boleh nak beritahu. Jimin pun terus pergi ke Aurelya dan dia memandang lelaki tersebut. Riak terkejut mula terpamer pada riak wajah Jimin.

"Eo? Papa?" tanya Jimin dan Encik Taeil terus tersenyum manis memandang anak lelakinya berada disitu. Jimin memandang Aurelya sekilas yang sedang memandang ke arah lain. "Eo Jimin ah" kata Encik Taeil sambil tersenyum. "Papa buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya papa dekat office dengan Daniel Hyung?" tanya Jimin pelik. "Tak de lah papa mintak keluar sekejap" jawab Encik Taeil lancar.

"Jimin kenapa pula ada dekat sini? Bukan sepatutnya ada dekat office? Aurelya pun" kata Encik Taeil dan dia memandang Aurelya. "Ouh Jimin mintak cuti, esok dah masuk dah kerja" kata Jimin lalu dia pun memandang Aurelya. "Aurelya? Aurelya kenapa?" tanya Encik Taeil dan entah kenapa dia rasa macam ayahnya itu memerli Aurelya. "Aurelya tak sihat sikit" jawab lembut dari Aurelya. Encik Taeil mengangguk perlahan.

"Okay lah papa dah nak gerak ni" kata Encik Taeil sambil tersenyum. Jimin dan Aurelya menunduk hormat pda pemergian Encik Taeil.

"Macam mana boleh terserempak dengan Papa?" tanya Jimin yang sudah menolak troli itu. "Ouh papa yang tegur saya dulu. Saya ingat siapa lah tadi hampir hampir tadi tercarut. Haha tak de lah tipu je" kata Aurelya lalu dia terketawa sendiri. Tetapi Jimin sedar mata Aurelya bergetar dan rasa gugupnya juga Jimin turut perasan.

ʕ••'ʔ

Selepas sahaja solat ishak, seperti yang dijanjikan Jimin dan Aurelya pun menuju ke restoran yang menjadi lokasi kawan kawan Aurelya dan Jimin akan berjumpa.

"Ee saya rasa kan Yoongi dengan Suha nak bagitahu yang pasal dia mengandunglah" kata Aurelya dengan sangat teruja. "Eih yilek ah jangan exited sangat" kata Jimin tanpa perasaan dan Aurelya memandang Jimin sekilas. "Mestilah saya exited dia tu kawan saya dari saya sekolah tau. Dia yang selalu balik sekolah sama sama dengan saya. Ha pastu sekarang dia mengandung anak Yoongi. Mana saya tak happy. Weyh happy sangat ni rasa macam nak nangis siaaa" cara percakapan Aurelya membuatkan Jimin terketawa kecil.

"Macam apa yang aku cakap tadi, rilek ah tak payah beria sangat" dan Aurelya terus menjeling tajam pada Jimin. Jimin sahaja mahu begurau. "Mungkin ni perasaan kau bila kau ada anak dengan aku" kata Jimin perlahan dan hampir sahaja tidak didengari oleh Aurelya. Mungkin memang tak dengar kot sebab dengan bunyi radionya. Aurelya pula membuka tingkap kereta dan mengeluarkan kepalanya sedikit sahaja.

"Aurelya kepala masuk" kata Jimin dengan lembut di telinga Aurelya. Tangannya pula menarik perlahan lengan Aurelya suruh jangan keluarkan kepalanya keluar tingkap. Terus ditutup tingkap kereta dan menguncinya supaya Aurelya tidak boleh membuka lagi.

"Awak nak ada anak dengan saya?" tanya Aurelya tiba. Jimin yang baru sahaja memberhentikan keretanya di tempat kereta terus memandang Aurelya di sebelahnya. "Kenapa?" tanya kembali Jimin pada Aurelya. Aurelya mengangkat bahu.

"Well, i'm just asking. But it's okay if you dont want to answer it"

"Yes, I do"

Aurelya dan Jimin memandang antara satu sama lain. "Not gonna lie but i really want, with you" kata Jimin dan mereka memandang antara satu sama lain. "Awak akan happy bila dapat tahu saya mengandung atau seangkatan dengannya?" tanya Aurelya lagi. Dia pun sendiri tidak tahu kenapa dia mahu bertanyakan soalan ini. "You really want to know?" tanya Jimin dan Aurelya mengangguk.

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now