Badboy Ѽ ' 48

7.6K 462 197
                                    


' He's the sun . I'm the moon . Never together at a time . '

_________________

Wanna know new story ? ❤️
Teruskan membaca dan vote !

___________________

Angin menyapa lembut wajah . Bulan mengambang cantik . Suasana kian sepi . Suram sahaja pemandangan bangunan- bangunan rumah dan kedai . Adapun yang belum tutup , kedai 7e . Mungkin ramai dah dibuai mimpi .

Bulan penuh yang sangat terang dilihat lama . Ditatap penuh minat . Keindahan alam semesta kurniaan Sang Pencipta .

Lengan digosok-gosok dan meniup tapak tangan bagi mewujudkan haba di kala malam . Walaupun dia memakai sweatshirt , tetap dia rasa sejuk .

Ingatannya menerawang memikirkan tentang Ayyen dan ketiga-tiga bodyguard Naila yang mana akan menyelesaikan krisis tersebut pada tengah malam ini . Mahu dia mengikuti jejak rakan-rakan namun dihalang keras .

Disebabkan dia dan Ezraf ada bini . Habis Ayyen itu tiada bini? Ke kahwin dengan lelaki. Nak sahaja menyuarakan tapi terlepas di dalam hati sahaja .

Dari jauh , bunyi tapak kaki menerpa ke arahnya . Dia sekadar tidak mempedulikan siapa yang datang menghampiri .

" Hot chocolate ? "

Satu tangan menyuakan secawan air bersama piring kecil di hadapan matanya . Bukat setakat itu , diselimuti jejaka itu dengan sehelai gebar tebal biarpun tidak disuruh .

Adriel mendongak ke atas , melihat gerangan si pemberi . Gebar di belakang badan dikerling sekilas . Tanpa banyak soal , dia mengambil cawan tersebut dengan berhati-hati dek airnya panas . Wap-wap air naik ke atas .

Dihirup sedikit demi sedikit .

Lalu meneguknya laju . Dia telah terbiasa minum panas-panas . Melecur tidaklah teruk mana . Yang penting dapat mengeluarkan haba dari dalam .

" Thank you..Sedap air kau buat .. " Cawan itu kemudiannya diletakkan di tepi . Di sudut kanan .

Aera senyum , berpuas hati dengan pujian Adriel. Terasa ada rama-rama dalam perutnya .

Dia duduk di sisi Adriel . Kaki melunjur ke bawah . Tatkala Adriel tidak bersuara , dia pun tidak membuka mulut . Hanya menemani Adriel di luar .

Dibelenggu dengan perasaan canggung , itu Aera rasa sekarang ini . Sudah hampir sepuluh minit , Adriel masih diamkan diri . Termenung jauh . Tatapan menyeluruh kepada sang bulan .

" Tell me bout yourself . "

" Huh ? "

Adriel mengeluh kecil . Riak Aera blur , terpinga-pinga . Gadis itu tidak memberi perhatian sepenuhnya. Mengelamun jugakah ?

" Bagitahu semua tentang diri kau . Aku nak tahu . Aku nak kenal isteri aku . "

Nada suara Adriel serius dalam tenang . Aera menunduk . Digoyang -goyangkan kaki ke kiri dan ke kanan .

" Tak ada menarik pun tentang diri saya . "

" Dah kau tak cerita lagi ..Macam mana aku nak tertarik dengan diri kau . " Adriel lekas membalas . Dia menoleh ke tepi , memerhati Aera yang menunduk , kemudian di memandang ke bulan semula .

" Okay . Awak nak tahu apa tentang saya ? Nama saya awak dah tahu . Umur pun awak dah tahu . Herm. Birthday? Birthday saya 24 September . Lahir di hospital- "

Never Far Away From Badboy | CompleteWhere stories live. Discover now