GBS | 41

19.8K 1.4K 47
                                    

" Melina "

Tidak sedikit pun dia menoleh . Wajahnya beku tanpa perasaan . Memandang keluar tingkap . Cuaca yang sejuk itu sedikit sebanyak membuatkan badan dia menggigil .

" Aku nak keluar . Ada hal , kalau kau nak apa-apa just make a call with this number " kata suaminya .

Farhan Adham sudah bersiap . Dia mengenakan jaket tebal hitam pada tubuhnya dan ripped jeans warna hitam . Di atas kepala pula dia kenakan cap warna kelabu dan mask hitam .

Melihat tiada balasan dari isterinya , badan terus dipalingkan ke belakang . Beg dompet , telefon dan kunci kereta dicapai olehnya . Ada sesuatu yang dia perlu lakukan di luar sana .

Tidak sampai lima langkah , namanya dipanggil . Tangan sudah bersiap sedia mahu memulas tombol pintu .

" Aku ikut "

Zara Melina dengan wajah tidak tahu malunya , membuka pintu bilik mereka . Kerlingan dari suaminya tidak dibalas . Dia menonong saja berjalan ke depan .

Senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu . Siap mengunci pintu , mereka sama-sama berjalan menuju ke basement hotel . Kereta miliknya dipakir di kawasan itu .

Sebuah kereta honda civic keluaran terbaru menjadi pilihannya . Kunci ditekan lalu pintu kereta dibuka oleh mereka . Farhan Adham sempat menoleh ke belakang .

Kelihatan seorang lelaki berpakaian santai menyorok di balik tiang . Lelaki itu kelihatan mencurigakan tetapi wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas . Hanya hujung rambut perangnya kelihatan .

" Stalker " bisiknya sendiri .

Enjin dihidupkan . Dia masih mengambil langkah berjaga-jaga . Kerana dia kini berada di negara luar . Bukan di Malaysia . Jadi dia bebas melakukan apa-apa sahaja .

" Bila nak gerak ? " Zara Melina bersuara . Bosan duduk dalam kereta memandang ruang pakir yang penuh dengan kenderaan itu .

Farhan Adham menurunkan handbrake lalu tayar kereta bergeser kuat pada permukaan lantai pakir . Kereta bergerak laju meninggalkan kawasan pakir itu .

Zara Melina memeluk tubuh . Mata dia terus memandang jalan di hadapan . Jika dia tinggal di dalam hotel , mungkin dia boleh mati kebosanan . Badan disandar pada kusyen kereta . Rambutnya pula diikat ekor kuda .

Farhan Adham menekan telefon miliknya . Telefon itu dilekatkan pada dashboard keretanya . Satu titik merah dan hijau kelihatan bergerak . Tangan dia pula mengapai satu alat , lalu dipakai ke telinganya .

" What's going on , Roman ! " dia bersuara keras .

Pemanduan dia makin laju . Memotong setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya dengan pantas dan cekap . Dahinya berkerut hingga menimbulkan urat-urat hijau .

" They're follow you capo ! Really bad ! Almost 8 cars on your back ! "

Dia berdecit panjang . Kereta dipotong lalu dia menarik handbrake . Stereng diputarkan ke kiri lalu kereta melibas laju masuk ke lorong kiri . Drift !

" Fuck ! We are you now ! " pekik Farhan Adham .

Tidak menjangka dia akan diekori sebaik saja keluar dari hotel itu . Kini mereka bagaikan berlumba di atas jalan raya . Zara Melina disebelah sudah kecut .

Kelajuan kereta semakin naik . Malah dia juga sempat melihat beberapa buah kereta lain mengekori rapat mereka . Kini dia sudah faham situasi sebenar .

" I'm on my way with Justin , Capo ! " balas Roman yang berada di sebelah Justin .

Mereka menaiki sebuah kereta Audi biru gelap . Justin memotong tanpa rasa gentar . Memilih laluan pintas untuk menyamai kenderaan yang mengekori rapat kereta ketua mereka .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now