Badboy ' Ѽ 27

9.7K 510 64
                                    


' Let your faith be bigger than your fear. '

________________

Kaki menyusuri di setiap kawasan . Dililaukan mata ke arah sekeliling . Kebanyakan semua kedai telah tutup.

Cuaca pada malam ini kelihatan sejuk seperti semalam . Dia berjalan mengikut rentak hati . Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie .

' Prakk '

' Prakk '

Mati langkahnya .
Namun , kaki masih degil menapak lagi dua langkah ke hadapan sebelum..

' Bangg '

Dan satu suara halus meminta pertolongan . Lekas kakinya berlari ke kawasan tersebut . Lorong yang kecil dan sunyi .

Kosong.

Bertaut kedua-dua kening tajamnya. Hairan. Ruang lorong kosong . Tiada yang mencurigakan. Tiada bunyi yang membuat dia tertanya-tanya. Tapi dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang berlindung darinya .

Nafas berat dihela .
Dia berpusing ke belakang.

' Bumm '

" Tolong ! "

Dia tersentak.

Kedengaran bunyi tersebut kuat di pintu kedai lama bersebelahannya . Kaki diderap tanpa sebarang suara . Batang besi yang bersandar pada dinding dicapai.

Pintu ditendang sehingga condong ke tepi sebelum masuk ke dalam. Langkah kaki makin laju saat pendengarannya menangkap suara orang sedang bergelut.

" Sesiapa di luar, tolong! "

" Tak ada sesiapa dengar suara kau! Hanya ada aku, kau dengan geng aku saja dekat sini. " gadis itu menepis tangan si lelaki yang mencengkam dagunya .

Kuat.

" Lepaslah tak guna! "

Si lelaki hanya ketawa sinis .
Makin galak tangan meliar di sekitar wajah gadis itu.

Dia yang melihat,
mengetap bibir.

Sejahat-jahat dia, dia masih tidak sentuh perempuan . Batang besi digenggam erat, tidak mahu lepas . Belakang si lelaki dipandang garang, gadis di hadapan menjadi tenungan matanya , memberi isyarat supaya bertindak dalam diam.

Satu-persatu konco-konco si lelaki yang hampir dengannya, ditarik ke belakang sehingga masuk ke suatu bilik. Automatik pintu tertutup sendiri.

Kepala-kepala tersebut dihentak pada dinding sampai tidak sedarkan diri. Lantas dia keluar menuju ke arah ruangan yang ditempatkan gadis itu . Batang besi masih di dalam pegangan tangan .

Sekarang hanya tinggal seorang.
Iaitu si ketua.

" Asal kau diam , hah perempuan ! Tadi melalak bukan main. "

Gadis itu ketawa kecil menyambut bicara si lelaki di hadapan. Dan gelaknya terus mati.

" Sebab datangnya malaikat maut, mencabut nyawa kau orang semua. "

Si lelaki tergamam. Tidak faham . Terasa seperti dia di dalam dunia fantasi, segera gadis itu mencengkam lengan si lelaki lalu dia memusingkan badan. Tangan halus menyiku abdomen si lelaki kuat .

Si lelaki ditolak ke arah si dia yang menunggu mangsa masuk ke dalam sangkar racun . Hujung batang besi dilibas kuat pada badan si lelaki . Jeritan dan raungan tidak diendahkan si dia. Malah, makin rancak dia memukul .

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now