Badboy Ѽ ' 41

6.1K 359 15
                                    


' Stay with me forever, will you? '

____________________

| Naila ft Ayyen |

Hujan renyai -renyai jatuh membasahi muka bumi tidak henti-henti . Tanpa berpayung , Ayyen masih tidak berganjak jauh malah meratapi pemergian Puan Widya dan Encik Fakel .

Tidak bersuara , sekadar merenung lebih lama . Dibiarkan sahaja air mata mengalir sekali di dalam hujan .

Naila tetap berada di sisi Ayyen . Namun , kepalanya ditutupi dengan jaket kulit milik si suami . Mengelakkan dia daripada terkena tempias hujan .

" Kenapa mama dengan papa pergi tinggalkan aku ? Aku tak sempat nak luangkan banyak masa dengan dia orang . Aku tak sempat nak minta ampun . Kenapa takdir Tuhan kejam sangat ! " Ayyen berteriak kuat . Seolah-olah cara dia bercakap seperti orang hilang pedoman .

Naila cuba menenangkan sang suami dengan memberi usapan di belakang badan .

" Tak . Takdir Tuhan tak kejam, awak . Di sebalik pemergian mereka , Tuhan nak awak sedar . Sedar bahawa yang mati akan mati selama-lamanya dan yang hidup turut sama . Mereka pergi sebab dah selesaikan tanggungjawab dia orang . Dia orang nak tengok awak bahagia . Dia orang tak nak awak meratapi mereka macam ni . Seolah -olah awak menyakitkan perasaan mereka di alam sana . Biar hidup mama dan papa tenang, ya . "

Suasana kembali sepi . Ayyen ditepi ditatap. Mungkin terkesan dengan apa yang diperkata oleh dia . Atau mungkin cuba muhasabah diri .

" Kita balik , ya ? " Tanya Naila lembut .

Diam .

" Awak . Hujan lebat ni . Kita balik ya ? Ada masa kita datang sini lagi . "

Kali ni, barulah Ayyen memberi respons . Dipaling menghadap tubuh badan Naila dan mengangguk perlahan .

Hujan semakin lebat .

Tangan milik Naila melingkar pada pinggang Ayyen , menyokong tubuh sang suami yang kelihatan lemah daripada terjatuh .

Pintu di bahagian penumpang dibuka, perlahan-lahan dimasukkan Ayyen ke dalam . Kini dia pula mengambil alih tugas memandu kereta mewah Ayyen .

Setelah tiba di dalam perkarangan rumah, Ayyen keluar dahulu dari kereta meninggalkan Naila terkontang -kanting di dalam .

Wajah Naila cemberut. Tidak puas hati .

" Kurang ajar punya suami. Dia tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta . Bertuah punya laki. " Omel Naila sendirian.

Naila mengangkat barang-barang keperluan harian yang sempat dibeli sebelum mereka berdua bergerak ke kubur . Dalam keadaan mengandung, terpaksa dia kuatkan diri .

Suaminya , tak ada simpati langsung melihat dia berjalan termengah -mengah , masuk ke dalam rumah . Bukannya sikit. Banyak barang. Stok untuk sebulan .

Barang-barang diletakkan di atas meja bar . Lalu naik ke atas . Masuk ke dalam kamar tidur mereka berdua .

Susuk tubuh sang suami yang sudah lena dipandang kasihan . Dengan pakaian masih lembab tersarung pada badan . Nampak penat sangat .

Keluhnya terkeluar tanpa sedar .

Dia menghampiri wardrobe untuk mengambil pakaian salinan Ayyen. Setelah pakaian dapat diraih , langkah diatur ke arah Ayyen di atas katil dengan gerakan perlahan . Punggung mula dilabuhkan pada birai katil .

Naila mengusap lembut rambut Ayyen . Sekilas , matanya terpandang pakaian yang masih tersarung di badan si suami .

Lekas dia membuka butang baju si suami sehingga ke bawah sebelum membuka seluar slack berwarna hitam sambil memejam kedua-dua belah mata . Lalu digantikan pakaian salinan yang dia bawa .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now