Badboy Ѽ ' 49

7.3K 412 176
                                    


' Love is like a see saw . It goes up and down . It isn't meant to be at one place . '

______________________

Hari ini rakan-rakan Ayyen datang ke rumah banglo Ojiisan bersama isteri mereka kecuali Shaun sahaja tidak berkahwin . Mereka melawat Naila yang tidak lama lagi mungkin bersalin . Lagipun Aera belum mengenali Naila , inilah masa untuk berkenal-kenalan .

Apabila mahu pulang, mereka berlima ditegah oleh Harry dan Daniel daripada balik ke rumah masing-masing . Memandangkan mereka tetamu, lebih elok menginap di rumah Ojiisan dalam jangka waktu yang lama .

Boleh jaga Naila bersalin nanti . Mereka berlima sekadar mengangguk, bersepakat setuju menetap dir rumah itu .

Kandungan Naila sudah mencapai usia sembilan bulan . Itupun masih lincah berjalan . Banyak kali Harry membebel kepadanya , namun dia buat derk sahaja .

Sekian lama Michael serta Harry bertekak dengan Ayyen disebabkan Ayyen ingin menjaga Naila juga semasa bersalin . Terpaksalah menurut arahan Naila ketika itu supaya Ayyen berhenti bergaduh dengan mereka bertiga . Kalau tidak , Ayyen akan buat perangai di luar rumah ini .

Langkah diorak ke arah Ayyen yang duduk di meja batu .

Tiba-tiba Naila berhenti daripada bergerak . Lantai direnung . Air ketumbannya pecah . Dia melihat ke arah Ayyen .

" Kyōdai.."

Ayyen berlari sepantas kilat menghampiri Naila . Badan isterinya dicempung mahu membawa ke hospital . Namun dihalang oleh Michael .

" Tak payah bawak Naila ke hospital .."

" Dah tu . Kau nak bini aku terberanak dekat sini ke ? " Bidas Ayyen bengang dalam masa yang sama, dia panik .

Michael menjeling .

" Bawa Naila dalam bilik hujung sekali . Itu bilik khas . Kalau kau nak bawa Naila ke hospital sekarang pun tak sempat . "

Ayyen mengalah . Dia menurut kenyataan Michael dan mengekori langkah jejaka itu . Mereka masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik khas .

Naila rasa ada sesuatu yang ingin keluar dari bawah . Dia menarik nafas berkali-kali .

" Siapa nak jadi bidan Naila ? " Soal Harry, memecahkan susasana ruang tersebut .

Dan bicara Harry membuatkan ramai terkaku sejenak .

" Tak apa . Aku boleh . " Celah Aera di sisi Adriel. Dia melangkah ke depan . Yang lain keluar dari bilik . Menunggu di hadapan bilik . Hingga selesai .

Aera terus memeriksa keadaan Naila.

" Bukaan dah besar . Kak Naila dah boleh teran . "

Mereka membetulkan kedudukan katil Naila . Kaki wanita itu diangkat dan ditutup dengan sehelai kain . Seperti yang diarahkan oleh Aera, Naila meneran sekuat hati .

Berhenti .

Dia mengambil nafas .

Naila mengetap bibir . Dia mengira dari satu hingga lima dan meneran semula . Tangan Ayyen dicapai . Rambut Ayyen ditarik untuk mengurangkan rasa sakit . Kepala jejaka itu di goyang-goyangkan .

Ayyen mengalah sahaja .

Asalkan Naila selamat bersalin . Akhirnya sejam lebih berlalu , seorang bayi keluar juga . Ayyen sudah terlantar di atas lantai dek penat dibuli Naila .

Bayi itu dibalut dengan sehelai kain lalu diserahkan kepada Naila . Tiba-tiba Naila mengerutkan dahi . Dia menjerit sekuat hati . Meneran untuk kali kedua . Semua panik semula .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now