SPECIAL CHAPTER - 2

31.2K 1.3K 199
                                    

" Farhani awak boleh keluar " . Gadis itu menayangkan wajah mengejek kepada Zara Helina . Membuatkan Helina semakin bengang dengan gadis itu . Musuhnya .

Bilik pengetua menjadi sunyi sepi . Hanya ada Dania dan seorang lelaki yang memakai seragam pengawas . Berdiri tegak di sisi pengetua . Bersedia menunggu arahan .

" What's now , Helina ? " soal pengetua tenang . Jari jemarinya disatukan . Menunggu jawapan dari pelajarnya itu .

Helina senyum sinis . " Kau nak tahu apa ? Memang aku bersalah jadi kau tetap berikan aku hukuman kan ? " sinisnya sambil bermain dengan kukunya .

Kurang ajar ? Helina mengaku memang dia nampak kurang ajar . Tetapi itu semua bersebab . Biarlah orang mengenali dia dengan sisi kejahatan dia itu .

Tiada sesiapa pun tahu , disebalik kegelapan itu tersembunyi seribu satu cerita yang tidak pernah diungkapkan .

Pengetua itu mengeluh . Dia bersandar di kerusi miliknya . " Jangan keruhkan lagi keadaan . Saya hanya mahukan kebenaran " . Memandang wajah Helina dengan satu tatapan tegas .

Helina tertawa kecil . " Jangan buat lawak ! Aku tak ada masa nak layan kau " . Helina berdiri . Sempat dia melemparkan pandangan mengejek kepada lelaki di sebelah pengetua itu .

" Jaga girl kau tu baik-baik . Jangan sampai abu dia yang sampai di hadapan rumah kau " ujarnya dengan penuh bermaksud .

Helina melambaikan tangan dia . Tidak peduli panggilan dari pengetua . Dia betah berlama-lama di dalam bilik itu . Panas . Pintu bilik pengetua di tutup rapat . Nafas dihela tenang .

Dia menyusuri koridor sekolah dengan wajah dingin . Sunyi . Maklumlah waktu pelajaran sudah bermula . Hanya dia saja yang masih merayau di kawasan sekolah . Tidak ada mood mahu belajar .

Dia membelok masuk ke satu lorong . Tersenyum dia melihat beg sekolah miliknya sudah berada disitu . Beg silang warna hitam itu diambil . Disilangkan ke badan setelah memastikan tiada sesiapa melihat .

" Thanks Syafa " bisiknya penuh teruja . Syafa adalah rakan semejanya . Segala kejahatan dia pasti ditutup oleh Syafa .

Helina bersiul-siul kecil . Kini dia sudah berada di belakang sekolah . Baju sekolah miliknya dibuka . Meninggalkan baju alas hitam miliknya . Beg sekolah dibuka . Hud hitam disarungkan ke badannya . Hud oversize itu menutupi hingga paras pehanya .

Rambut diikat kemas . Hud ditarik menutupi kepalanya . Tembok sekolah dipanjatnya . Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat sebuah kereta mewah terpakir elok tidak jauh dari lorong belakang itu .

PAP ! Helina mendarat cantik . Kedua tangan ditepuk menghilangkan kesan pasir . Dia berjalan santai menuju ke arah kereta mewah itu . Pintu disebelah pemandu dibuka lalu dia masuk ke dalam kereta itu .

" Fast like before " kucupan diberikan di pipi lelaki itu . Tanpa satu senyuman lelaki itu menekan minyak . Kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan sekolah .

Helina sibuk bermain dengan tab milik lelaki itu . Tingkah lakunya selamba dan bersahaja . Kerana lelaki itu tidak berani memarahi dirinya .

" Any update from Scarlet ? " soal lelaki itu . Lengan kirinya dipenuhi dengan tatto . Wajahnya pula terdapat parut panjang di bahagian kiri pipinya .

Namun tidak mencacatkan wajah kacak lelaki berdarah Russia itu . Tangan dia cekap mengendalikan kereta sport merah itu . Menyusuri lebuhraya kota itu .

Tangan Helina lincah menekan-nekan pad kekunci tab itu . Sesekali dia mengerutkan dahi . " Seems like she finished her job " jelas Helina .

" Scarlet send you love " Helina tertawa lucu . Emoji love merah hati itu ditunjukkan kepada lelaki bertatu disebelahnya itu .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now