Badboy Ѽ '1

32.1K 1.1K 143
                                    

' Can i call you mine ? '
_____________

Muka budak lelaki di hadapan ditumbuk tidak henti-henti olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Muka budak lelaki di hadapan ditumbuk tidak henti-henti olehnya . Pecah muka budak lelaki itu dia kerjakan sebelum berhenti .

Dia tersenyum sinis . Melihat keadaan budak lelaki itu .

" sakit ? Huh . Itu habuan kau sebab kau petik nama aku . Kononnya aku bawak perempuan dalam bilik teater . Kau lupa ke aku ni anti perempuan ? Hurm . Tak ke bodoh kau ni ? "

Budak lelaki itu tidak bersuara . Disebabkan tepi bibirnya luka teruk .

Dia mencangkung di hadapan budak lelaki itu .

" Kau bernasib baik sebab kau bukan orang luar , kau budak dalam sekolah ni . Kalau kau orang luar , dah lama aku bunuh . " bisik si dia di telinga budak lelaki itu .

Wajah budak lelaki itu sudah pucat lesi . Lagi-lagi dengar perkataan 'bunuh' . Dia dapat rasakan senior di hadapannya sangat berbahaya .

" Hah . Kecut ? " tersenyum senget dia bersuara .

Budak lelaki itu mengetap bibir . Sumpah dia kecut . Terasa tekaknya gatal , Ditelan air liur .

Dia mengetap rahangnya .

" aku tak tahulah aku ni bercakap dengan manusia atau benda bukan hidup ? " Matanya dijulingkan ke atas .

Macam mana budak lelaki itu mahu bercakap kalau bibir budak lelaki itu pun dah luka habis . Budak lelaki itu hanya menunduk . Menyesal pula dia kenakan seniornya itu .

" Baik aku blah dari sini . Kau ! Pandai-pandailah hidup . Kalau orang tanya , pandai-pandailah kau jawab sendiri . "

Dia berdiri dan mula melangkah kaki Tetapi terhenti sejenak . Badannya membelakangi budak lelaki itu .

" Jangan cari pasal dengan aku lagi , faham ?! "

"- itupun kalau kau tak nak mati . "

Ujarnya dengan suara mendatar sebelum beredar .

Dia ialah Ayyen Kaage . Terkenal dengan sikap badboy . Tiada sesiapa berani menjeling malah menegur . Bak kata budak lelaki itu , dia memang sangat berbahaya .

Ayyen mengheret kaki menuju ke kereta mewahnya ; Audi . Dia tiada mood mahu berada dalam kawasan sekolah setelah membelasah budak lelaki sebentar tadi .

Dia membuka pintu kereta .

Tiba -tiba telefon pintarnya berdering .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now