GBS | 56

18K 1.1K 22
                                    

" Nah air. Minum " Aira meletakkan dulang yang berisi jug air dan gelas di atas meja kopi bersebelahan sofa berbentuk L itu .

Masing-masing mendiamkan diri . Faliq pula masuk ke dalam biliknya, memakai baju . Habis wajahnya menjadi cumbuan dua wanita yang kesayangan dia itu . Aira dan Aqira sengih-sengih apabila dapat berjumpa kembali dengan sepupu kesayangan mereka .

Manakala suami mereka membuat muka menyampah . Cemburu di hati tidak ditunjukkan . Mereka berlagak cool . Sedangkan di dalam terbakar . Larva mengelegak , mujur tak sembur je lagi .

Farhan Adham pula masih dalam talian . Lelaki itu berbual serius di luar balkoni apartmen milik Faliq . Mereka semua berkumpul disitu .

KLAK ! Faliq keluar lengkap berpakaian . Tubuhnya tersarung t-shirt putih dan diluarnya disarungkan hoodie warna kelabu gelap . Dia memandang mereka semua yang membisu tiba-tiba .

" Kenapa diam ? Tadi bukan main kecoh lagi " sinis Faliq . Dia teringat kembali bagaimana dirinya ditumbuk tanpa sebab .

Rahang kirinya terasa sengal dan sakit . Nak mengerakkan mulut pun perlahan saja . Faliq melabuh punggung di sofa single . Jauh dari mereka semua .

" Get lost ! "

Mereka semua tersentak . Masing-masing menoleh belakang . Berkerut muka melihat wajah bengang milik Farhan Adham . Lelaki nampak serabut . Rambut sudah kusut akibat cengkaman dia sendiri .

PAP ! Talian dimatikan dengan kasar . Farhan Adham meraup wajahnya . Dia cuba menyabarkan hatinya . Walaupun dia terasa mahu mengamuk . Anak-anak buahnya kecut melihat amukan ketua mereka .

" Fuck ! " carutnya . Besi penghadang itu dihentak kuat hingga menghasilkan bunyi yang bingit .

Firhad Aqasha mengeleng kepala . Kalau ikutkan; Farhan Adham lagi baran dari mereka bertiga . Yang paling tenang , Farish Amri . Hanya adik mereka beriak selamba . Seolah-olah tidak berlaku apa-apa .

" Kau tahu mana isteri aku pergi ? Last location dia ? Mana dia pergi lepas jumpa kau " serang Farhan Adham .

Faliq menjuling mata ke atas . Dengan berani dia bertentang mata dengan lelaki itu . Sikit pun dia tidak takut kerana lelaki itu sama taraf dengannya .

" Aku tak tahu . Yang pasti aku dah kasi apa yang dia nak . So, kerja aku dah selesai . Selebihnya aku tak masuk campur " balas Faliq dingin .

Farhan Adham mendegus kasar . Dia sudah banyak kali menelefon wanita itu . Namun hanya operator yang menjawab . Dia cuba detect lokasi isterinya . Tetap tidak boleh . Wanita itu cukup licik menyembunyikan diri .

" Kau yakin lepas dia jumpa kau, Mel terus balik ? " soal Firhad Aqasha .

Dia memikirkan sesuatu . Ada yang tidak kena dengan mereka berdua . Faliq nampak dingin . Namun dia dapat rasakan lelaki itu menyembunyikan sesuatu .

" Kau fikir aku tipu ? Macam tu ke ? " Faliq nampak bengang . Dia sudah berdiri .

Tajam mata itu memandang riak bersahaja lelaki berwajah kacukan itu . Ingin saja dia tumbuk wajah kacak itu .

" Aku tak kata kau tipu . Kau sendiri yang mengaku . So salah siapa ? "

Faliq senyum sinis . Dia tertawa kecil . Nampaknya mereka nampak begitu tekad mahu mencari keberadaan Zara Melina sehingga sanggup datang ke rumah mereka pagi-pagi buta .

" Korang semua ikut aku " .

Arahan Faliq itu membuatkan mereka pelik . Lagi-lagi Farhan Adham . Namun mereka tetap mengikut langkah lelaki itu . Faliq berjalan di hadapan . Mengetuai mereka semua .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Onde as histórias ganham vida. Descobre agora