Badboy Ѽ ' 42

6.1K 339 16
                                    


'It's time to leave when their silence doesn't break you but their words do. '
___________________

| Ayyen Kaage |

Ayyen menghembus nafas lega . Akhirnya tiba jua di rumah . Nasib baik dia cepat balik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7:30 malam .

Semua ni gara-gara orang belakangnya yang beratur tadi. Boleh pula tertinggal beg duit dan terpaksa ambil balik di dalam kereta. Jenuh dia menunggu.

Di tangan Ayyen, dua buah beg plastik yang berisi dunkin donut yang dibelikan untuk isterinya , harap tak mengidam dalam tidur dah .

Beg plastik segera dibawa masuk ke dalam dan diletakkan atas meja lampu memandangkan Naila tiada di atas katil . Mungkin sedang mandi dalam bilik air . Kerana dia terdengar bunyi pancuran air .

Lalu dia beredar segera .

Bergegas keluar sebab dia nak jumpa dengan seseorang yang dia langsung tidak mengenali . Namun bila disiasat , sudut bibirnya ternaik sedikit .

Let's play .
Mess with wrong person, bruh!

Saat dia menghidupkan enjin , sempat dia memandang sekilas pada tingkap bilik tidur sebelum meluncur laju , keluar dari perkarangan rumah .

Setelah dia tiba dan memarkirkan kereta di hadapan tempat tersebut , dia berjalan ke depan.

Pintu berwarna emas itu ditolak
luas. Bunyi bingit dengan segala macam jeritan menujah masuk
ke telinga .

Pada masa yang sama hidungnya ditusuk dengan pelbagai bau kuat
bir yang bercampur rokok . Pemandangan yang sudah sebati turut bertebaran di hadapan mata .

Satu bahagian kelihatan meja-meja Blackjack yang tersusun tidak jauh antara satu sama lain . Hampir
semua dikelilingi orang . Malah , Dealer sibuk menyusun dan membahagi kad . Sesekali jeritan suara bergema.

Kaki Ayyen diatur lebih ke hadapan . Iris mata tajamnya mencari di mana kedudukan Daryan . Dia perlu segera .

Lelaki dan perempuan yang asyik menari terhuyung-hayang ditolak
ke tepi . Apa dia kisah . Jalan ini bukan jalan dia orang punya .

" Don Ayyen ! "

Kepala Ayyen terngadah , memincing anak mata melihat susuk tubuh di hadapan. Dia seperti kenal gerangan yang menyapanya .

" What do you want ? " Tanpa nada, Ayyen bertanya .

Gerangan yang menegur terus menayang senyum . Gigi arnabnya terserlah . Matanya membentuk eyesmile . Persis Jimin Bts , salah
satu ahli boyband Korea yang sememangnya terkenal .

Ya. Dia Sean .

Anak buahnya yang kini telah mengambil alih bahagian Club .
Atau lebih tepat dipanggil sugar daddy .

Sekali tengok , sesiapa pun tidak
akan menduga bahawa dia ialah
salah seorang ahli kongsi gelap kumpulannya .

Pasti sukar mahu membayangkan lelaki berwajah babyface memegang jawatan sugar daddy . Mungkin ada yang hairan kerana kebiasaannya sugar daddy hanyalah orang tua . Bukan lelaki muda .

Namun hakikatnya , syaitan selalu bersembunyi di sebalik wajah
paling indah .

" Don . Lama tak jumpa . "

Lelaki berwajah comel itu menghampirinya . Siap dengan satu tepukan kasar di atas bahu Ayyen .

Bibir Ayyen bergerak sendiri .
Tersenyum nipis menghadap reaksi terlebih mesra itu .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now