Badboy Ѽ '3

19.8K 880 35
                                    


' Wheresover you go , go with all your heart . If you always give , you will always have . '
________________

| Ayyen Kaage pov |

Sebulan telah berlalu ,

Nampaknya hidup Ayyen tenang sedikit . Lagi-lagi kedua-dua ibu bapanya outstation ke luar negara . Mungkin minggu depan balik atau minggu seterusnya . Atau mungkin tiba-tiba muncul di depan rumah esok .

Tentang gadis itu pun dia dapat lupakan . Mungkin . Takkanlah dia mahu bertepuk sebelah tangan .

Lagipun dia dah jarang ke kafe itu. Kerana sibuk membelasah orang setiap hari . Dia pun dah naik bosan apabila setiap kali dipanggil ke bilik disiplin . Tapi perangai tidak berubah pun .

Lamunan Ayyen terhapus saat satu suara menyergahnya kuat .

" Woi ! Haish , berapa kali nak panggil kau ni . Pekak ke apa ? " Adriel mengomel geram . Rambut yang menutup matanya ditiup ke atas sebelum memandang Ayyen yang sedari tadi merenungnya tajam .

Adriel menggaru kening . Dia pantang betul kalau ada orang tenung dia macam nak terkam . Mulalah telinga dia berwarna merah .

" Hehehe . Janganlah pandang aku macam tu . Actually lepas habis waktu rehat , kita ada satu majlis dekat dewan sekolah . Tapi aku tak pasti majlis apa . Ada 10 minit lagi sebelum majlis bermula . Lagipun majlis tu sekejap je . 2 jam je . Dua ekor tu dah pergi lama . Tinggal aku dengan kau je ni . Setia la katakan . Baik kau siap cepat . Betulkan tali leher dengan baju kau tu . Selekeh seperti orang utan aku tengok . " Sambung Adriel lagi tanpa melihat Ayyen . Sempat lagi dia berleter . Siap ada gaya lagi . Bercekak pinggang . Ada rupa nenek jadian .

Ayyen mengangkat kening .

" Dah habis ? Ke ada lagi kau nak membebel ? Aku setia mendengar sampai majlis tu habis . And aku tak payah pergi . "

" Err..Takda dah . "

Geleng Adriel laju . Polos dan lurus .

" Okay . Good . "

Ayyen berdiri . masih lagi dengan muka mendatar . Baju sekolah dan tali leher yang dipakai dikemaskan . Dia meragakan dirinya di hadapan cermin besar . Rambut digayakan ala-ala rambut korea sebelum jam tangan dikenakan pada pergelangan tangan .

Adriel menggulingkan kedua-dua bebola mata .

" Haish . Tak perlulah lama-lama depan cermin tu . Kau bukannya perempuan pun nak bersiap sampai berejam . Kau dah terlebih kacak . Perangai je kurang kacak . " bidas Adriel lagi . Tak sedar yang dia pun perangai kurang kacak . Nak nasihat orang je lebih .

Ayyen menjeling tajam . Dia tidak membalas . Tiada guna kalau membalas kata-kata Adriel pun . Sebab bukannya boleh diam , kalau diam pun hanya 5 minit ,lepastu buat bising balik . Nasib kawan baik sejak kecil .

" Hurm . Aku dah siap . Kau . Kunci pintu . " ujar Ayyen sebelum beredar dan diikuti Adriel setelah mengunci pintu bilik rahsia mereka .

Dalam diam Adriel mencebik dan merungut .

" Sebelum kasut ni melayang ke arah kau , baik kau jangan mengata aku . " gertak Ayyen pura-pura .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now