Badboy Ѽ ' 29

7.7K 466 78
                                    


' Honey. Don't forget you are a Queen in my heart. '

___________________

| Ayyen & Naila |

Naila mengetuk dagu dengan jari . Sekeliling ruang tamu yang tengah dia berada sekarang dipandang .

" Erm . Nak buat apa eh? Kemas rumah. Dah. Jemur baju. Dah. Masak pun dah . Huh. Bosannya. " Omel Naila sendirian .

Dikemam bibirnya.

Dia bangkit dari sofa menuju naik ke tingkat atas. Tingkat yang tak pernah dia kunjungi .

Dia telah buat keputusan. Daripada duduk melangut dekat bawah, lebih baik meneroka setiap bilik dalam rumah mewah ini . Tapi yang dia pasti tingkat teratas sekali tidak pernah dia lewati .

Pernah ditanya pada Ayyen, tapi Ayyen melarang dia sekerasnya untuk naik ke atas.

Hanya dia sahaja boleh . Dan itu menimbulkan syak wasangka dalam hati Naila . Memandangkan Ayyen tiada, jadi dia beranikan diri. Untuk kali ini sahaja dia degil.

Tanpa dia sedar, dia telah tiba di tingkat atas sekali . Badannya mengeras.

" What.. Wow! "
Hanya dua patah sahaja mampu keluar dari seulas bibirnya.

Kornea mata terbuka luas .

Terpaku melihat setiap dinding-dinding tergantung banyak frame photo dia dan Ayyen . Meskipun ruangan koridor agak gelap , dia masih kenal rupanya dalam photo . Entah kenapa dia tidak berpuas hati.

Dia mencari suis lampu. Saat dia menekan, sekali lagi dia tergamam . Di sekeliling setiap frame photo telah dihiasi dengan ' LED lights ' berbentuk bintang .

Sangat indah .

Mata Naila berkaca-kaca .

" Patutlah beriya-iya tak bagi naik tingkat atas ni . Banyak memori cinta kita rupanya . " omel Naila berterusan.

Kaki mengundur ke belakang . Mahu melihat setiap sudut yang diterangi cahaya dengan jelas. Di belakangnya satu pintu bilik lain daripada lain coraknya tidak tertutup rapat . Tanpa dia sedar, dia telah terundur sehingga memasuki ruangan tersebut .

Gelap dan seram .
Itu pandangannya.

Bingkas dia menekan suis lampu . Terang benderang. Dan barulah dia tahu ruangan ini ruangan perpustakaan mini .

" What the.. Wow! Fantastic baby. "

Dirinya berasa teruja . Seakan-akan ada satu arus deras melonjak naik ke arah setiap saraf dalam badannya .

Naila mengelilingi ruangan yang dipenuhi dengan pelbagai buku yang telah tersusun rapi. Dan terhenti di suatu sudut buku Novel Inggeris , novel kedua yang dia minati. Kedudukannya di atas. Tinggi dari dia .

Kerusi yang berhampiran dengannya dicapai lalu memanjat dan berdiri di atasnya . Dilarikan tangan ke setiap novel -novel .

Pandangan mata menangkap di salah satu novel tersebut.

Stephen King .

Baru sahaja tangan dia meraih novel itu, satu buku sederhana kecil dan sedikit tebal yang terselit di antara novel Stephen King dengan novel yang lain jatuh ke bawah.

Di atas lantai .

Naila turun ke bawah berhati-hati lalu buku di atas lantai dicapai . Nampaknya buku yang diambil lebih menarik daripada novel yang dipilih biarpun kelihatan agak usang sedikit .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now