Badboy Ѽ ' 40

7.1K 371 35
                                    


' This heart, it was never be brave. '

___________________

By the way , halu to my lovely readers and silent readers . Miss me ? ❤️

______________

Saat melihat rumah banglo di hadapan mata, dia mengeluh berat . Ini sudah ke - 5 kali dia ke hulu dan ke hilir di depan pagar .

Kuku ibu jari tangan digigit sipi-sipi . Tabiat jika dia di dalam kecelaruan . Nak masuk ke dalam pun , dia berasa was-was .

Ini semua salah perempuan itu !

Aera .

Aera Jebon .
Gelaran yang diberi khas untuk Aera . Malah dalam 'contact' nya juga turut diletak gelaran tersebut . Sesuai dengan perangainya .

Memaksa sahaja .

Mula-mula dia terima. Bagaimanapun , setelah dia memikir berulang kali, Adriel menukar fikiran .

Bukan apa , semasa berkahwin mesti banyak cabaran yang perlu mereka harungi . Dia juga berfikir tentang nafkah zahir dan batin .

Mampukah dia untuk melaksanakannya ? Sedangkan wang pun nenda dia sahaja hulurkan . Apatah lagi nafkah zahir .

Jadi , lamaran Aera ditolak .

Tiga hari jugalah Aera menghilang . Keesokkannya , dia muncul bersama permintaannya . Mati-mati Adriel ingatkan Aera melupakan niat dia atau sudah bertunang , rupanya dia sengaja menguji Adriel atas kepergiannya .

Sudah puas dia menolak permintaan gila Aera, namun tidak dilayan. Mungkin geram dengan sikap Adriel, dia memutuskan kata ugutan . Yang mana gambar Adriel yang tidak senonoh di dalam club akan disebar di sekolah Adriel .

Barangkali Adriel bimbang popularitinya jatuh, akhirnya dia menurut permintaan Aera tanpa rela .Tidak mengapalah , mana tahu berputik cinta-cinta selepas berkahwin .

Sungguhpun begitu , Adriel sudah memasang perangkap nakalnya usai sahaja Aera telah menjadi isteri dia. Kemungkinan Aera lupa dia bermain dengan siapa .

Tiba-tiba Adriel disapa dari belakang .
Tersentak dia seketika . Melihat gerangan tuan badan yang berani mengejutkan dirinya , dia menjeling sekilas .

" Datang juga kau eh ? "

" Kalau bukan disebabkan ugutan , tak ada makna aku nak datang . "

Aera mengangkat bahu .

Seakan dia tidak terkesan langsung dengan bicara sinis Adriel . Kaki mengatur masuk ke dalam rumah .

" Masuklah kalau tak malu . Bakal mak mertua dah tunggu . " Kini , Aera pula melakukan serangan bidas . Bukan setakat itu sahaja , Aera tundukkan wajah sedikit ke bawah , menjemput Adriel masuk ala-ala diraja .

Adriel menyeringai senyuman jahat . Hampir sahaja dia dengan Aera , rambut Aera yang disanggul kemas, ditarik selamba . Beralun rambut Aera mengurai jatuh.

Aera mengangkat wajah. Ketika itu , Adriel telah berlari sambil ketawa ke dalam meninggalkannya.

" FIEN ! TAK GUNA KAU ! "

Aera mengetap bibir .

Rambut yang depan ditiup ke atas sebelum diikat tinggi . Ikat biasa . Tiada mood dia mahu menyanggulkan rambut . Perlahan langkah kaki dia berjalan ke ruang tamu .

Jelas pandangan Aera kini kepada Adriel yang berdiri di hadapan mommy Aera . Tadi bukan main galak sangat , bila bertemu mak singa , terus terdiam .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now